Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, November 29, 2009

Mata menuturkan bahasa hati..


Mata
Eyes
'Ain

Sama makna nya..
Mata menuturkan bahasa yang universal.
Tengok saja pandangan mata, semua orang faham maksudnya.
Mata mampu menuturkan seribu perkataan.
Tanpa perlukan sepatah kata2 dari mulut,
mata boleh berkata kata.
Mata tidak pandai menipu,
Apa yang tersirat di hati,
digambarkan dengan pandangan mata.
Pejam,celik,terbeliak,sipi atau pandangan macam mana pun
semuanya membawa makna yng berbeza
Seperti kata penyanyi tahun 50an , R azmi.
"Dari kerana mata..yang mempunyai kuasa....."


Duhai mata mampukah kau menyimpan rahsia hati..?

Saturday, November 28, 2009

Tuhan lebih tahu..

Ada hari saya gembira
Ada hari saya merasa sangat tertekan
Ada masa saya rasa mahu hidup seribu tahun lagi
Ada kala saya mahu tidor dan tidak bangun2..
Hidup ini payah, amat payah..
Hanya yang bertuah dapat segala yang di impikan.
Yang lebih bertuah dapat bersabar bila dirundung duka
Yang paling bertuah, menerima kekalahan dgn redha.
Saya tidak tahu dikumpulan mana saya sekarang.
Kerana sungguh saya jahil dan tipis iman.
Saya tidak mahu berakhir dengan kesesatan, nauzubillah sungguh tidak mahu.
Saya juga tidak larat lagi menanggung segala kekusutan .
Saya cuma berharap Tuhan menduga saya dengan dugaan yang mampu saya tanggung.
Kerana Dia tahu kemampuan saya.
Siapalah saya, sekadar debu yang berterbangan.
melukut di tepi gantang.

Tenang lah wahai hati yang berkecamuk.

Biarkan ku menggapai mu,
memeluk mu,
memanjakan mu.
Tidurlah kau di peluk ku,
di peluk ku,
di peluk ku.
Hinggakan kau mimpi kan aku,
Mimpikan kita,
Mimpikan kita.
Jangan pernah kau terjaga
Dari tidur mu,
di pelukan ku.

Thursday, November 26, 2009

Nak? Tak yah laa..berkorban keinginan.


N3 ni khas untuk mereka yang ada darah tinggi dan penyakit2 yang sewaktu dengan nya,
Esuk diminta anda semua bersabar.
Kalau boleh pejam mata dan tumpulkan deria bau.
Pekakkan telinga jika terdapat rayuan2 yang mencairkan iman.
Please jangan makan daging over sangat.
Kawal nafsu makan tu..
Biar hanya lembu kerbau kambing unta yang tumbang.
Jangan awak pulak.
Raya raya jugak....
Ingat,
Sup kaki, masak merah daging
Asam pedas ekor..
Goreng hati dan paru
Limpa berenang dlm Air asam
Otak masak lemak cili api
Bukan untuk awak.
Sabar.
Makan saja ulam dan sambal.
Saya?
Saya tak de masaalah lagi..
boleh makan semua tuuuu...
Saja nak buat awak jeles..kikikikik

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA BUAT SEMUA.

Wednesday, November 25, 2009

Sapa nak bantu ni....

Tayar kereta ku pancit.
Nak wat camna ni..
Sebenarnya aku nak ke rumah Syam, singgah jap kat kedai runcit berdekatan. Bila turun dari kereta aku baru perasan tayar belah belakang tu dah flat dah..Nasib baik dekat dengan rumah lagi, so patah balik ler. Try call for help. X der sapa yg available untuk datang membantu. Camna ni...?
Itu lah, bawak kereta saja yang pandai, lain haram tak tau.
Isi minyak pun kalau terpaksa jer..itu pun buat muka welfare supaya dapat bantuan dari pam assistant.
Tambah angin tayar? X pernah, mau nyer meletup kalau suruh aku handle.
Check enjin? Biasa bawak ke workshop and tau terima yang dah tip top..
Tukar tayar? No, never.
Tapi kalau terpaksa tu rasa nya boleh kot.
Kata Mona, bukan payah sangat pon tukar tayar tu..Berdiri jer kat tepi jalan dan try to look desperate...adalah tu orang yg akan stop tanya whats wrong. Nasib baik bukan saja tukar tayar, suruh cat kereta pun ada yang sanggup..
Yer ke gitu Mona... Kalau yang manis 17 tu mungkin sifir tu berkesan tapi kalau cam kita la..4 hari duk tercegat kat situ pun, tak de yang pandang kot...
Aduh..du...du..dudududu....

