Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, January 15, 2010

Dia ialah Makcu ku.


Dia dah lama saya kenali
Dia hampir sebaya saya
Dia wanita muslimin.
Dia cantik.
Sentiasa ceria.
Dia berkerjaya.
Dia mempunyai cahayamata yang menyejukkan hati ibunda
Mempunyai suami yang amat menghargai dia.
Masih akif, sihat dan sejahtera..
Kebahagiaan terpancar di wajah nya..
Ada segala gala nya.
Bahagia.
Dia berjaya dalam hidup
InsyaAllah berkat hingga ke akhirnya.
Jeles?
Memang saya jeles.
Mau nya tidakkkk!!!!

Thursday, January 14, 2010

Samseng kg Dusun yg ketakutan..

Hari ni nak mengadap sesaorang.
Nak pohon simpati..
Dari malam tadi duk susun ayat.
Jangan la nanti tersepak ibu kaki sendiri.
Gelabah ni...
Kena buat muka welfare ke?
Kalau ku senyum dari telinga ke telinga,
ada point ke?
Ke kena siap ada background music ni?
Adeiii....
Tolong doakan saya yer..
Harap harap permintaan di kabulkan.
Permohonan di luluskan.
Please, please, please...
Wish me luck...

Wednesday, January 13, 2010

Bila otak sarat..

Pernahkah awak rasa macam saya rasa ni?
Nak kurung diri sendiri.
Diam membatu.
Seperti masuk balik kedalam perut ibu.
Nak diam sekejap di situ..
Biar terpisah dari apa yang di luar.
Biar telinga tidak mendengar dusta
Biar mata tidak menonton luka
Biar bibir tidak perlu berbahasa
Biar orang tidak menyuluh kita
dan kita juga tidak perlu buat begitu.
Terpuruk saja di gelap ini.
Kadang kadang saya rasa
Nak swicth off handset
Jangan ada panggilan keluar masuk
Tidak perlu intai SMS
Nak potong line tenet
Jangan ada yg menyapa di YM
Tidak juga menyapa sesiapa lagi.
Tidak perlu tahu awak sedang buat apa.
Saya pun boleh buat apa yang saya suka.
Tutup TV,
DVD letak tepi
Tarik langsir halang cahaya
Masuk saja dalam selimut
Pejam mata.
Tidur dan
Lupakan segala gala nya.

Tuesday, January 12, 2010

Gaji bila aaaaa????

Kalau la duit tumbuh atas pokok..
Nak saya buat kebun.
Ini harapkan akhir bulan baru timbul
Dah la Disember tu dapat gaji awal.
tak de bonus lak
Keperluan berganda di awal tahun
Budak budak ni ingat kita cop duit
Tau nak itu ini jer..
Kalau cakap tak de duit,
yg kecik tu cakap,
"Kan boleh ambik kat Bank tu.."
Dia ingat unlimited la tu..
Yang kita ni nasib baik tak kena tutup akaun.
Licin....kering kontang.
Ini baru berapa hari bulan nih..
Nak hidup setengah bulan lagi camna.
Hai la belalang...

Monday, January 11, 2010

Sepandai pandai tupai melompat...

Saya tahu..
Saya tahu dia tak tahu yang saya tahu
Tapi mungkin jugak dia tahu apa yang saya tahu,
Dia cuma buat buat tak tahu yang saya tahu.
Saya pun nak buat tak tahu yang dia tahu saya tahu sehingga dia mengaku yang dia tahu yang saya tahu.
Kalau dia tanya macam mana saya boleh tahu
Saya akan katakan yang sikap dia yang selalu buat tak tahu saya tahu itu yang membuatkan saya ingin tahu apa yang perlu saya tahu..
kalau dia bertanya,
Apa tindakan saya..
Saya akan kata..'tak tahu'
Tak tahu
Sungguh saya tak tahu.
Yang saya tahu
Hanya Tuhan yang tahu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...