Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, July 15, 2010

Ganti cepat...

Belum Ramadhan lagi ni.
Kat ruang santai di bilik guru sudah bertimbun sampel biskut raya.
Kedai kain sibuk' sale' kain ela untuk dijadikan baju raya.
Tukang jahit dah pasang papan tanda ' Tempahan sudah penuh'
Si penyeludup mercun mula pasang strategi.
Pihak berkuasa juga ada strategi tersendiri.
Anak anak sibuk bertanya tema warna untuk tahun ni.
Kaum ibu menyemak resipi lauk pauk berbuka.
Resipi hidangan raya dikaji berkali kali.
Bapa2 menyemak dompet sambil mula garu kepala.
Peniaga bermusim mengintai intai lokasi untuk menahan pukat.
Yang malas bekerja duk berlatih untuk menjadi peminta derma palsu,
Bermodalkan simpati dari mangsa seagama,kadang2 mereka berjaya juga.
Siapa yang tak teruja.
Puasa setahun sekali, 30 hari...
Jangan kita pandai cakap kat kanak2,
"Kalau tak puasa, awak tak leh raya...."
Wahai orang dewasa,
Puasa kita yang tak cukup tu..Dah ganti lum?

Wednesday, July 14, 2010

Payah menjaga hati..

Kita tidak dapat menjaga semua hati dari terluka dalam satu masa.
Kemungkinan untuk ada hati yang terluka demi menjaga hati orang lain adalah risiko yang perlu kita tanggung.
Hati sendiri lah yang paling kurang untuk mendapat keutamaan itu.
Hati sendiri lah yang seringkali kita korbankan demi untuk memastikan hati yang lain kurang terasa.
Semoga Tuhan memaafkan saya diatas keputusan keputusan saya yang telah lakukan dan telah melukakan..
Mafkan saya...Maafkan saya...
Hati saya ni lebih lebih lagi terluka.

Tuesday, July 13, 2010

Syukur

Bila kita rasakan baju2 kita semua dah sendat.
Kebaya dah tak muat..
Berkurung pun macam balut nangka.
Orang menegur semacam perli..
"Mewah ternak anak lemak..."
Senyum lah.................
Itu bererti,
Anda tak pernah kelaparan.
Kebuluran jauh sekali.
Rezeki anda melimpah ruah.
Negeri aman tidak perlu meminta bantuan bangsa2 bersatu.
Air bersih dimana mana..
Selera tidak dicemari penyakit itu ini.
Syukur, nikmat kesihatan yang hanya dihargai bila sakit.
Alhamdullilah....

Tadi beria ia nak diet tapi lepas baca artikel dari majalah mestika ni,
hmmm cancel dulu lah.
K.I.V.

Che yang disayangi

Sejuk hati baca sajak dari salah seorang anak sedara saya yang di tujukan buat mak saya,nenek dia..Itu lah mak saya yang sebenarnya..

sajak utuk chek (my nenek )

nenek tidak pandai
Menghantar mesej ringkas
Setiap yang dikirim
Bisu yang berbalas

nenek tidak pandai
Meneka mana Eropah
Cuma di benaknya
Mahu ke Mekah

nenek tidak pandai
Menghadap teknologi
Hari ini ia belajar
Esok diajar lagi

nenek tidak pandai
Memakai baju mahal
Ke mana jua pergi
Kurung tak ditinggal

nenek tidak pandai
Mengerah amarah
Tapi tajam jelingnya
Buat kami bersalah

nenek tidak pandai
Berbicara syahdu
Hanya tutur mata
Meluahkan rindu

Monday, July 12, 2010

Selamat pagi Maradona..Dah sarapan??

Wei..Dah pagi ni anak.
Kul lima baru pulang...
Kalau kecik2 saya dah rotan dah.
"Tengok bola aje mummy, bukan kemana"
Kat rumah tak leh tgok bola?
Bola kat Astro di rumah tu tak bulat?
Haiya..Bola punya hal, tak pasal2 saya nyala terbakar subuh ni.
Pernah suruh dia ajak kekawan datang rumah tgok bola kat umah saja.
Masa tu saya tak ada di rumah.(tinggal dia dan bibik)
Bibik cakap selepas nonton bola, ruang tv seperti lepas Tsunami.
Gelas dan pinggan merata.
Itu belum kira sound effect lagi.
Nasib baik jiran tak talipon polis.
Nasib baik juga saya tak ada masa tu..
Kalau saya ada, saya yang talipon polis.
Kesimpulan nya, saya ni tak sabar nak tunggu musim ni berakhir.
Ye, saya bukan peminat bola...maaf.
Jugak bukan peminat orang yang minatkan bola..maaf sekali lagi.
Tapi kalau ada yg minat nak makan 'sup bola' atau 'bola masak halia',
cakap je la...
Sekali lagi awak balik pagi, awak boleh teka apa hidangan breakfast kita nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...