Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, July 31, 2010

Bahasa apa yg awak guna ni?

Tak kira kita dari keturunan mana dan berbangsa apa sekali pun, kita kenal dan faham 'Bahasa benci'. Bahasa benci adalah bahasa universal. anak2 mau pun orang dewasa tahu menuturkan bahasa ini dan kadang kadang binatang pun faham.
Bahasa benci yang paling acap di guna pakai ialah ;
1. Ignored/Tak kisah.
-Buat tak tau, tak bertanya khabar dan tidak ambil pusing langsung.
-Membisu bila di hubungi dan seringkali memberi seribu alasan bila diperlukan.
2. Neglected/tidak diberi keutamaan.
- Lebih mementingkan urusan yg tidak bersangkut paut.
- Terlepas pandang.
3. Bored/bosan
- Sengaja menunjukkan kebosanan.
-memilih untuk berjauhan dari sentiasa ada.
Awak dan saya pun pernah bertutur dalam bahasa ini secara sengaja...Sebenarnya tidak perlulah kita bersusah payah untuk berbahasa benci...
Kalau benci cakap saja...Saya benci kamu!
Dah. Tepat dan jitu.

Friday, July 30, 2010

Istana ini mimpi kita..

Anak anak ini
bermain pasir.
seronok membina istana.
Istana pasir.
Istana pasir adalah mimpi.
secepat itu di bina
secepat itu lah runtuh..
Anak anak ini tidak tahu.
Hidup tidak sesenang mendirikan istana pasir.
dengan gelak tawa mereka berkerjasama
Puas menekap dan mencorak
memunggah pasir biarpun berpanas.
Cuba bina yang lebih baik dari
istana yang di sebelah..
berlumba lumba menjadi kan istana gah dan indah..
Hidup ini pun macam tu lah anak,
kita cuma harapkan yang terbaik.
Kita tidak pernah tau dan tidak akan tau
istana sipa yang runtuh dahulu.
istana siapa yang kekal menyapu awan.
Istana yang kita bina kita harapkan,
tidak menjadi pusara..


Thursday, July 29, 2010

Yang paling saya tidak percaya...

Diri sendiri. Diri sendiri acap kali menderhaka. Saya paling takutkan diri saya sendiri bila saya membuat apa apa janji atau keputusan. Dah berapa kali saya terpaksa mengalah pada diri saya sendiri dan sudah acap kali benar diri saya membuat perkara perkara yang tidak sepatutnya saya buat.
Saya memang tak percayakan diri saya. Oleh kerana itu dari saya jadi kecewa dengan diri sendiri, lebih baik saya berhati hati. Semalam saya berjanji pada diri sendiri yang saya sudah mahu ubah cara hidup saya..Saya sudah mahu menutup episod kehidupan yang tidak lagi membahgiakan saya.Saya nak mula hidup baru dengan visi yang lebih menenangkan. Berkali kali saya memesan pada diri supaya jangan cuba untuk merosakkan keadaan...Tapi dalam diam, diri saya sebenarnya meronta ronta protes..Tidak mustahil, diri saya ini akan kalah pada keadaan dan merosakkan rancangan...Masih tidak cukup kah kemusnahan yang diri saya cipta ini...?
Tuhan tidak merubah nasib manusia kecuali manusia itu sendiri yang merubah nya...

Tuesday, July 27, 2010

Malam Nisfu Syaaban yang hening..

Malam yang penuh keberkatan, malam ini 300 pintu rahmat di buka..

Ya Allah Ya Tuhan ku, kau berikan ku lebih kesabaran untuk menghadapi dugaan2 yang telah kau peruntukkan buat ku..
Bahagiakan lah orang orang yang aku sayangi dan jadikan mereka orang orang yang bersyukur dan yang tidak melupakan Mu Tuhan.
Ya Allah, ya Tuhan ku,
aku tidak memohon untuk dipanjangkan usia ku atau pun memendekkannya..
tapi jika hidup itu lebih baik untuk ku,
kau panjangkan lah umur ku
tetapi
jika sudah mati itu lebih baik untuk ku
maka aku terima ajal ku dengan redha...
Aminnnnnnnnn.

Sunday, July 25, 2010

Tuhan bersama Saidatul ku.


Anak,
Hari ini bermulalah hari kerja yang pertama.
Sudah melapurkan diri dan bersedia untuk tugasan
dan untuk memikul tanggungjawap yang di amanahkan.
Tidak ada sesiapa yang mengatakan kerja itu senang.
Kerja apa sekali pun banyak cabaran dan dugaan.
Tapi jika di lakukan dengan redha dan lapang fikiran,
mudah untuk menjadi lebih senang.
Payah itu hanya bila kita tidak cuba memudahkan.
Inilah minat kamu semenjak kecil,
Dan syukurlah Tuhan mempermudahkan usaha kamu untuk mencapai impian ini.
Selamat bertugas di tempat baru.
Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat kamu.
InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...