Sebuah luahan hati seorang perempuan yang bernama Nor.
Pusara mimpi pengejar pelangi
Sekiranya mati itu sudah dapat ku duga saatnya,
Aku sudah tidak mau memohon di perlewatkan walau seketika.
Biarlah datang nya bersambut.
kerana di sini pun nyawa sudah tidak byk membantu.
Sudah penat berlari mengejar mimpi.
Kehidupan semakin tidak ada apa apa
Bahagia hanya pakaian harian untuk tontonan
sedangkan hati didalam,
remuk redam.
Biarlah, kau katalah apa saja,
sememang nya aku sudah berputus asa.
Semakin aku ukir senyum dan tawa
semakin tawar dan aku sudah jenuh berpura pura.
Lakonan ku sudah basi.
Tirai ini perlu di labuhkan.
Penonton masih bertepuk tangan.
Sebenarnya primadona ini sudah lama tidak bernyawa.
Babak2 akhir ini adalah babak pengkebumian jiwa.
Biarkan saja rasa ini berpusara di lubuk hati.
Bersemadi di dalam diri.
Semalam aku pernah ingin hidup seribu tahun lagi
tapi hari ini jika Tuhan takdirkan mati itu lebih baik buat ku,
Aku redha.
17 comments:
Sungguh indah puisi ini...tapi seperti org berputus asa saja...mudah2an penulis puisi ii tabah menghadapi liku2 hidup dn sentiasa diberi kekuatan oleh Allah SWT
nyanyisunyi,
kita sama2 berdoa untuk kesejahteraan dia..
semoga dia tak mudah putus asa kak....
sedihnya pemuisi ini hingga ke tulang ... moga Allah kuatkan hatinya
Don't worry, setakat ni dia seorang yg kuat.
kak, syahdunya puisi ni...byk dugaan dan cabaran perlu ditempuhi, tabahkan hati, semoga perginya nanti disusuli doa hingga ke akhirnya...
sayu ati baca puisi ni..
Pelabuhan bukan utk berlabuh semata
banyak yg baru hendak memulakan
perjalanan yg jauh dan penuh dugaan
alang-alang sudah hampir di pelabuhan
cari arah haluan yg terbilang
cukupkan ilmu mencari destinasi
agar pelabuhan mendatang
memberi sebuah kepuasan yg dicari
teruskan menyelusuri lautan hidup ini
Puitis, tapi penuh kepiluan dan kesedihan. Walau siapa pun pemuisi nya ingatlah, Laa Tahzan. Allah bersama mu dan DIA sedang menatap kamu dengan berjuta kasih sayang.
ajumohit,
begitu lah hidup ini
Kunang kunang,
hidup perlu di teruskan walau pun dah jadi bangkai bernyawa
kakzakie,
ibarat perahu yg hanyut..tiada hala tuju..
Ann,
Payah untuk memulihkan rasa..walau sembuh lukanya parut tetap ada.
Salam, harap merajuk pada yang sayang.. jangan sorang-sorang.. emm tak berbaloi..
Che mid, Nor ni a very lonely person..Hidup sendirian, yg ada hanya Tuhan.
Semoga seorang perempuan bernama NOR terus tabah dan tidak menTADBIR sesuatu sebelum Tuhan menTAKDIR.
eh Makcu tak tau ke yang Nor ni dah meninggal? Dah bertahun dah Makcu, Ni puisi dia yang terakhir ni..
Makcu kenal dia jugak kan?
Innalillahhhh...
Post a Comment