Tuesday, November 24, 2009

Ku temui Ikan darat dan kulat sisir

Sibuk dan hujan tidak menghalang ku untuk menziarahi 'Pasar Munduk'. Dah lama kekawan duk bercerita tentang kehebatan pasar tu..Aku saja yang tak pernah pijak kaki kat situ.
Al kisah maka aku pun sampai lah ke tempat tersebut dengan niat nak tengok2 jer. Mak datuk, banyak nya barang dagangan kat situ..Segala benda ada.Murah lagi. Dari tak berniat nak beli belah, aku hampir beli segala benda yg aku tak perlu pun.

Yang paling best, aku jumpa barang yang aku amat perlukan di musim ni..Payung. yer la, payung ada di mana2 tapi ini lain tau..Payung harga RM6 hinggit...Murah kan?Cantik lak tu. Sapa teringin, pegi beli cepat...






Ni tudung ni hanya RM 5 hinggit jer...Cantik kan...
Esuk kalau kita pergi lagi, sapa nak kirim sila isi borang kiriman...plus service charge 30% boleh?

Takpe, Wak saberrr

Ish ish ish...Pagi pagi lagi meter marah ku dah ligat.
Sapa yang amik Aiskrim dan tak letak balik dalam peti ais ?
Tak ngaku? tak per....
Sapa yang tak tutup lampu?
Terang benderang rupanya rumah aku semalaman..
Sapa yang tak kunci pagar?
Kerja orang terakhir balik rumah la tu...Sapa lagi.
Sapa yang tinggal gelas depan tv?
berderet...siap lemas semut dan cicak.
Sapa bukak tin biskut tak tutup balik?
Kan dah lemau..bazir lah.
Sapa punya pinggan dalam singki tuh?
Tau guna cuci sendiri la..bukan anak kecik lagi punn.
Sapa yang tak sidai towel ni?
Merata rata macam bendera masa merdeka.
Sapa yang selerakkan alat tulis ni?
Sakit tau terpijak, pas tu kalau tak cukup sebatang sah ngamuk.
Sapa baca paper dan biarkan bersepah atas carpet?
Tau sapa...dah 28 tahun buat keje tu...
Sapa yang tak flush toilet lepas guna?
Tolong la, simbah lantai tu...
Dah la Anis, habis la shower foam mummy..
Sapa yang tumpahkan Milo atas cabinet?
Melekit lekit..eh, bukan milo nih, habis la chocolate topping ku..
Sapa yang amik bakul pakaian kotor dan jadikan tempat tido kucing?( rasa2 aku tu...)
Pas tu pakaian kotor nak letak mana?
ok ok..letak dalam baldi..
Dah amik baldi, camna aku nak rendam pakaian?
Rendam dalam besin...
Besin? Mana bibik simpan besin besar?
Uwaaaa!!!!!
No talipon 'tele Dera' berapa a???
( Nak kuar kejap..nak beli pinggan dan gelas pakai buang...Hehehe)

Monday, November 23, 2009

Jika itu kehendak Tuhan

Semalam selepas kami balik dari Batam melalui laut, kami mendapat khabar yang ada ferry karam yang melibatkan kematian..Ternganga mendengarnya..Nasib baik bukan ferry yang kami naik tu..Tuhantelah selamatkan kami..
Dan yang terkini kami mendapat khabar yang ada kejadian tanah runtuh di Manik Urai yang menyebabkan keretapi yang menghala ke Kota Bharu terpaksa undur semula ke Gua Musang dan perjalanan di teruskan dengan bas yang di sediakan oleh KTM.Keretapi kami merupakan keretapi terakhir yang menggunakan laluan itu semalam.Tuhan sekali lagi mempermudahkan laluan kami.
Alhamdullilah, segalanya atas kehendak Tuhan. Kami terlepas dari dua kecelakaan. Begitu lah hidup ini..Kita hanya merancang tapi Tuhan menentukan. Alhamdullilah,syukur.

Bye bye bibik




Bibik ku balik Indon hari ni.
Selamat jalan bik.
Selamat bercuti.
Selamat jumpa anak dan suami.
Selamat istirehat..
Don't worry bik,
Sepanjang kamu tak ada,
Aku urus rumah ni macam Hitler.
Iffah jangan memandai nak sepahkan bilik
Anis jangan asyik mengunting kertas buat sampah
Kimi you will b lucky if you can escape from making your bed
Mummy will be on guard.
Anak anak sebenarnya ngeri betul kalau bibik bercuti.
sebabnya mummy will be a nightmare to them...
Tadi anak ku dah pesan pada bibik..Cepatla balik sini bibik yer..
Hai la bibik ku..kalau tak kerana kesian kan kamu rindukan famili,
aku pun nak kau tu ada kat sini time2 cuti sekolah ni...
Tak apalah bik, Pulng lah kepangkuan keluarga dgn selamat
dan insyaAlah jumpa lagi...

