Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, August 30, 2009

Broken wings

I have nothing to say.
Blank.
I am not sure about everything.
I am tired.
I have been trying hard to cope with what life have got to offer, but I am a failure.
Sorry, may be I am not in my best mood today.
Life sucks!

Thursday, August 27, 2009

Tenang lah wahai hati..

6th Ramadhan

Now masa sahur ni..Dah siap masak dan mereka sedang makan tu..Masak apa? Nasi goreng kanpung, Ayam goreng,Telur masin, Keropok dan Sambal goreng. Well. untuk sahur ni kalau Chef dari syurga turun pun mereka masih komplen 'tak lalu'...Sebenarnya ngantuk tu..Iffah bertongkat dagu, Along pun muka bantal..Kimi langsung tak nak bangun, sayangkan mimpi la tuh.Anis saja yang laju....Makan lah anak, nanti esuk tak lah letih sangat lagi pun ambil sunat nya.Besar pahala....Eh, dah ada yang dengkur kat meja dah..Jap, jap..kena stop dulu.

Wednesday, August 26, 2009

Watch out Kids!!!

5th of Ramadhan. Another 25 days to go...but the sound of fire crackers are popping everywhere. let alone the home made kind..u know, the one that never fail to make a few youngsters lose a finger or two. They called it 'Meriam buluh'. No more made of bamboos now, they prefer the better version- the steel poles or what not. May be the difference is that you lost more fingers using the new version..or may be an eyeball too...Well kids, don't forget that those body parts r given to u just once..no spare part!
So next time you feel like you just needed one or two finger less, just tell me, let me chop it off. Less pain may be. I promise I'll use some pain killer first. Deal?
( God, I'm really sick of the 'Dam Dam dum')

I hate good byes



My pija is not here anymore.
This morning we sent her to the airport.
Hopefully this is the last Aidilfitri without her.
Uwaaa...!!!
I am not good at good byes.

Tuesday, August 25, 2009

Mengintai dari jendela kamar

Di kanan ku kelihatan projek perumahan kos tinggi(1.7 juta utk se unit) sedang dlm pembinaan.











Di kiri ku kelihatan Hotel d' Palma/Ampang point.












Nun bersetentang..Bukit Ampang kelihatan sayup.
Disitu tempat menikmati keindahan seluruh bandaraya.

Express Malam

Aku bagai keretapi malam
meredah kelam suram
terus cuba untuk tidak jatuh
dari landasan.
Setiap stesen yang aku lalui
berdiri sepi dan lebih banyak resah
yang menanti
Aku terus ke perhentian seterusnya
mengharapkan ada rindu yang menyapa
Sayang sekali,
penumpang ku hanya lah
bahagia yang sementara.
Semakin sempit ruangan ini
Gerabak berisi luka semalam
masih sarat ku usung kesana sini
mau saja aku muntahkan duka itu
di sepanjang landasan ,
Tapi aku pasti kegelapan malam ini
tidak akan membiarkan aku
menemui apa yang ku cari.
Keretapi malam adalah aku,
meluncur sendiri tanpa destinasi.

Monday, August 24, 2009

Badak berendam/Bubur biji nangka

Badak berendam? Kami org kelantan mengenali dessert ni sebagai 'bubur biji nangka'..Badak tu lebih sinonim dengan org yang cuba masak bubur ni di petang kedua ramadhan..Hhehehee..bukan ambo k..!!
Mula mula gentel tepung yang di bancuh dgn air daun pandan.Pas tu letakkan dalam air mendidih, bila adunan tu timbul keluarkan.


Masak kuah terlebih dahulu dan masukkan 'biji nangka'ke dlam kuah.Ambo tolong buatkan kuah. tang lain tu serah pada assistant yg cukup rajin.
Jangan tak tau, yang jadi chef nya hari ni ialah.....jeng jeng jeng...
KIMI
Lalu ke nak telan nih??

