Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, December 1, 2009

Hello sunshine..



Gud morning everybody.
Care to join me for breakfast?
Tea or coffe?
Black or white?
Some toast n butter perhaps?
Scrambled eggs?
I'm at my holiday home in Ampang.
It's nice to be here.
Peace of mind.
Athough KL is famous for being hot, stuffy, buzy, traffic jams n what not, I don't mind at all..Behind this door, I am fine. That is what matters most.
This morning I cooked something for everybody...
'Puding Marble'.
Want some?
Come over then,
we will have a great time pampering our taste buds.

Sunday, November 29, 2009

Mata menuturkan bahasa hati..


Mata
Eyes
'Ain

Sama makna nya..
Mata menuturkan bahasa yang universal.
Tengok saja pandangan mata, semua orang faham maksudnya.
Mata mampu menuturkan seribu perkataan.
Tanpa perlukan sepatah kata2 dari mulut,
mata boleh berkata kata.
Mata tidak pandai menipu,
Apa yang tersirat di hati,
digambarkan dengan pandangan mata.
Pejam,celik,terbeliak,sipi atau pandangan macam mana pun
semuanya membawa makna yng berbeza
Seperti kata penyanyi tahun 50an , R azmi.
"Dari kerana mata..yang mempunyai kuasa....."


Duhai mata mampukah kau menyimpan rahsia hati..?

Saturday, November 28, 2009

Tuhan lebih tahu..

Ada hari saya gembira
Ada hari saya merasa sangat tertekan
Ada masa saya rasa mahu hidup seribu tahun lagi
Ada kala saya mahu tidor dan tidak bangun2..
Hidup ini payah, amat payah..
Hanya yang bertuah dapat segala yang di impikan.
Yang lebih bertuah dapat bersabar bila dirundung duka
Yang paling bertuah, menerima kekalahan dgn redha.
Saya tidak tahu dikumpulan mana saya sekarang.
Kerana sungguh saya jahil dan tipis iman.
Saya tidak mahu berakhir dengan kesesatan, nauzubillah sungguh tidak mahu.
Saya juga tidak larat lagi menanggung segala kekusutan .
Saya cuma berharap Tuhan menduga saya dengan dugaan yang mampu saya tanggung.
Kerana Dia tahu kemampuan saya.
Siapalah saya, sekadar debu yang berterbangan.
melukut di tepi gantang.

Tenang lah wahai hati yang berkecamuk.

Biarkan ku menggapai mu,
memeluk mu,
memanjakan mu.
Tidurlah kau di peluk ku,
di peluk ku,
di peluk ku.
Hinggakan kau mimpi kan aku,
Mimpikan kita,
Mimpikan kita.
Jangan pernah kau terjaga
Dari tidur mu,
di pelukan ku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...