Kalau belum pernah cuba fikir sekarang.
Siapa lagi kalau bukan dia..
Dia lah,
- Mesin Cetak Duit yg bekerja 7 hari seminggu yang setakat ni belum pernah rosak lagi mesin nih.
- Kamus Bergerak yang sentiasa ada jawapan bagi setiap soalan dari kamu.
- Polis yang memerhatikan segala gerak geri dan memantau setiap tindak tanduk kamu
- Badan Kebajikan yang menyediakan atap untuk berteduh, pakaian yang membaluti badan dan sentiasa memastikan pinggan kamu berisi..
-Perantara yg memastikan TNB, TMnet dan Astro mesra alam dengan kamu semua..
-Agen Pelancongan yg bawa kamu jalan jalan cari makan ke merata dunia...Mummy pun join sekaki.
- Raja yang mentadbir republik kamu dan tolong jgn berebut remote control dgn nya.
Siapa dia?
Faqroul Hafeez Bin siapa ?
Saidatul Hafeeza Binti siapa ?
Faqroul Afiq Mustaqeem Bin siapa ?
Saidatul Afifah Auni Binti siapa ?
Saidatul Anis Qistina Binti siapa ?
Kamu semua berbinkan/berbintikan dia.
Di IC kamu tercatit nama dia,
Di luh mahfuz pun sudah tertera.
Selagi itu lah kamu jgn lupa..
JANGAN LUPA,
UCAPKAN LAH
SELAMAT HARI BAPA
BUAT PAPA
YANG SENTIASA MENYAYANGI KAMU LEBIH DARI SEGALA GALANYA.
( N3 bodek boss yang paling class di dunia...hikhikhikkk)
26 comments:
selamat hari bapa utk semua bapa2...ayat cikgu mmg cenggini ekk?? sronok dibaca
Sallam Cikgu Hani,
Waa..bodek nak minta apa tu,
melancung ke Cina ke, hehehe
kata kata yang sedap sungguh...
Ajumohit, nak hidup lah katakannnnn
Lipislady, bodek supaya dpt markah bonus.
Bonda.tie,
Kenyataan nya mmg begitu kan?
ermmmmm....statement last tu yang 'mahal' tuhh...;)
ok..ok..Selamat Hari Bapa utk semua yang bergelar BAPA...moga kan terus menjadi BAPA mithali...:)
sangat mendalam
entry ni buat saya rasa penting sungguh.
(terkadang rasa fail..)
Imanshah,
Dia lah bapa kepada anak2 saya
Cikli,
Jgn kata mcm tu..selagi tanggung jawap seorang bapa di jalankan dgn baik selagi itu lah tidak fail.
Pn kartini,
Begitu lah kan..sekali sekala bodek tu sunat...
Salam Kak Hani,
kelas sungguh ayat bodek Kak Hani ni...
SELAMAT HARI BAPA untuk bekas bos saya tu...
sahari bapa bua papa anak anak kat hani
i mean salam hari bapa buat papa anak anak kak hani....
memang pesanan yg sangat mantop!!buat anak2 hani.
AH juga amat menghormati Abah AH walaupun belajarnya setakat sekolah rendah.
Al Fatihah buat Abah yang pergi menemui Allah 2008 yang lalu!
Rosya,
Ok, nanti kak hani sampaikan.
Azani,
Akak dah agak dah...
AH, AlFatihah buat semua abah2 yg telah berada di alam sana...AFatihah
wow!!!!!ayat bodek yg paling class gitu..seronok membacanya..
Apa2pun...SELAMAT HARI BAPA UTK SEMUA YG BERGELAR BAPA...
kelas punya bodek
MP, hehehee...nak belajar ilmu bodek meh sini, tapi kadang tu tak berkesan jugak
cikguden,
bodek sunat!
mmg kelazzz cara bodek ni...
Salam, He he anak dah baca ke belum?.. Kalau anak tak baca.. pastikan AYAHnya baca..
Post a Comment