Sunday, August 23, 2009

Selepas terawikh

Ahli Jawatan Kuasa Mesyuarat Tingkap mula bersidang..Tajuk hari ini 'Majlis kahwin kontroversi'.Sumber2 dari yg belum tentu boleh dipercayai ...Bila?, Dimana?, Siapa? Ini kalau ada wartawan tabloid yang hadir sah berita hangat di muka depan paper esuk...Tau2 dah pukul 2 pagi..

Saturday, August 22, 2009

Tukang urut


Berdenyut denyut tumit kaki ku ni.Segala jenis minyak urut dah ku lumur tapi tak tahan jugak..lenguh nya menyebabkan aku sukar nak bergerak. Ye lah, tua tua ni biasa lah sengal sengal tulang dan lenguh sana sini.
Nasib baik la ada anakanda ku yang menawarkan khidmat urut. Sedap jugak dia urut, sekurang kurangnya rasa lega sikit.tapi kadang tu tambah sakit jugak memandangkan tenaga yang di gunakan tak seimbang dengan kadar sakit ku ini..tengok badan la, kalau di sentap nya jari jari kaki ku tu, mau nyer tercabut.
Free? tak jugak, malah upah nya jauh lebih mahal dari yang di pasaran. Tak pe lah Kimi, nanti tumit kaki mami sembuh, kita makan besar k.

Harapan

Ramadhn menjenguk lagi...

Sahur...Sahur..
Semua excited.
First day okey lagi,
announce saja 'sahur'
laju ke meja makan.
Lagi pun kali ni semua ada.
Along, Wan, Ja, Kimi, Iffah dan Anis.
Malam esuk mula lah ada yang ponteng sahur.
Nak bukak mata pun payah ni kan nak buka mulut.
Along dan Kimi mmg dah declare this is the first and the last sahur.
Dia org tidor lewat, makan belum tidor la tu.
Jangan cam tu lah anak, minum pun cukup, ambik sunat, berkat dan melengkapkan puasa tu..

Salam Ramadhan buat semua yang singgah di laman ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih berkat.

Friday, August 21, 2009

On the road

Yes! In Ampang today. Its good to be here.
Yesterday I was not behind the wheels, my dearest son in law was. Once in a blue moon, got somebody to drive is soooo nice..TQ Wan, mummy gives you an 'A+' for that..I bet if ur granny 'Che' were to be in the car with us yesterday, she will be sleeping like a baby too..You know Che and her fear of speeds.
I remember the time Che boarded the car and mummy was driving at 110-150 kmph. All the way her eyes were glued to the meters and never failing to remind mummy to step on the brakes or telling me what creature was approaching or tailing.. .Che should have worked for the JPJ and mummy is very sure that mummy's driving license will be put to an end by her!
But that is what mothers are for...To keep you on the right track whenever you forget where you are going...TQ Che.
As for Wan, next time you drive, with me or without me, I will have a peace of mind knowing the way you handle the car...So Wan, these are the car keys..

Wednesday, August 19, 2009

Nak beli kat ner?


Pasar malam..Nak beli apa..Kata orang segala benda ada di jual disini.Bawak duit je, semua ada.Ye ke gitu???
Ok aku nak beli 'Sayang' sebakul.
Nak beli "Rindu' sejambak
Nak beli 'Perhatian' selonggok
Nak beli ' Penghargaan' segenggam
Nak beli 'Setia' sebanyak mana yang ada.
Nak beli 'Ikhlas' secukup rasa.
Nak beli kat mana ni??

Kalau aku nak jual 'Sengsara' ada yang nak beli tak?

Melayan Hati


Happy?
Yup.
Sure la happy.
Sekolah dah nak cuti.
Kita nak sambut puasa dengan yang tersayang.
Along,
Ja dan wan,
Kimi,
Iffah,
Anis jugak.
Esuk kita ke Rumah kedua d Ampang.
Esuk kita tidak lagi di daerah luka ini.
Selamat tinggal sepi dan lara
Disini kita tidak ada apa apa.
seperti sampah terbuang,
seperti debu berterbangan.

