Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, October 31, 2023

Mokcik2


 
Mokcik2 keluar jalan2 hari ni.
Ke sana ke sini.
Hayun langkah kemain lagi.
Tau tau dah sakit lutut.
Nanti balik kena telan ubat nih.
Cari pasal betul la mokcik2 ni..



Monday, October 30, 2023

Buah buahan

Hari ke 5.
Kurap dah mula lurug.
Masih kurus tapi lebih aktif.
Saya letak mereka dalam sangkar yg jauh dari kucing2 lain.
Takut kurap tu hinggap di kucing2 yg sihat.
Tak apalah kucing2, duk la di beranda ni buat sementara.
Nanti dah sembuh baru boleh masuk kandang besar dan bersahabat dgn yg lain tu.
Mereka dah ada nama tau. Disebabkan mereka dijumpai depan ledai buah maka nama mereka pun kena ada kaitan dgn asal usul pertemuan.

Yang besar sikit tu nama Jambu

Yanh ada tompok hitam tu nama Ciku

Yang putih kelabu tu nama Duku.

Jambu, Ciku dan Duku.

Hentam sajala labu....
 

Sesungguhnya..


 



Friday, October 27, 2023

Buah buahan berbulu

Penuh kurap.
Lemah
Terbaring kelaparan depan kedai buah.
Saya kutip bawa ke Vet.
Kemudian bawa balik rumah
Bagi makan dan minum.
Harap2 esuk bertambah baik.
Harap2 membesar sebagai kucing ada tuan.

 
Ikutkan sebenarnya kucing saya dah ramai
Tapi kesian dan tak sampai hati nak tinggal di tepi tu
Tak apalah kucing bawak rezeki
Kucing doakan tuan rumah yg baik2, InsyaAllah.

Thursday, October 26, 2023

AtTakwa

Apa2 pun lok ko mokcik selfie dulu deh.
Nak gi sejid kuliah kitab Ustaz Azil.
Gi sokmo pagi Rabu.
Suka. Isi masa.
Sapa masjid lengang lagi
Sokmopun gi awal
Mudah nak parking
Mudah nak cari sudut yg terbaik.

 Kul 8.45 dah mula penuh
Wajah2 yg sama kebanyakkannya
Tua begini di sini ku temui ketenangan. Di sini hati damai.sekali sekala tangisan tumpah di sini. Kerdilnya aku ini ya Allah. Banyaknya dosaku dan kurangnya amalanku...

Tuesday, October 24, 2023

Potluck on the way.

 Persiapan tempat. Itu kerja tuan rumah. Nanti yang hadir akan isi tempat kosong. Tak sabar rasanya menunggu kehadiran geng2 pencen. Hari ni sebenarnya RU geng pencen dari SKPPG. Dulu sama sama cari makan di bawah bumbung sekolah yg sama. Sekarang dah pencen dah..Ini sajalah caranya untuk bersua muka..Ok, nak gi tukar pakaian dulu. Tema kami 'Tahi Cicak'. Hitam putih laa...Bye!





Monday, October 23, 2023

The day after

 Alhamdullilah.

Terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan salam selamat sempena ulangtahun kelahiran saya.

Terima kasih atas segala doa

Terima kasih atas segala ingat

Terima kasih atas segala rasa sayang

Terima kasih atas peduli

TERIMA KASIH.



Sunday, October 22, 2023

63

Thank you along.
1st birthday present received.
Soooooo happy
Knowing that you remember my birthday.
You alway do.
Love u so much for that.

 
Pengertian sambutan ulangtahun kelahiran bagi seorang aku.

Saturday, October 21, 2023

Awal sambutannya.

Esuk cucu2ku bersekolah.
Daddy pun kerja esuk
Jadi mereka datang petang ni
Celebrate birthday grandmummy.
Awal sehari pun tak apa.
Terima kasih kerana ingat.
Terima kasih atas peduli.

 

Anak2 Datin

Anak Si Datin ni 5 ekor semuanya.
Dah besar dah
Usia 3 minggu
Semua masih hidup dan sihat.
Nak bagi nama apa yer...?

 

Thursday, October 19, 2023

Satu tin

Rupanya cat kena beli 1 tin.
Nak guna sedikit sahaja tapi nak buat mcm mana, beli lah se tin jugak.
Pastu nak buat apa dengan cat yg selebihnya?
Cat kerusi
Cat pasu
Cat rak
Cat lampu laman
Selagi tak habis cat se tin tu selagi itu lah cari benda utk dicat.