Sunday, November 22, 2009

Kita dah balik...



Baru pulang dari bercuti bersama teman2.
Penat dan letih tu biasa lah.
Berbaloi jika dibandingkan dengan kenangan manis yang tak kan kmi lupakan semasa kami di sana.
Yang paling manis ialah kenangan minum air teh atas ketapi..Manis sungguh2.
Kenangan pahit masa minum teh herba pahit kat SPA tu..Tak suka tul.
Kenangan yang boleh buat kami pecah perut ketawa pun ada..
Camni cite nyer..
On the way to Jb kita orang nyaris dah nak kena tukar destinasi percutian kami kerana ada orang tergesa gesa nak turun di 'Stesyen X' ..Silap stesyen tu awak, itu lah, tido mati tadi...tau2 bergegas nak turun dari ketapi...kikikikkk
Ops! sory yer, takleh sebut nama siapa gerangan buat hal tu..(dah janji gitu nak buat cmna..)
Adoiii....
Putus urat perut ku gelak.

Thursday, November 19, 2009

Mengimbau kenangan...

Petang ni kita nak ke syesen KTM untuk menjadi salah seorang penumpang keretapi malam ke Johor. Terkenang zaman dulu dulu, naik keretapi dari Wakaf Baru ke Tanjung Malim...Itu 28 tahun dulu, time muda belia lagi.Seronok masa tu sebab kalau musim cuti bukan kita sorang tapi hampir seluruh ruangdalam keretapi di penuhi dengan kawan2 satu maktab. Bila tiba di steyen seterusnya, bertambah la penumpang dari maktab perguruan yang berdekatan.
Selalunya kita orang bising la menyanyi2 dan gelak ketawa usik mengusik.Orang lain yang berada dalam coach yang sama turut senyum dan tak kurang jugak yang menyampah dengan keletah kita orang..Masa tu dunia ini aku yang punya, mana lah kita kisah orang nak marah ke, jeling ke..janji kita happy.Manis nya zaman remaja.
Wahai Mas, Aman, Om,Asiah Rosnah,Leha,Zu dan Ain di mana kamu sekarang?Sihat kah? Bahagia kah?Pernah tak sekali dalam kehidupan mu itu kau orang teringat kan aku?
Aku la ni.
Yer, Hani yang dulu kurus melidi dan kuat ketawa tuh..
Hani yang kaki bangku dan hampir nangis masa Pn. Kathy paksa buat lompat tinggi dan lontar lembing.
Hani yang menggigil kesejukan kena rendam dalam Sungai Bernam masa perkhemahan di tahun satu...
Hani yang ikut kawan2 curi kuar ke Templers Park dan menyusahkan orang lain, nangis nak balik kerana takut kena tangkap warden.
Hani yang screem kuat sgt( Satu maktab boleh dengar) bila berdepan dengan seekor lipas.
Hani yang hampir2 menjadi menantu lecturer...(nasib baik terselamat!!!)
Hani ini masih macam dulu..yang beza hanyalah fisikal yang di pengaruhi usia.Tapi jauh di sudut hati, Hani ini masih lagi Hani yang korang kenali..Masih lagi melindungi duka di sebalik senyuman, masih lagi memburu mimpi...
InsyaAllah,Keretapi malam ini akan terus meluncur di landasan..Membawa kita ke alam kenangan yang tak pernah hilang dari ingatan.

(Bye bye..InsyaAllah, balik nanti kita bersua lagi di sini.)

Selok

SELOK.
Erti selok
1.Bagi orang pantai timur khususnya orang kelantan selok tu maksud nya kunci.

Contoh penggunaan:
Tolong selok pintu..maksudnya, tolong kunci pintu.
Agaknya orang kelantan ni mengadaptasi perkataan ini dari perkataan Inggeris 'Lock' yg membawa maksud kunci jugak. Hebat jugak ek, speaking lagi!
2.Dalam kamus dewan, perkataan ini di eja sebagai 'selak' yang membawa erti yang sama iaitu 'kunci'...
3.Di sekolah, 'selok' membawa erti yang lain. Selok ni lebih kepada keadaan seseorang.
Contoh penggunaan..Kata Cikgu Azini "Selok doh, lupa nak siapkan tugasan yang sepatutnya di serahkan pada GB hari ni.."
Membawa maksud, dia berada dalam keadaan yang genting,samaada dia cipta alasan yang munasabah atau ambik MC.
4.Bagi anak2 ku 'selok' membawa maksud..end of the world.
Contoh ayat yg selalu di pakai ialah.."Selok la kalau mummy tahu.."
5. 'Selok' juga membawa erti terkejut peringkat maxsima. Contohnya bila Iffah anak gadis ku tumbuk kawan kat sekolah..Bukan kawan nya yang 'selok', aku yang selok!
6. 'Selok' yang terakhir ialah yang bermaksud 'terpaksa'.Nak tak nak kena juga..Must!
Contoh nya hari ni, kat sekolah ada Jamuan Hari Akhir Persekolahan. Jamuan laksa.Sedaaaap..My favorite food.Best tu,laksa dan laksam.Tapi aku ni dah niat dari rumah nak diet dah..
"Selok la aku hari ni...."
Kan dah 'terpaksa' makan tu..heheheheee..