Monday, August 17, 2009

Nasi ayam Istimewa

Nasi ayam' Best in the world'
Ada kawan bagi resipi
Sempena ramadhan
Jamin sedap.

1 mangkuk jagung kering
1 mngkuk nasi semalam
Cara-cara
Gaulkan kedua dua bahan tadi.
Pegi belakang rumah kat reban ayam
Kur...kur...kur...
Tabur......
Sah berebut ayam makan.

Woi , pandai la ko Milah, Malam ni aku rasa ada orang nak kena telan ni..@#$%&!!

Mimpi

Semalam aku kesebuah daerah yang aku kenal.
dengan seseorang yang aku kenal,
Menghabiskan masa dengan dia,
Gelak ketawa,
Hati berbunga,
Bahagia.
Aku terjaga.
Hampa.
Mimpi sudah punah.
Harapan sudah pecah.
Jiwa sudah parah.
Realitinya,
Mimpi menyakitkan hati.

Sunday, August 16, 2009

Bersama Proton

Majlis Pelancaran bulan kemerdekaan ke 52 dan Konvoi Merdeka, 1 perjalanan, 1 Proton, 1 Malaysia. Terima Kasih buat Proton yang telah menjadikan sekolah kami sebagai 'Anak angkat Proton'.
Warna tema hari ni ialah 'Merah'. Lambang semangat.

Bagi je lah budak tu pegang..
Yg kau org sibuk tu naper??
Tahan bas ke kibar bendera ni??Camni laa...
Ini baru semangat nama nya.

AJK bahagian liputan semasa...
Yang sebelah kanan tu MC tetap kami..yang kiri tu nyibuk jer..AJK nyibuk dan yang sewaktu dengan nya.

Always like this one...

1, 2, 10, 100, 1000 sheep..still counting but there's no way I am going to fall asleep. I am so restless and sick of not being able to close my eyes n doze off. May be its my age or something i ate or may be something is on my mind..Or is it someone???
Don't get me wrong here, the only person on my mind now is my Boss. Ha ha haaa...Siang teringat malam termimpi. Ada urusan yang tak beres dengan Boss ni, camna la nak face him nanti..Hari ni sure aku ngelak dari terserempak dengan Boss ni..
Buat la orang pejabat masuk staffroom cakap" Kak Hani, Boss nak jumpa"...Sah pengsan nih!
How I wish I can turn myself into an' Invisible lady' on that very spot. This teaches me a lesson.
Lain kali kalau tak leh buat,ngaku...Jangan jadi Pak Sanggup and spoiled my brain cells trying to figure out what to do...........Sapa nak selamatkan aku nihhhhhhhhhhh??????

Saturday, August 15, 2009

Perasan





Ada orang perasan 'model of the year' nampak nya nih. Siap melaram dengan baju Kak nik lagi tu..Balik Kak Nik nanti bukak gelanggang tinju la..Mummy tak nak campur, Pandai2 Anis la cari alasan yang munasabah..Nis, cakap aje kat Kak Nik tu " Tak muat dah pun untuk Kak Nik.."
But r u sure this is Kak nik's blouse? Bukak Kakak punyer ke..? Cari penyakit awak ni..

Dr mehmet C Oz says.....


My Ayah Jie was here yesterday. He gave me this book..tq, tq, tq. Giving this book is a moral support but going from one place to another searching for what to eat is not...U nearly ruined my dieting programme..
Ayah Jie is going on a biking tour again? Do I hear London to Paris??Go ahead, I Know it means a lot to you.As long as you both r happy. Being your what u called 'mischievous Niece' is enough to make me happy....Ayah Jie, if u r reading this, convey my warmest regards to Auntie Yam@ Makcik Power gitu...Tq again for the book.