 

Wednesday, October 18, 2023

Baka keturunan

Ni anak saudara saya.
Yang dia dokong tu anak dia sekali gus cucu sedara saya.
Jap eh nak bilang berapa semuanya baka keturunan saya.
Adik beradik/ipar duai/biras-21
Anak+Anak saudara -80 (setakat hari ni).
Cucu+Cucu saudara-32 (setakat hari ni).
Sepupu?
Dua pupu?
Anak sepupu?
Hmmm..tak cukup jari dah nak kira!

 

Tonyoh

Kueh tradisional.
Sangat sedap
Tanyoh ubi katu.
Tak kenal?
Bukan orang kelantan la kalau tak kenal.

 

Monday, October 16, 2023

Rosak

Rosak lagi..
Pagar automatic ni meragam hari ni
Kena cepat2 baiki
Kalau tak susah nak keluar masuk.
Tukang datang check itu ini
Kena tukar baru
Kalau baiki pun kos nya bukan sedikit.
Hadoiiiii......!
Duit lagi nih.
Ada jer benda yg nak heret duit keluar dari tabungku.
Marin service aircond.
Pastu toilet buat hal.
Ni pagar pulak.
Tu pasal la tabung tak sempat penuh sokmo

 

Sunday, October 15, 2023

Penawar duka

Mereka datang.
Alhamdullilah.
Hati terawat seketika
Mereka ni kawan2 Ja
Sentiasa ada untuk Ja
Sentiasa ada untuk mummy juga.
Moral support
Mummy happy bila lihat wajah2 kawan2 Ja ni.
Ja pun happy.
As much as they miss Ja
Ja miss them too.
Mummy yakin gitu.
Terima kasih atas segala peduli.
Terima kasih atas doa2 itu
Terima kasih kerana pernah berkongsi tangis dan masih berkongsi tangis dgn mummy.
I love all of you so much.
Hope to see you again k..Come again..God bless you always.

Saturday, October 14, 2023

Tak sangka

 Memang tak sangka

Serendah itu pandang dia kepadaku

Sehina itu

Sejijik itu.

Tak apa lah, aku tetap hormati dia sebagai orang yg lebih tua.

Tuhan sentiasa melihat dan Tuhan sajalah tahu apa yang ada dalam hatiku.

Tuhan lindungi aku.

Sabarlah Hani

Kuatlah demi anak anak.

Ya aku masih waras dan masih boleh bertahan.

Cuma rapuh hati seketika itu biasalah.

Hancur berkecai hati.

Friday, October 13, 2023

Mak bonda

Dia dah 80an.
Dah uzur
Banyak yang dia dah lupa.
Semoga Tuhan panjangkan usia dia.

 

Thursday, October 12, 2023

Dia

Dia ikut saya sepanjang pantai itu
Dia manja dan entah kenapa saya tertarik padanya.
Mungkin lebih kepada kesian
Perutnya dah sarat sgt.
Sewaktu saya ke kereta dia ikut masuk dlm kereta.
Malangnya saya tak dapat bawa dia pulang sebab dalam kereta tak ada carrier kucing.
Nak tinggal tak sampai hati.
Tapi terpaksa juga tinggal dia di pantai tu.
Saya pulang ke rumah dan seperti biasa urus apa yg perlu saya urus pagi tu.
Dah selesai kerja saya, saya bawa carrier dan pergi semula ke pantai.
Mencari cari
Mengintai intai
Mana dia?
Agaknya sebab dah panas dia menyorok di tempat terlindung matahari.
Puas saya intai tapi tak jumpa.
Hampa
Mana la awak ni kucing?????
Esuk saya akan ke pantai ni lagi.
Kalau ada rezeki kamu utk tinggal di bawah bumbung rumah saya, insyaAllah ada lah esuk.
Kalau ada rezeki saya nak bela ibu kucing yg sarat ni, InsyaAllah Tuhan akan pertemukan saya dgn dia sekali lagi.
Wish me luck ok.
Hope to see you tomorrow.

 

Wednesday, October 11, 2023

Ketua Pengarah

Tu pangkat dia
Ketua dari segala ketua
Siapa berani halang kehendak dia tengok la nanti macam mana
The big boss
Hai la cucu...nenek baru sudah kemas ruang ni.
Baru jer susun segala benda
Dah bersepah balik dah!
Kamu bukak tong mainan kamu
 I come I see and I concour.
Tu kata org Rome.
Apa apalah cucu wei..

 

Tuesday, October 10, 2023

Shoppe

Bahagia bagiku mudah
Bunyi hon van penghantaran di pagar.
Dah sampai dah
Happy giler.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...