Wednesday, November 18, 2009

Betul tu mak..


Makan lagiiiiii...Jamuan lagiii...
Sehari dua ni kesian betul dgn perut ku.
Penat kerja lebih masa.
Mana tak nya, hari2 jamuan itu ini
Hmm...So please, stop blaming me for not trying hard to be on a diet again.
I am trying...but the atmosphere is not helping at all.
The unsupportive surroundings contributes to my failure.
The truth is....I don't want to..At least not now.
Ngaku la senang sikit.
Nak wat camna,
Mak kata,
Kalau tak makan tak baik, membazir..

Tuesday, November 17, 2009

Kenapa saya di sini

Ada orang berblog untuk berbangga dengan kejayaan2 yang telah di capai nya
But not me..
Saya sentiasa di sapa kegagalan,
jadi tak ada apa yang nak saya canangkan.
Bila awak berjaya saya tumpang gembira saja, Alhamdullilah.

Ada orang berblog untuk berkongsi cerita2 bahagia milik nya.
Bertuahlah jika kebahagian itu milik anda.
Sangat2 bertuah.

Tapi bagi saya kebahagiaan itu bersulam payah.
Maka saya redha dan hadapi segalanya dengan tabah.

Ada orang berblog untuk memancing simpati.
Tapi saya tidak memerlukan simpati yang sebegitu.
Saya perlu gagah dan bangun dari rebah.

Ada orang berblog untuk menambah kenalan
Saya rasa jika kebetulan dapat kawan baru, itu kira bonus yang tidak di tolak.
Tapi sedia maklum, sahabat sejati sukar untuk dijumpai.

Ada orang berblog hanya sekadar untuk berkongsi cerita suka duka kehidupan.
Saya pun begitu...sekadar menulis mengikut apa yang terlintas.
tiada niat menyinggung mana2 pihak pun.

Kenapa saya berblog?
Kerana yg tersirat tu perlu saya jadi kan tersurat.
Kerana inilah saja bahasa jiwa saya yang ingin saya tinggalkan sebagai pusaka.
Mana tau, mungkin hari hari terakhir saya sudah berada di ambang pintu..
Segalanya di sini.
Hari hari yang saya lalui sebagai

anak,ibu,isteri,perempuan yang jauh dari sempurna
yang serba kekurangan..
yang tidak ada kelebihan.
Syukur Alhamdullilah...Di sini, di blog saya ni saya boleh melepas lelah,
Boleh tumpahkan rasa,
Bebas mengikut alunan minda.
Di sini saya tidak bersendiri kerana di sini saya rasakan,
saya masih boleh tumpang berteduh
di rimbun kasih Mu Tuhan...

Monday, November 16, 2009

Excess baggage

I have been on a diet
for two months now
and I lost
61 days...
Mission failed!!!!

Minggu makan makan.(Minggu akhir persekolahan 2009)


Selesailah sudah 'Majlis Bersama Proton' yang bertempat di Hotel Riverview,Kota Bharu,Kelantan.Acara tahunan yang memenatkan tapi menyeronokkan.CikguRose dah berapa minggu duk melatih murid2 ni. Syabas Rose, menarik sekali persembahan itu tadi.Cikgu Rozan,Cikgu Syam dan aku sekadar melayan susun atur murid dan memastikan acara berjalan dengan lancar.
Kali ni anak ku di pilih menjadi salah seorang 'flowergirls'. Tak lena tidor dia semalam ,excited nak melaram dgn baju yang baru ku jahit tu..Ternyata dalam ramai ramai flowergirls tu, Anis la yang ada kelebihan..heheheee..Lebih timbangan!
TQ lah kami ucapkan kepada pihak Proton yang menjadikan sekolah kami sebagai sekolah anak angkat mereka...TQ, TQ, TQ Proton.

Sunday, November 15, 2009

Cobaaaaaaaaaaaaaan...

