Lepas Asar ke bahagian kecemasan Hosp Sains Kubang Krian.
Hubby tak sihat lagi.
Dah familiar sangat dah suasana kat situ.
Hospital ni rumah kedua hubby.
Lama sungguh,byk prosidur.
Tapi penyakit hubby ni mcm biasa lah, lebih dahulu di beri rawatan.
Pesakit ramai tapi kakitangan tetap ramah dan murah senyum.
Cara kerja mereka memang profesional.
Terbaek gitu!
Tahniah Husm Kubang Kerian.
Cuma satu,
Duk menanti rawatan tu azan Magrib bergema.
Kakitangan ada tempat solat.
Pesakit dan yg meneman ni amat payah.
Kena ke surau yg jauh nunnnn.
Nak masuk balik ke bilik rawatan kalau dah kuar tu payah pulak.
Seksa. Terpaksa rela tinggalkan si sakit.
Pukul 1o malam baru dapat keluar dari bilik kecemasan.
Alhamdullilah, dapat balik berehat di rumah kali ni.
Ok, thank you everybodih,
Saya balik ngadap meja makan, hmm, baru boleh berbuka puasa.
Lega.
16 comments:
teguran yang baik untuk husm daripada seorang yang baik
wow... pukul 10 baru settle di wad kecemasan? ramai la tu....
Assalamualaikum Cikgu Hani,
Selama ini saya bayangkan Cikgu berada di area Lembah Klang. Rupanya Cikgu di Kelantan.
Alhamdulillah hasben cikgu dah beransur baik. Semoga Allah berikan dia kesihatan yang baik.
Cikli,
Akak mmg kagum dgn staff dia orang..
Aku,
Memang ramai dan pelbagai ragam..
Kunang kunang,
Maaflah kalau ada kekeliruan..saya ni dua alam..hehehe.
cikgu...
kdang2 depa lepas pandang hal2 begini...
cikgu boleh hantarkan surat pada pengarah hospital atau pengarah kesihatan negeri...bagi cadangan... mereka memang mengalukan-alukan....
semoga suami cikgu cepat sembuh..
Ibu dan abah,
Tq for the suggestion..tapi tak berani lah.
Bonda tie,
Tq
Semoga hubby cikgu cepat sembuh.
Tak kan orang2 yang bertanggung jawab tak sedar akan kesusahan pelawat yang nak menggunakan surau.
moga lekas sembuh hubby akak :)
assalam hani..semoga suami cepat sembuh.
Zaitun,
dah di sediakan tempat nya tapi agak jauh bagi kami yg kalau boleh tak nak tinggal sekejap pun si sakit ni.
huda,
dah tua2 ni segala penyakit hinggap..tq atas doa tu.
Acik erna, begitu lah harapan hani dan anak2
Post a Comment