It is written in this book.......... If you're thin, then you believe that fat people must be doing something wrong to make them fat. But if you're fat then you blame the environment,your genetics or any thing else... Wow! this is sooooooooooo true. ( I nearly sue Kak Wok the Nasi berlauk vendor, Ros the Chocolate cake supplier, Yap the Heavy Breakfast usher and my mother in law for her 'hard to resist' menus)

Thursday, August 13, 2009

Penantian itu satu penyiksaan..

1. Bibik ku duk tunggu suami nya datang balik bekerja dengan kami setelah lama bercuti balik Indon.
2. Anis tak sabar untuk menyambut puasa di Ampang.
3. Che Na duk tunggu masa untuk fly ke London, Pija pun sama.
4. Makdik mengira hari untuk jadi Raja Sehari menjelang Syawal nanti.
5. Abg Mad suspend untuk mulakan rawatan chemoteraphy nya yang pertama.
6. Kak Ma tak sabar nak shopping di Medan lepas raya nanti.
7. Kak Ma jugak sedang menunggu kelahiran cucu kembarnya.
8. Ros hari2 duk belek buku panduan haji..duk tunggu tarikh berlepas dari LTH.
9. Murid ku ternanti2 keputusan ujian kelmarin..Sapa dapat no 1 nih!
10. Aku bagai menanti buah yang tak kan gugur...................

Wednesday, August 12, 2009

Salam buat 'Sepiberbisik'

Khas buat seorang perempuan,isteri dan ibu yang bergelar 'Sepiberbisik'.

Ku harap dia melintasi dan singgah di daerah ku.
Aku terlalu amat ingin mengenali dia
kerana dia adalah aku..
serupa.
Semalam aku membaca bahasa tangisan
di jiwa nya ada sendu
di hati nya ada kesal
di matanya derita tumpah
di wajahnya bahagia musnah
Siapa pun sebenarnya kamu
'Sepiberbisik'
Kau bukan berseorangan.
Aku disini hampir dengan mu.
Daerah resah itu telah aku lalui
sebelum mu..
Rebah pun aku tetap bangun.
Retak dan berderai berkali kali.
Tapi aku tahu..
Nasib manusia berbeza beza.
Begini bahagian kita,
Esuk entah bagaimana
Aku juga yakin,
Tuhan sentiasa bersama ku
begitulah,
Tuhan juga tidak akan
menzalimi mu..
Salam perkenalan dari ku..

Anggur dari Taman Firdausi ke Taman Rafidi

Jangan tak tau, sekolah ku ada kebun anggur..Cikgu Rafidi cukup berbangga dengan buah buah anggur tu...
Ini sapa punya keje ni..belum sempat masak dah di petik..Masam nya tak leh nak cerita, kalah mangga muda..Tapi sedap tau, cicah garam..pas sebijik, sebijik...Ada la tu yang suka makan asam pandai2 pergi ambik setangkai dua ni...Not me...Kita tumpang makan jer...Semoga Fidi halalkan yang termakan ni...Shawal dah dekat ni....Maaf zahir batin in advance k. Caaaaayang Fidi!

Face mask is a must.

Okey,
Look here kids,
this is an example
how to wear the
face mask..
Please
do not draw
anyting
on the mask
bcoz
it is not funny..
Draw spongebob?
Also cannot.

Good.
Now you can sit and do your work..
I can hear youuu..
(but I am not sure
who made that noise just now.
Problem gak nih!)

Tuesday, August 11, 2009

Kes berat nih

Demam.
Batuk?
Tak.
Hidung berair?
Tak.
Sakit tekak?
Tak.
Selsema?
Tak.
Sakit kepala?
Tak.
Lenguh2 sendi?
Tak
Letih lesu?
Tak jugak.

Nampak murung.
Macam orang demam...
Ni musim H1N1.
Biar betul..
Demam yer??
Ya,Demam Rindu........
( Nasib baik tak panggil ambulan...)