Dah dua tiga hari tak mematuk keyboard.
Keadaan tak mengizinkan.
Badan tak berapa sihat..
Minda tersumbat.
Hati rasa tak sedap.
Naper ye?
Adalah tu, tak kan dalam hidup ni nak happy sokmo.
Tak kan sekali sekala berduka pun nak keluh kesah.
Lumrah kehidupan mcm ni lah..
Masa kita di duga oleh Allah Subhanawataala,
Kita nangis2 tanya Tuhan..kenapa saya?
Kenapa saya yang asyik di duga...
Cuba tanya kenapa tidak saya?
Apa kelebihan saya sehingga saya tidak layak untuk menerima dugaan dari nya?
dan tanya lah juga,
Apa kekurangan saya sehingga Tuhan tidak senaraikan saya dalm golongan yang istimewa ini?
Saya yakin, Tuhan menduga hamba nya yang terpilih sahaja.
Tuhan menduga mereka yang dapat menghadapi dugaan Tuhan dengan redha.
Tuhan tahu kemampuan makluknya lantaran itu saya yakin,
Tuhan tidak akan membebani saya dengan cobaan yang tak mampu saya hadapi.
Alhamdullilah, sehingga saaat ini, saya masih lagi redha dengan bahagian yang Tuhan telah peruntukkan buat saya.
Dan saya sentiasa berdoa semoga Tuhan memberikan saya lebih kesabaran untuk saya menghadapi dugaan dan cobaan yang masih berbaki untuk saya.
Tuhan tahu yang terbaik buat saya.
Semestinya begitu.
Yakin.

( Dah boleh mematuk ni tandanya saya dah melalui dugaan Tuhan itu dan masih boleh melangkah kehadapan dengan tabah dan redha,InsyaAllah.)

Thursday, November 12, 2009

Menternak anak lemak..

Betul, pandai awak teka, ini jamuan Perpisahan bagi murid2 tahun 6.
Betullah tu, kita sedang ternak anak lemak...Diet pun tak kurus2 jugak.
Salah la awak, kita tak makan sebanyak tu.. pinggan banyak2 tu bukan kita punya.
Salah lagi, empunya bukan sombong tapi time makan tak nak posing takut pecah rahsia..
Tengok la mereka kat bawah ni...Sekapal je dgn ku tapi 'Control ayu' gitu...

Ops!!..Sebelum terlupa,
Kita nak canang satu malaysia nih.
Wahai orang orang kampung....
Tu tudung yang kita pakai tu..
Baru semalam seorang murid beri tanda penghargaan.
Kita happy sungguh..Bertuah kita jadi cikgu, Alhamdullilah.
Tq anak ku Nor Syuhada for the nice blue 'Tudung'.
kalau u all rasa ambo nok 'soho'...
Sengoti la ambo nok soho...hehehee..

Tuesday, November 10, 2009

Rose, angkat kain di jemuuuuran...hari nak hujannnnn



Bila hujan mula reda
Malu malu mentari menjengok..
Aku mengeluarkan semua pakaian yang hapak
yang tak kering2 bergayut di dalam setor
di bawah porch dan di segenap tempat berbumbung
seperti kekasih yang rindu,
aku mengikuti arah sinaran haba yang berharga
Puas melihat pakaian bakal kering
tersusun di ampaian
Lelah menjemur belum hilang,
Awan dah menghulur salam
Berarak gelap menghalau suam pagi
Rintik hujan membasahi bumi,
Aku menyambar kain di jemuran
Berpindah tempat lagi..
Bila mentari berlumba dengan hujan
aku lah menjadi mangsa keadaan
berlari lari alih pakaian ke dalam
sekejap keluarkan lagi..
mengangkat dan menjemur
berulang ulang kali
Aku lah pemain dalam acara
tarik tali antara awan dan mentari
Begini lah setiap kali musim hujan
Aku dan pakaian di ampaian
menjadi mangsa
keadaan.

(Letih la aku macam ni.............)

