Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, April 15, 2024

Dah habis beraya


Kosong.
Sarang yg riuh sudah hilang suara
Ruang tanpa bayang tawa
Kerusi kaku berteman meja bisu.
Kosong tanpa kamu
Hati ibu....,
lebih kosong dari itu.


 

Sunday, April 14, 2024

Masih mood raya



Ni foto di bawah ni paling mahal.
Apa tidaknya,
Bertemu mata hanya selepas bertahun tahun tak jumpa
Terima kasih Ciknor dtg beraya dgn famili.
Suka tgok ciknor happy dgn anak menantu dan cucu.
Begitula hidup kita ini, bila dah tak ada dia di sisi, sepi itu hadir walau dalam keriuhan.
Semoga kita tabah ya CikNor.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...