Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 10, 2010

Time management_Failed!

Buat kerja setengah jam,
Tengok TV satu jam.
Buat kerja setengah jam,
Makan satu jam.
Buat kerja setengah jam,
Tido satu jam.
Buat kerja setengah jam,
Buang masa kat tenet ni satu jam,
Bukak U tube..
Bukak website itu ini..
Hantar itu ini
eMails
Comments,
Yang terpaksa bangun pagi2 buta untuk siapkan keje ni sapa?
Akuuuuuu jugak la.....

Saturday, January 9, 2010

Anis nak ke pantai...


Pantai Irama, Bachok.
Gemersik bayu senja
menyapu pipi mu Anis
Biarpun
ganas ombak menerkam kaki mu
Kau berdiri disitu..
Ketawa riang.
Bahasa gelora belum bisa
kau terjemahkan
Dalam lautan belum bisa
kau duga.
Biarlah terus begitu

Sapulah pasir dari kaki mu
Kita harus pulang.
Anis,
Seperti Pantai lain nya.
Irama yang kedengaran di sini
Hanya laungan arus yang meronta ronta
dan kesepian kuala.

Bateri cap Ayam


Bukan macam tu..
Alhamdullilah
Kita sihat, tak apa apa.
Bateri 'low'
Bukan handset saja yang perlu dicaj bateri.
Manusia pun.
Tu kira nasib baik,
bateri tak 'kong' lagi..
Kalau tidak,
kena tukar bateri lain gamak nya.
Atau mungkin juga,
Padam terus.
Innalillahhhhhhh....

Friday, January 8, 2010

Untuk renungan kita

Seorang kawan memberikan saya puisi ini...Dari luahan minda siapa lah puisi ni agaknya..Salam kenal untuk penulis nya.


Puisi Sang suami untuk isteri


Isteri ku,

Sebagai mentari,

aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi

Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaran ku

Lalu

Relakan aku menyinari planet lain

Menyampaikan faedah adanya aku

Kerana sudah takdir Illahi sinaran ku diperlukan

Di planet lain


Balasan puisi dari Sang isteri....


Suami ku,

Andai kau memang mentari

Sang suria memberi cahaya

Aku relakan engkau berikan sinaran mu kepada segala planet

Yang telah Tuhan cipta

Aku pun tidak akan merasa kekurangan

AKAN TETAPI..

Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 Watt sahaja

Jangan lah bermimpi

Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita

Di tengah remang pancaran cahaya mu telah aku mengerti

Cuba lihat siapa diri mu...

Matahari atau lilin?

Atau jangan jangan....

Cuma MANCIS SAJA!!!!!

Please lahhhh............!!!!!!!!!

( Adeiii....Huhuhuhuhuuu...)

Thursday, January 7, 2010

Malas sebenarnya....

Lapar.
Ingat nak masak Nasi.
Masak Kari Kepala Ikan, letak Bendi sekali.
Buat Pajeri Nenas atau Acar Masak.
Goreng Burung Puyuh
Kukus Tauhu Jepun dgn telur.
Sambal Belacan cicah Ulam Raja.

Tapi penat la, baru balik dari kerja.
Berdenyut kepala duk dalam bilik mesyuarat tadi.

Masak nasi.
Goreng telur mata kerbau.
Kicap.
Sapa nak makan, makan.
Tak nak makan, sudah.
Jangan banyak komplen!

( Perpatah Cina ada mengatakan "Hunger is the best sauce..")
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...