Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, July 31, 2023

Disahkan

Kan dah dapat buku baru
Kan dah sah masuk kelab kaya gula
Kan dah kena bergantung pada metformin
Kan dah kena cucuk jari ambil darah tiap kali appointment.
Kan dah kena hadap risiko dari penyakit ni.
Padan mukaku!
Takper...redha saja lah.



 

Sunday, July 30, 2023

Penentuan

 Hari ni ada appointment lagi.

Selepas 2 minggu masa yg doktor beri utk kawal paras gula, hari ni nak check berjaya ke tidak.

Kawal tak? Jaga tak? Makan ubat ikut aran tak?

Tak.

Takut tak?

Takooooooot!

Bukan tak buat apa yg doktor sarankan, buat juga tapi tak sepenuhnya..

Cakap senang la awak tapi nak implement tu payah sungguh!

Well we just wait n see...

Kalau result gula dalam darah dah turun, molek, comei dan terkawal - Alhamdullilah.

Kalu result masih tinggi gula dlm darah, padan muka aku lah!

Berdebar debar menunggu masanya......

Saturday, July 29, 2023

Sri Tanjung

 Dah berapa kali datang pulau Sri Tanjung ni.

Kali ni bawa Adry yg belum pernah datang sini.

Adry ni kawan baik Iffah,  datang bercuti sambil penuhi jemputan majlis perkahwinan kawan dia.

Best naik boat. Healing.

Tenang damai dengan kehijauan pokok kelapa dan bakau yg belum terusik.





Wednesday, July 26, 2023

Senyum

Senyum
Walau hati menjeruk rasa
Senyum
Walau tangisan membanjiri mata
Senyum walau banyak sebab untuk menangis
Senyum
Cuba bahagia seadanya.

 Betul lah kata orang..

Jika kita rasa kita tidak bernasib baik dan sentiasa diuji dgn ujian yg hampir tidak sanggup kita hadap, kita kena ingat satu jer....

Susah kita, ada lagi orang yg lebih susah..

Payah kita, ada lagi orang yg lebih payah..

Mata yg merenung langit lama2 akan silau dan pedih..

Renunglah rumput di bumi yang hijau dan menyejukkan mata.

Footnote: Hari ni otak tak masuk air oleh kerana itu saya menulis/berfikir dgn lebih positif. 

Monday, July 24, 2023

Hajjah

Tq Iqah.
Tq ingat juga kat mummy ni.
Tq buahtangan dari mekah.
Tq so much!

Iqah petugas di unit fisioterapi di klinik tempat saya jalani rawatan.
Tadi saya hadir seperti biasa untuk sessi rawatan jari2 saya tu.
Tiba tiba Iqah menyapa,dah balik rupanya dia dari mekah.
Dia hulur beg ni.
Cantik

Iqah pun makin cantik semenjak bergelar hajjah.

 

Memburu semangkuk sup

Kes viral.
Kedai sup diburu
Wajah kedai indah khabar dari rupa.
Kami pesan sup yg paling mendapat perhatian.
Cepat dan mesra pelayan kedai ni
Sup sampai. Panas berasap
Penuh lauk semangkuk
Banyak
Hirupan pertama sup menywntuh deria rasa
Sedappppp!!!!!
Sangat sedap!

 Tapi saya tak dapat habiskan sup tu. Mungkin faktor banyak sangat. Mungkin juga faktor kedudukan kedai yg mejanya di susun di tepi jalan besar. Kedai tanpa kipas dan sup yg panas bukan pasangan yg bagus. Berpeluh peluh hirup sup.Lain kali kalau saya singgah lagi saya rasa saya akan memilih utk bungkus dan makan kat rumah saja.

Ok berapa markah nak bagi? 

Sup 10/10

Kedai 2/10


Wednesday, July 19, 2023

Adakah kita hanya buang masa?

 Setelah bertahun tidak berjumpa

Kita bertemu semalam.

Entah kamu datang secara terpaksa

atau  memang kamu sukarela.

Sepanjang waktu itu

Aku perhatikanmu

Entahlah...

Jawapan yg ku cari tidak kutemui

Makin buntu adalah.

Aku rupanya sudah tidak kenal kamu

Entah mana hilangnya kamu yg dulu.

Pertemuan ini tidak menjernihkan rinduku.

Semalam aku rasa terkilan.

Lebih baik kita usah lagi bertemu

Jika pertemuan hanya melukakan.

Kau sudah lupa rupanya

Tapi aku masih ingat segalanya.

