Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Wednesday, July 5, 2023
Ngah
Bawang jeruk
Monday, July 3, 2023
Cukup lah setakat ni
Makin hari makin membosankan!
Bila mengharapkan perubahan menjadi mustahil, hati menjadi hilang rasa.
Hati dah tawar dan tidak mau mencuba lagi.
Sebaiknya tamatkan saja segala cerita bodoh itu.
Penat dah cuba bertahan dalam permainan yang makin tidak menyenangkan ini.
Buang masa saja.
Bazirkan baki nyawa yg dah tak banyak mana ni.
Tak berbaloi.
Tak perlu berpura pura suka. Tak pandai berpura pura.
Sepatutnya dah lama saya tutup cerita yg tidak membahagiakan ini dan fokus ke benda lain yg lebih membahagiakan.
Ok I'm done. Tamat.
Sunday, July 2, 2023
Mertua vs menantu.
Baru baru ni balik jengokToktua di kampung. Entah apa saja la toktuaku ini. Ada jer aktiviti yg dia nak buat. 40 ekor ayam? What? Dia nak masak 40 ekor ayam sorang2? (Ada la geng dia sorang dua datang bantu)
Saya sah dah takleh bantu. Balik pun sekejap saja ni. Maklum la menantu stail lorat gaduh sokmo.Sorry Ma dehh...
Sempat lagi dia duk belek pokok bunga telang. Nak bagi benih supaya saya tanam.
"Nanti boleh kutip bunga buat minuman utk cegah mcm2 penyakit" Itu kata Ma. Hadoi Ma, saya ni x berapa rajin dah nak bercucuk tanam. Jari kebas la Ma. Kebas campur malas. Kalau nak bunga tu lebih mudah saya ambik dari pohon Ma saja. Kan Ma?
Saya tabik la dgn rajin nya toktua saya ni.
Ma, nak tanya sikit...Tak tau penat ke Ma?
Tengok tu..terbongkok bongkok duk kutip bunga telang nak bagi menantu tanam. Menantu takut pacat, takut nak masuk dekat..Ni orang panggil 'Toktua mithali menantu kurang mithali' ni.
Sakit gigi
Semua klinik pergigian tutup.
Farmesi tutup.
Aaaa....Sudah doh la!
Pipi dah bengkak
Infection kot
Kena tunggu klinik bukak baru boleh ambik antibiotics.
Sebelum tu?
Tanggung sendiri sakit tuh
Mujur ada pain killer.Bertahan dgn pain killer lah.
Aduh mak sakitnya..!






