Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Friday, July 28, 2023
Wednesday, July 26, 2023
Senyum
Senyum
Walau hati menjeruk rasa
Senyum
Walau tangisan membanjiri mata
Senyum walau banyak sebab untuk menangis
Senyum
Betul lah kata orang..
Jika kita rasa kita tidak bernasib baik dan sentiasa diuji dgn ujian yg hampir tidak sanggup kita hadap, kita kena ingat satu jer....
Susah kita, ada lagi orang yg lebih susah..
Payah kita, ada lagi orang yg lebih payah..
Mata yg merenung langit lama2 akan silau dan pedih..
Renunglah rumput di bumi yang hijau dan menyejukkan mata.
Footnote: Hari ni otak tak masuk air oleh kerana itu saya menulis/berfikir dgn lebih positif.
Monday, July 24, 2023
Hajjah
Tq Iqah.
Tq ingat juga kat mummy ni.
Tq buahtangan dari mekah.
Tq so much!
Iqah petugas di unit fisioterapi di klinik tempat saya jalani rawatan.
Tadi saya hadir seperti biasa untuk sessi rawatan jari2 saya tu.
Tiba tiba Iqah menyapa,dah balik rupanya dia dari mekah.
Dia hulur beg ni.
Cantik
Iqah pun makin cantik semenjak bergelar hajjah.
Memburu semangkuk sup
Kes viral.
Kedai sup diburu
Wajah kedai indah khabar dari rupa.
Kami pesan sup yg paling mendapat perhatian.
Cepat dan mesra pelayan kedai ni
Sup sampai. Panas berasap
Penuh lauk semangkuk
Banyak
Hirupan pertama sup menywntuh deria rasa
Sedappppp!!!!!
Sangat sedap!
Tapi saya tak dapat habiskan sup tu. Mungkin faktor banyak sangat. Mungkin juga faktor kedudukan kedai yg mejanya di susun di tepi jalan besar. Kedai tanpa kipas dan sup yg panas bukan pasangan yg bagus. Berpeluh peluh hirup sup.Lain kali kalau saya singgah lagi saya rasa saya akan memilih utk bungkus dan makan kat rumah saja.
Ok berapa markah nak bagi?
Sup 10/10
Kedai 2/10
Subscribe to:
Posts (Atom)



