Surat layang

Dah biasa benar dengan surat layang nih..Zaman dulu lagi famous. la ni dah ada cara yang lebih canggih untuk melahirkan ketidak puasan hati maka surat layang ni dah semakin di lupakan.
Mana2 surat layan pun isi nya hanya lah 'komplen'. penghantar nya sah 'nama samaran' Kira berani2 tapi takut..Kalau betul berani tulis nama dan alamat yang sebenar apa salahnya.Berani kerana benar.
Hari ni surat layang yang kami terima lebih kearah lucu..Ugutan berunsur lawak.Ada jugak kes cam nih.
Gini saja lah, kalau dah rasa anak awak jer yang betul tu, buat sekolah kat umah saja, cari best tutor and berikan yang terbaik untuk dia..By the way, pandai jugak cikgu awak dulu yer, ajar awak menulis surat sampai tidak ada sedikit kesilapan pun..Agak2 nya kalau awak jadi cikgu, boleh kah awak jadi sebaik cikgu awak nih??
Hmm...Cikgu pun manusia, ada silap dan salah tapi beri lah ruang untuk diperbetulkan bukan nya mengutuk...
Apa pun, tidak ada yang mampu mematahkan semangat kami untuk mendidik anak bangsa selagi ada kudrat dan selagi diperlukan, biar pun tidak di hargai.

Monday, August 10, 2009

ambo ore kelate

Suka nye kita...


Hari ni genap sebulan kita 'on diet'. Kurus? Lum lagi. Anyway bukan berdiet untuk kurus pun. Sekadar untuk jaga kesihatan. Lagipun gemuk sangat nanti tak muat lak baju dalam almari tu..Bukan senang nak rantai selera yang membujur lalu melintang patah ni. Susah yang amat sangat. Tapi berkat sokongan moral dari kawan2 at last turun jugak la beberapa kilo..Berat kita hari ni..jeng jeng jeng..!! tak leh announce kat sini lah, segan. Kalau banding dengan beruang kutub tu, rasa2 lah ringan kita lagi kut..Kira okey la kan..Sapa nak join kita dipersilakan...

Saturday, August 8, 2009

Bukan pemandu teksi je boleh mogok!

Baju untuk di pakai esuk belum iron lagi
Mesin basuh lega dapat rehat hari ni.
Anak bebas tengok TV.
Dinner belum fikir lagi
Roti untuk breakfast esuk belum kuar beli lagi
Harap2 tak ada tamu hari ni...

Aku nak diamkan diri.
Beku.
Bisu.
Mogok.
Merajuk.
Tak ada yang nak pujuk.
Padan muka aku!

Pada mu Tuhan

Tuhan, hanya pada Mu aku berserah dan Engkau lah yang maha mengetahui resah duka ini.

Kelab Nuri

Anis menyertai pertandingan mewarna anjuran Bank Rakyat hari ni.Seronok lah dia dapat T Shirt Kelab Nuri. Tak pe lah tak menang apa2 pun, penyertaan tu yang penting.

Kami ibu ibu ni boleh lah duduk senbang2 kosong sambil tunggu anak2 tu..Biasalah kalau perempuan duduk2 lebih dari sorang..isyh! bukan ngumpat lah..discuss pasal 'sale' kat mana dan nak masak apa hari ni...Ngumpat2 ni tak main tau.

Thursday, August 6, 2009

I had a great fall

I climbed up too high
I had a great fall today
I broke into pieces
I am hurt beyond words

Ketabahan

Teman,
ambillah kembali simpati mu ini
lalu pulangkan saja
luka yang pernah
kau pinjam dulu

Betapa pun kejam
aku sebenarnya tidak pernah berdendam
luka ini milik ku
darah dan pedihnya
biar ku simpan dikarung sejarah
Hari ini aku ingin
menyempurnakan hidup sebagai perempuan
membunuh sedu sedan
yang sering menyalak di luar halaman
merejam resah risau
yang sering mengulit di kamar peraduan

biarkan aku berlalu
dengan langkah berani
aku akan terus berlari
biarpun jatuh
akan ku bangkit kembali
kerana kali ini biarlah
aku tak lagi peduli
betapa pun perit
sakit nya akan ku tanggung sendiri!

