Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, January 8, 2013

Anak murid saya yg paling degil.

Berpuluh tahun memegang title 'Ticer'
Mendidik dan mengajar.
Tau tak siapa yang paling payah untuk di didik?
Paling tak nak dengar nasihat?
Paling tak nak terima ajaran?
Paling payah nak didik?
Sepanjang hayat saya, diri sendiri lah yang paling payah untuk di ajar.
Yang selalu derhaka pada ajaran saya ialah 'Ticer Hani'.
Saya mengajar diri sendiri untuk mendengar kata minda yg lebih rational.
Tapi saya sering mendengar kata hati saya yg emotional.
Tapi pengalaman rebah, kalah, dan gagal lah yg telah menjadi Tok Guru kedua.
Padan muka saya lah.
Belajar cara menyakitkan.
Bukan di rotan oleh diri sendiri tapi belajar melalui pengalaman yg perit.
Tu lah, bila otak kata jangaaannnn monyettttt.....
Hati kata "Aku nak jugak! aku nak jugak!
Kan dah rasa pedas nya kenyataan hidup.
Hentam saja lah Ticer Hani weiii...........


Monday, January 7, 2013

Somanu, hanya Tuhan yang mampu mengubah haluan nya.

Malam ni di jangka Kelantan akan di landa 'Ribut Tropika Somanu' (yg sedang bergerak kearah negeri ini) mengikut jabatan kaji cuaca.
Apa persediaan yg perlu kami buat? Ngeri dan amat membimbangkan. Pakat2 kita solat hajat untuk kesejahteraan semua.


Kun Fayakun.
Segalanya dari Allah,
Hanya pada Allah kami berserah.
Jauhilah kami dari musibah itu..
Duhai Somanu ubahlah laluan mu...
Lemparkan ganas mu di dada laut,
Usah dihembus walau debu sekalipun
Jangan luruh walau sehelai daun kerana mu
Reda lah wahai angin yg berkecamuk.
Marah mu adalah tamu yg tak pernah kami undang
Ganas mu adalah mimpi ngeri kami
Balik lah ke asal mu,
Pulang lah ke daerah mu dengan tenang.
Tuhan bersama kami, InsyaAllah.

Sunday, January 6, 2013

Kereta saya, kemera saya, blog saya dan saya.

Kan dah cakap tak ada kerja.
Ni foto ambik dari fbook.
Tak sharp pun tak pe.
Kalau sharp sangat kang jelas pulak segala tanda2 penuaan.
Foto 'Sendiri Senyum Sendiri Snap' ni.
10 kali posing, yg ni saja yg ok sikit.
Payah jugak nak tangkap gambar sendiri ye.
Tgok orang lain buat senang jer.
Ada cerita di sebalik foto nih.
Sedang asyik duk senyum snap, senyum snap tu,
tiba tiba perasan yg dalam kereta sebelah saya ada makluk bernyawa.
Agaknya apa lah tanggapan dia terhadap saya.
Bila saya pandang arah dia, dia senyiummmmmm.
Senyum ada makna tu.
Maknanya kalau ikut tafsiran batu jemala saya lah..
" Makcik ni buang tebiat ke hapa?"
Tak kisah, bukan dia kenal saya pun.
Fikir lah nak fikir apa pun,
janji saya bahagia.



Betul ke esuk hujan luar biasa lebat?

Khabarnya esuk bermula lah 'hujan lebat luar biasa' mengikut ramalan pusat kaji cuaca.
Kemungkinan untuk banjir gelombang kedua ni.
Kerajaan pesan supaya berjaga jaga..
Cuba tanya mereka yang berada di kawasan rendah.
Mereka berjaga2 jaga ke tidak?
Sepanjang usia mereka berjaga jaga dan berdoa.
Tapi nak buat macam mana dah kediaman mereka tu berada di 'Zon Banjir'.
Terpaksa hadapi jugak lah.
Kesian kan?
Kawan saya di lahirkan dan di besarkan di kawasan tersebut.
Tapi mengikut cerita dia, teruk tu teruk lah.
Tapi seronok pun ada.
Pesta air setahun sekali.
Mana tak nya, kolam renang di ruang tamu saiz Olimpik lagi.
Keluarga dia telah menyimpan bekalan makanan yg mencukupi.
Pesta makan dan yg paling best,
itulah masa berkumpul dan menghabiskan masa bersama keluarga.
Quality time.
Tapi ada juga yg ambil kesempatan masa banjir ni.
Dapat makanan free dan duit bantuan lagi.
Bagi yg betul2 di landa musibah tu tak kisah lah, memang patut pun menerima bantuan.
Tapi yg buat2 di landa musibah ni..
Tuhan bagi musibah betul, baru padan muka!
Apa2 pun kita tunggu dan lihat esuk bagaimana.
Takut jugak kan.
Semoga Allah melindungi kita dari sebarang kerugian harta dan nyawa.
InsyaAllah

Tuesday, January 1, 2013

Hari pertama tahun baru.

Membuka tirai 2013 dengan penuh kesyukuran.
Setiap dugaan itu sebenarnya 'Blessing in disguise'..
Hari pertama di tahun baru ini saya merasa lebih tenang dari hari kelmarin.
Saya percaya Tuhan itu satu dan Dia maha mengetahui.
Dia lah yang menjadikan saya tetap gagah bertapak ke depan.
Selagi hayat di kandung badan saya akan terus mencari redha Nya.
InsyaAllah, saya akan terus mencuba untuk menjadi lebih baik dari semalam.
Fainnama'al usri yusra
innama'al usri yusra...Surah Insyirah 5-6

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...