Monday, November 9, 2009

Padan Muka Aku

Hari hari aku singgah untuk beli nasi berlauk ikan Aya/tongkol di gerai MokDoh. Hari hari jugak la aku mintak bahagian kepala ikan tu.Dan MokDoh pun tak pernah miss untuk beritau aku yang bahagian tu dah habis, dah ada orang booking atau paling2 ikan kecik sangat tak leh asingkan kepala..Hentam je la MokDoh, aku ni species sabar..Tak mudah merajuk. Merajuk kang sapa yang tak dapat merasa nasi MokDoh? Akuuuuuuuuuuu jugak laa!
Pagi ni aku singgah lagi. Aku dah tak kuasa dah nak buat special request gitu..Suka hati MokDoh la nak bagi lauk bahagian mana pun.Bila tiba giliran aku, aku perhatikan MokDoh bungkus nasi dengan sambal saja. Biar betul MokDoh ni.
"Mana lauk saya mok?" Tanya ku seperti anak kecik yang kebuluran.
"Ni hah, dah siap Mok bungkus dlm plastik asing" Mokdoh angkat plastik berisi lauk ikan tu..
Mak oiiii...Apa besar sangat kepala ikan Aya tuh? Mau nyer sebesar kepala lutut ku.Nasib baik tak sebesar kepala lutut MokDoh..
Mamat yang sedang menunggu giliran di sebelah ku tadi dah bersembur ketawa.Gelak la kau..Aku ketuk kepala kau tu dengan senduk MokDoh ni baru tau..
Yer la kan, sebesar tu punya kepala ikan, 5 bungkus nasi pun tak habis, inikan sebungkus saja...Hmm..MokDoh perli kita yer???
Hai la MokDoh yang ku sayangi,
Sampai hati MokDoh buat camtu kat saya yang yatim piatu nih.




Malam pertama untuk semua, untuk kita.

Seorang kawan menghantar article ini kepada saya.Terima kasih Dr Rahmat, mula tu rasa nak delete je, tapi nasib baik saya ikut nasihat awak iaitu baca sampai habis...Terima Kasih.

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....


Sunday, November 8, 2009

Ini yang ku rasa

Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Mungkinkah tiada keikhlasan
Apakah ini suatu pembalasan
Ku sedar kebesaran mu Tuhan
Aku bagai sorang kembara jalanan
Terumbang ambing di lautan gelora
Mencari kebahagian
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkin kah suratan
Hidup kan selalu kesorangan
Hati membeku mengigatkan
Kata janji manis mu
Ku di lambung angan2
Belaian kasih sayang suci dari mu
Oh kejam nya
Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi menbawa diri
Cinta di hati terkubur lagi
Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit menguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Ku tempuhi dengan kesabaran
Ku sedar kebesaran mu Tuhan

This is for you..yes, YOU!

WHAT IS OLD

Probably you have received this but no harm in reading again.

What is Old?

"OLD" IS WHEN..... Your sweetie says, "Let's go upstairs and make love," and you answer, "Choose one, I can't do both!"
"OLD" IS WHEN... Your friends compliment you on your new alligator shoes and you're barefoot.
"OLD" IS WHEN. A sexy babe catches your eye and your pacemaker opens the garage door.
"OLD" IS WHEN.... Going bra-less pulls all the wrinkles out of your face.
"OLD" IS WHEN..... You don't care where your spouse goes, just as long as you don't have to go along.
"OLD" IS WHEN..... You are cautioned to slow down by... the doctor instead of by the police.
"OLD" IS WHEN.... "Getting a little action" means I don't need to take any fibre today.
"OLD" IS WHEN..... "Getting lucky" means you find your car in the parking lot.
"OLD" IS WHEN..... An "all-nighter" means not getting up to wee


Hello you out there,now you know you are old eh?...TAU TAK PER...

Saturday, November 7, 2009

'Bako' kita tok serupo

Penguguman;
-sory lah ye, kalau kawan2 non kelantanese tak berapa faham tu just skip this article...don't rupture ur brain cell just to figure out what this is all about

Adui..sakit telinga wei...
yo la, tau, telinga cap aye gini lah, debek!
Ari ni jugok nok gi Klinik doh.
Sakit telinga ambo koho berat nih.
Gapo demo kato? Tok denga.
Kecek molek sikit wei, buke tuli lagi, pekak sikit jah.
Tok tahu bakpo, tiba2 jah rasa sumbak dan sakit jugak laa.
Doh tau sakit telingo, kita main air pulok marin.
Koho la dengung...boh doh ubat titik tok jadi.
Ko ada sapo2 tau nok wak gano?
Bageh? Main teri?
Ish, tu kalu keno wak ko ore baru yo.
Ini pesen lain nih..
Nenek ambo hok nok sambut 'Jubli Intan' sikit masa lagi tu
tok dengar lasung doh..sound system expired.
Ko 'Bako' ???
Hahahaa...nok sukko weh,
Jage la ngosek kato ambo ni 'Bako'.
Alah ko orge, sedak la demo boleh kato belako..
Demo tok tau lagi 'Bako' ambo ni,
kalu ambo ni buah duye,
sah bako D24.
Hehehee....

