Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, August 8, 2023

Akhirnya

 


Sudah tamatkah cerita kita?

Sudah bernoktahkah?

Seperti tidak percaya

Semudah itu kau akhiri segalanya.

Tapi tidak apalah

Aku baik baik sahaja.

Walau aku tidak mau begini

Hati terpaksa rela.

Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat kita.

Tidak ada dendam di hati ku

Jauh lagi untuk membencimu.

Biarlah segalanya berkubur dalam pusara ingatan.

Terima kasih atas bahagia yang pernah kita anyam bersama.

Maafkan segala khilafku dan aku dah lama maafkan segala kesilapanmu.

Semoga ada sisa bahagia buatku dan semoga kau juga terus mewah bahagia.

Selamat tinggal. 

Semoga tidakkan berjumpa lagi.


Buat seseorang yg bernama Nor. Ini lah yg Nor rasa..Sabarlah Nor. 

Monday, August 7, 2023

1st day

 Doktor suruh exercise.

Ok fine. Noted.

Hari ni nak mula exercise.

Wish me luck!

Kemain semangat nih, tapi larat ke?

Nak briskwalking saja..pun belum tentu berapa langkah larat.

Nanti later saya update k..

Jommm......

Mokcik2 pergi taman duduk2 atas buai tgok orang lain jogging dan briskwalking...haduhhhhh!

Sunday, August 6, 2023

Si bongsu

 Anis balik 

Bulan cuti, studyweek leave jer

Boleh la duk rumah 4,5 hari

Boleh jadi teman saya keluar ke kedai.

Teman makan dan lepak2 kat luar jugak.

Mlm tadi dia dah fly balik ke kampus.

Sunyi dah dapur( dia rajin masak)

Sunyi dah bilik dia.

Sunyi dah hati saya.

Orang lain yg ada kat rumah ni semua kerja

Keluar pagi balik senja

Saya sorang sorang tak ada teman bicara.

Tak apa lah, janji Tuhan jaga anak menantu semua.

Tuhan permudahkan urusan anak menantu.

Kita orang tua ni simpan saja lah hati sepi sendirian.

Redha.


Thursday, August 3, 2023

Terbuang akhirnya.

Payahnya nak mencari sahabat yang sejati

Yang sentiasa boleh kita berkongsi suka duka

Yang menghargai kita.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...