(Seri Damai, Shah Alam)

Wednesday, August 5, 2009

Which type are you??

When you need a shoulder to turn to, who will be there for you?
Will it be your office mate? Your siblings? Your sweetheart? Or will it be a stranger that you barely know?
Well, whoever it is..He/She is a friend that will listen to you, be with you, understands you and willing to sit there with you without looking at the time repeatedly as if you spoiled his/her precious moments. What about those people that spell it out clear that they have way to much problem themselves and you are and excess baggage...Wow! What a friend...
I rather be alone than having friends like that. Some just turn to you when they are in trouble,expecting you to be there for them all the time, expecting you to be a shoulder to cry on and they just forget your existence once they are in better shape..Of course he/she is using you and you being the stupid one is too blinded by his/her sweet talks and go on assuming that he/she needs you...No! you are not needed, you are merely being used...DOORMAT..Shame on you!
But don't ever forget the 'true friends'...You remember his name whenever you feel you needed a friend.You remember him/her whenever you have a joke to share..Even remembering his/her smile makes you feel better already. He/She never fail to come to the rescue. Never fail to answer your S.O.S messages..Never fail to listen.He/She will make sure that you get all the support..He/She may not stands out in a crowd, but he/she will never leave you alone.
Right now I wish I have one like this one.....

Monday, August 3, 2009

Kerana Aliff

Aliff: Tice, mama kita pandai masak 'Nasi lauk gulai ayam'.
Tice: O yer ke aliff...
Aliff: Mama kita masak sedap.
Tice: Sure..mesti Aliff suka kan?
Aliff: Tice nak?
Tice: Ish, tak nak lah, TQ jer lah Aliff, Tice kan berdiet la ni.Lagi pun pagi2 ni tak eluk makan nasi...
Aliff: Bau gulai mama kita mcm bau gulai Kak Wok.
Tice: Bab Kak Wok,Kak Wok ni jangan sebut, terliur tice!Dah, gi siapkan keje yang tice bagi tu.. Tak siap jaga2 kamu Aliff. Go.Now.
(Sepuluh minit kemudian.
Aliff dtg lagi ke meja ku.)
Alif: Tice, ini nasi gulai ayam sebungkus utk Tice, mama kita bagi.
Tice: Laahai..! Camna nih...?? Apasal tak cakap dari tadi..Ok, ok, Tq Aliff, Aliff punya pasal Tice makan jugak.Tak diet pun tak per. (Rosak la diet ku hari ni......)

Walau bagaimana pun, terima kasih kepada parents yang sentiasa membuatkan aku rasa begitu dihargai...

Sunday, August 2, 2009

Dapur kita..

Bila masuk bulan Syaaban jer, kawan2 mula la minta resipi itu, resepi ini..Tiap tiap tahun macam ni lah..ada yang nak resipi masakan untuk di cuba bulan puasa, ada yang nak resipi untuk Hari Raya..Aku ni tak kedekut ilmu, segala resipi yang ku tau telah aku sebarkan. begitu jugak petua2 di dapur..Tahun berganti tahun tak habis habis bab masak memasak ni.
Yang aku nak gelak tu, aku ni beria la ajar kau orang masak...Kau orang buat ke tidak??'Lauk tunjuk' dan 'kueh tunjuk' kat Bazaar Ramadhan jugak sudahnya....Hehehe...Aku pun apa kurangnya, Bazaar Ramadhan tu macam dapur kedua. ..Ok, nanti kita jumpa lagi di sana k.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...