Friday, November 6, 2009

Bermalas malasan

Hujan dan hujan lagi.
Hujan begini malas nak mandi pagi.
Nak terus berselimut dan pejam mata.
Hmm..Hari ni cuti, menambahkan tahap kemalasan ku.
Paksa diri ke dapur untuk isi perut.
Ubi rebus panas2 cicah sambal tumis
atau cicah kelapa gaul gula pun ok.
Kopi panas sedap jugak walau hanya cicah biskut.
Kalau rajin goreng pisang
atau buat cucur udang..
Kasut sekolah anak basah belum di cuci lagi.
Di jemuran pakaian tak kering2
Tak payah kerja la mesin basuh hari ni..
Penyapu sampah turut bercuti.
Pas tu nak buat apa?
Semak kertas periksa pun buat lagi mengantuk.
Nak kuar rumah rasa tak kuasa.
Nak pijak bumi basah pun tak sanggup.
Menggigil sejuk.
Kucing2 pun tak bukak mata,
berlingkar di kerusi empuk, rampas kuasa.
Alasan untuk ku ngadap computer memang kukuh.
Tapi jari sejuk, malas nak mematuk..
Tonton movie rehat minda atau membaca?
Malas juga lah,
Semua tu ubat tidor bagi cuaca macam ni.
Sesekali hantar sms untuk mu.
Haah? tak balas punnn...
Sama laaa tu..membuta juga.
Hujan yang turun membekukan
segalanya...
Yang terbaik hanya lah
Tarik selimut dan pejamkan mata.
Zzzzzz.......Bestnyeeeeer.

Thursday, November 5, 2009

Aktiviti selepas ujian akhir tahun

Ujian akhir tahun sudah selesai.
Buku teks pun dah di pulangkan.
Anak anak dah mula tak senang duduk.
Sesekali tu nak jugak buat aktiviti luar kelas.
Walau cikgu masih sibuk dengan menyemak kertas ujian,
Analisa belum siap,
Buku rekod belum di isi,
Tugasan akhir tahun sarat menunggu.
Tapi kerana anak anak ini..
Kami luangkan masa untuk bersama mereka.
Merah kuning T shirt rasmi sekolah
kita sama sama sarungkan.
Gotong royong membersihkan kawasan
Menceriakan taman.
Seronok sungguh anak anak ini.
Gelak ketawa, riang gembira.
Penat tak terasa..
Minuman percuma di sediakan,
Silalah..jangan berebut, tunggu giliran.
Hmm...Langit mendung,
Gelap tanda hari nak hujan.
Maaf lah anak,
Jom masuk kelas.
Apa nak buat,
cuaca tak merestui.

Selamat menyandang gelaran 'Cikgu'

Nurul Adlura,
Selamat bergelar 'Cikgu'
Semua guru bisa mengajar ABC
membaca dan mengeja.
Tapi yang mengajar murid menjadi
anak yang tidak derhaka pada ayah bonda,
adalah guru istimewa.
Semua guru bisa mengajar murid mengira
sifir dan angka berjuta
Tapi yang mengajar murid menjadi amanah
tidak menipu dan mencuri
adalah guru istimewa.
Semua guru bisa saja mengajar murid melukis,
melakar corak dan potret peribadi
Tapi yang mengajar murid menerima kekurangan
dan mensyukuri kelebihan
adalah guru yang istimewa
Jadi lah guru sehebat guru itu adik ku Adlura.
Langkah mu sebagai 'cikgu' masih hijau.
Masih banyak yang perlu kau jelajahi
Cubalah hampiri anak anak itu..
kerana dari mereka lah..
Kamu boleh menilai kemampuan diri.
Cikgu Adlura,
Bacalah bahasa pandangan seorang anak,
sebelum anak itu terlebih dahulu,
membaca apa yang berada di hati mu..
kerana anak anak itu sebenarnya
adalah masa silam mu...

Wednesday, November 4, 2009

Aku anak kelantan

Ahad cuti? Yes! Jumaat, Sabtu dan Ahad..3 hari berturut.
Ada yang jeles laa tu...
Nak buat camna dah awak nak keje di negeri orang...
Nasi lemak buah bidara la katakan...
Itu baru yang kerja luar kelantan..
Yang kerja luar negara pun ramai jugak.
Pergi lah se mau mu..
Tapi aku yakin,
di penjuru hati mu..
tidak pernah hilang rindu itu.
Rindu Nasi Dagang, Nasi Kerabu dan Nasi Tumpang.
Rindu Jala Mas, Akok dan Buah Tanjung.
Rindu senyum ayu gadis putih kuning di Pasir Mas.
Rindu ombak Pantai Cahaya Bulan
Rindu tutur manis sopan Kubang Pasu
Rindu sejuk dingin Loging dan Gua musang
Rindu perantau yang berdagang..
Aduhai teman senegeri,
Bila lah agaknya terbuka pintu hati mu untuk
melangkah pulang???

