Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Sunday, June 26, 2011
Berkursus lah saya hari ni dan hari2 seterusnya...
Hari ni hari pertama saya menghadiri kursus dalam perkhidmatan.
Macam biasalah kalau sampai surat panggilan kursus yang paling saya risaukan ialah macam mana kalau saya tak dapat kawan nanti?
Macam mana kalau saya jadi kera sumbang yang payah nak fit in.
Macam mana kalau sorang pun orang2 yg saya sedia kenali tidak ada dalam senarai peserta kursus.
Macam mana itu macam mana ini..
Mungkin bagi orang lain semua ni small matter tapi bagi saya its not a small matter.
Saya tau siapa saya dan saya sering mengalami masaalah ni.
Jangan awak tak tau saya ni seorang yg pemalu dan tak reti nak break the ice.
Saya cepat rasa inferior kalau berada dalam crowds tambah2 kalau dikalangan orang asing.
Nak cuba2 senyum pun tak menjadi, nak tegur2 orang saya tak reti, takut.
Dari kecik sampai ke tua saya macam ni, lebih suka mendengar dan memerhati.
Saya ambik masa untuk study orang dahulu.
Tapi kalau dah dapat kawan dan boleh blend in, saya cepat bersalin kulit.
Mula lah macam murai pot pet pot pet tak kira masa.
Hari ni setelah seharian menghadiri kursus, saya selesa dah.
Alhamdullilah, bila dah tamat the first day tu, lega rasanya untuk kembali lagi ke sini esuk2.
Saya dah dapat kawan dahhhh....
(Sehari dua ni acara Blogwalking tergendala lah...)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
betol tu kak hani... kalo dah ada gang masa kursus etc, baru lah molot ni berkata2... kalo tak, mesti mata & telinga je yg berkerja..
Mulan pun sama jugak?
makan best tu kak....hmm ingat makan jek hehehe
Memborong susu di Giant 25 jun
Normal lah tu PnHani..
huda kalau 1st time jmpe org baru mmg wat muka cam ala2 kelat..tak retila nak mulakan perkenalan, dh lama2 tu baru nak senyum n mulakan perbualan :)
cikgu...
blm dan habis baca cikgu dah dpt kawan...
kira okaylah, lepas ni...
Best kalau dapat pi kursus. Disamping tambah ilmu, makan pun best.. Tak payah fikir pasal kerja sekejap..
camner cara mudah nak cari kawan?
berilah petua...
selamat berkursus kak.....kita serupa....
Cikgu, saya pun begitu juga.. mesti nak kena fikir mcm- mcm kalau dpt kursus cmni. Huhu!
Saya kalau pergi kursus atau seminar atau apa sajalah yang sewaktu dengannya saya paling takut kena sorang sebilik.
Saya takut, mesti tak boleh lena. Dah tua2 pun penakut.
Selamat berkursus,insyaallah mesti jumpa ramai kawan.
Seronoknya dapat peluang berkursus! I like kursus. Selain dapat ilmu, juga dapat kawan baru, juga dapat tengok pemandangan baru. Taklah asyik terperuk jer kat pejabat. Lama2 buntu.
Jika dah selalu pergi berkursus, lama-lama keyakinan diri akan semakin kuat. Dont’t worry.
Gambar Merapu Seorang Menantu...
Eh..sama lah kita kak. Ate pun mcm tu.. lambat nak mula, sampai org ingat sombong. Sebenarnya control ayu..ehh..bukan..control malu. Tapi kalau dah kenal, tak berenti pot pet. Sebab tu kalau pergi kursus ke apa.. susah hati bukan main.
Bagi saya, bila udah berumur ni...saya lebih suka kursus yg byk bergerak tak byk ceramah...takut tidur...
selamat berkursus...
selamat berkursus, selamat ber'ice breaking' hehe
selamat berkursus....
Post a Comment