Monday, July 17, 2023

Lama tak mengopi


 

Selok laaa


 Hb1C 8.1

Glucose 12.1

Why?

Kes makan ikut terlintas nak makan.

Hentam saja tak jaga paras gula.

Padan muka aku!

Kan dah kena tambah dos metformin.

Dari 500g ke 2000g..Dasyat tuh!

Takottttttt...

Esuk nak diet dah.

Hari ni nak makan puas2 dulu.



Saturday, July 15, 2023

Takder kerja..

Saja nak posing.
Panas pun panas la
Baru siap ni tempat ni
Cantik

 
Ramadhan hari tu ramai berbuka puasa di sini
Dataran pantai irama

Tenang
Damai ribut jiwa
Healing

Ian dah besar

 Happy birthday Ian.

Dah 5 tahun dah cucu ku ini.

Semoga Tuhan sediakan masa depan yg bail baik saja buat dia.

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.






Thursday, July 13, 2023

Koleksi

 Kumpul lukisan saya yg lama lama. Selarang dah tak melukis. Sejak jari saya hinggap ' carpal tunnel syndrom' memegang berus jadi masaalah. Sedih sangat takleh melukis dah..Tamatlah satu hobi saya. Selamanya lah? Entah. Hanya Tuhan yang tahu.

Aktiviti melukis yg terakhir..siap pakai wristguard lagi...

Sedih wei...semua alatan melukis dah masuk store.

Ini baru sebahagian dari foto lukisan2 dan aktiviti melukis yg saya masih simpan.


Bila la buleh melukis semula??????

Tengok apa ada di sini..'Art HERITAGE'

Ada apa?
Jom..Kita ke sini.
Mula mula bayar tiket/pass masuk.
Dapat gelang ni.
Tengok kat media sosial ramai dah duk viralkan.
Kawan kawan pun ada yg dah pergi dan bagi feedback positif .
Jadi kelmarin kami berdua singgah, nak tengok dengan mata kepala sendiri.Jom...
 Tempatnya agak tidak menonjol.Tersorok sedikit. Tapi mungkin dengan kehadiran Art Heritage di Baazar Tg Anis ni akan sedikit memeriahkan bazaar yg suram ni. Harap2 mereka bakal menarik lebih ramai pengunjung nanti.
Ni barisan mereka yg menjayakan tempat ni. Tabik  Tabik Tabik!!!..Mereka adalah pelajar Uitm jurusan ArtnDesign yang bergabung tenaga dan idea untuk menghasilkan sebuah pameran seni 3D yang pertama kalinya ada di bandar ini.
Syabas anak anak semua. Thumbs up!
Banyak yang boleh dilihat disini.
Sangat sesuai bawa anak anak sekolah. Pameran ini menceritakan keindahan negeri ini yang kaya dengan tarikan yang tersendiri .
Kami berdua tak melepaskan peluang bergambar di ruang ruang yang menarik ni. Alhamdullilah, anak2 yg mengurus tempat ni sangat sporting dan rajin melayan.
Mereka ajar cara posing dgn betul supaya dapat memaksimakan hasil 3D itu. Terima kasih dik, kekal lah begitu supaya penggunjung rasa dihargai
Tengok la..kami yg makcik2 ni pun kagum apalagi kalau bawa budak budak ke sini..Esuk2 nak datang lagi bawa anak cucu pulak. Rombongan sekolah sangat2 digalakkan.Rombongan pencen pun boleh
Mengimbau kenangan zaman dulu dulu. Di sini kita kembali ke 'kelmarin' yang tenang damai.
Di tepi pantai ni siap ada kubu peninggalan jepun..Tak silap saya dulu di pantai Sabak memang ada kubu tu sebelum ditelan laut..
Ni kegemaran budak budak ni..Biar nenek2 posing dulu untuk tatapan cucu cucu.
' Real' la tangga dan dinding kayu ni. 
Knock knock..
Who's there?
Mokciks.
Mokcik who?
Mokcik yang tak habis habis posing!
Last but not least...
I really enjoyed being here.
Enjoyed the good hospitality.
Nice place n comfortable.
Much more can be done to upgrade the place.
Hope to come again and see more improvement.
Ore kelate kata..Koho lama koho comei!
U can do it guysss!
Mari la wei...
Pakat support la usaha anak muda kita ni..
Mereka memerlukan dana/ sumbangan untuk terus berkarya.
Sebarkan..hebohkan..viralkan..
Kalau kita tak mampu nak tolong mereka melukis 3D apa salahnya kita bagi moral support kan?
Thank you for the nice time that we had.
God bless all of you.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...