2 soalan paling bodoh bagi tahun 2009

1. Why am I sitting here right now, staring at this stupid thing?
2. I am not alone, am I?

(Yup, I am not coz u are here doing just like what I am doing right now...hehehehe...)

Monday, November 2, 2009

Distance is not a problem..for Sheila's sake.

We are going to pay our last respect to the late 'Abah' today.
Yam,Rose,Zini,K.Mah.Syam and I.
Thank you Boss for letting us out of the school gate earlier then usual.
Yes Boss, of course I will drive with extra care like u told me to.
No Boss, we will not waste our time by searching high n low for the 'Ikan pekasam Tasik Raban'.
That will be some other time..Kan Kak mah kan, r u listening??
The journey will be more or less 8 hours to and fro.
Sapa mabuk, please makan ubat k.
Sapa nak gi toilet, go now before I step on the paddle.
Quite tiring I guess but for the sake of Sheila, this is the least that we can do..
Sheila, we will be there... InsyaAllah.
And please Rose and Yam, stop crying..
We will be there to give our moral supports, to share our strength, not trying to make Sheila crumble with tears...
Promise me u all will show a brave front and at least try to hide those floody eyes..
I don't trust Rose anyway. Neng Yatimah tu.
Syam will u stay awake and be my co pilot?
Zini, stop telling me to watch everything that moves k..Tinggal awak tepi jalan kang!
So buckle up ladies,
be comfortable..
The pilot is in the cockpit
Will be 'kenyang' la hari nih,
Food/bekalan is all over the place..penuh kereta
and Lenggong here we come....Brooooommmmmmmmm.....

( God, Bless us, may we have a fine and smooth journey and be home safe and sound. Our steps begin with BISMILLAHI TAWAKKAL TUALALLOH, LA HAU LA WALA KUWWATAILLAH BILAH,HILAZIM,BILAZIM.....)

Sunday, November 1, 2009

Tuhan lebih menyayangi 'Abah'


Saratnya duka di hati Sheila,
Melimpah di kolam rasa
berkaca di mata.
Sheila, kami merasai setiap luka itu
Kerana ranjau itu telah kita lalui bersama
Dihati mu hari ini yang ada hanya perkataan 'Kenapa?'
Jawapan nya tidak ada pada ku,
Tidak ada pada kami biarpun kami mengerti.
Tuhan lebih sayangkan dia.
Tuhan telah memilih dia hari ini.
Esuk lusa,
Entah kita yang di ajak nya pergi.
Sheila tidak kami biarkan sendiri di ruang payah ini.
Kelmarin kita sama2 ketawa panjang bersama mu.
Hari ini kita sama2 tumpahkan tangisan.
Gagahlah menghadapi hari2 mendatang.
Tabahlah kerana kita tak lepas dari ujian.
Redhalah pemergian 'Abah' yang tersayang.
Hadapilah esuk dengan tenang.
Kami bersama mu Sheila.

(Al Fatihah buat 'Abah' Sheila yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.KepadaNya lah kita semua kan kembali..Innalillah..)

Hanya untuk yang lebih sabar

Petang semalam kita ke kedai 'Kopitiam K...' yang terletak berdekatan dengan rumah kita, itu yang famous tu..Di Kota Bharu ni berlambak kopitiam tapi dah katanya ini cawangan kopitiam yg masyhur seentaro terengganu/msia/dunia, kita nak juga cuba try test.Well well well...Cawan ada trademark sendiri, kopi pun trademark sendiri..Semua orang boleh buat gitu klau dah established..
Yang jarang2 anak melayu boleh buat, yang kami salute kat dia orang ni satu jer...LAYANAN KELAS MERANGKAK!. Hmm..Hanpir nangis dah anak aku kelaparan semalam kerana menunggu nasi lemak yg di pesan. Agak nya baru nak kukur kelapa la tu...
Sayang sekali, bila layanan tak se gah nama nya, orang boleh serik tau nak datang lagi..Kita sah dah serik dah, mau nya setengah jam hanya nak beritau 'Fish n Chips' dah tak de dalam stock...Dah tu order benda lain takes another hour lak...Agaknya Tauke besar tau ke they all lembab cam ni..Should try to improve la kalau nak jaga pelanggan..Kan dah hilang sorang pelanggan yang sah kalau datang order separuh dari menu...
Eh betul lah awakkk...bukan nak menjatuhkan kedai tu tapi kita pergi tu pun kerana ada kawan yang beritau pasal layanan yang 'extra slow' gitu. Tak cuba tak tau. Dah cuba, Tobat kita tak nak lagi ke situ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...