Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, May 29, 2011

From Telipot to Ampang Boulivard.

After subuh kami bertolak melalui jalan pantai menghala ke Kuala Terengganu. The view is mesmerising. Suka tengok matahari pagi.











Seperti yg di rancang, tiba kat gerai nasi dagang di Batu Buruk tepat kul 9.00pg. Kebetulan Tn hj Awang, pengerusi KKGLM sedang breakfast kat situ jugak. Makan free lah kami. But his comment makes me wanna cry."Lamanya tak jumpa Hani..sakan berisi nampak."
huhuhuhuu...nak tambah nasi dangang pun terbantut.
Anyway,thanks, Tn Hj, lain kali belanja lagi.






Teruskan perjalanan. Stop kat dungun isi minyak kereta. Drebar pun dahaga jugak.




Hope to reach Awana Kijal by noon. Tapi awal sgt tiba di Awana so ubah program,tak jadi rehat di Awana.
Drebar masih larat, so terus ke Kuantan.
Noon reach Kuantan.
Lapar.nak cari kedai makan yg best dah tak larat. Go for Kenny Rogers kat berjaya mall.













Bermalam di Hotel berdekatan.














Had dinner at 'Restoran Alif/mamak'. Tak sedap tapi malas nak ke Tanjung Lumpur untuk makan seafood, penat dan ngantuk.













After breakfast kami headed towards Kuala Lumpur. Jalan lenggang sedap speeding..Tak laju mana 120-150 jer. Opss...Berbakul lah saya kumpul speedtrap rasa2 ni...














Teringat kueh 'Bom Durian' kat pekan Karak. So, exit di Karak dan ke Yik Kee Sekejap. Borong segala jenis tarts n Swiss Rolls. Sedap awakkk...













By noon sampai ke Ampang, terus ke pasar Muhibbah untuk lunch (jgn tak tau, Nasi padang kat pasar ni murah dan sedap). Beli barang dapur dan Condo Ampang Boulivard here we come. Alhamdullilah. Biarpun sdi sini hanyalah rumah musim cuti saya, tapi di sini saya temui bahagia.

Friday, May 27, 2011

Aktiviti ber'malas' malasan tertangguh..

Kita hanya merancang, Tuhan menentukan.
Saya terpaksa K.I.V. dulu niat nak rehat 100% hari ni.
Rupanya subuh2 lagi dah kena keluar ke 7eleven.
Beli kertas pembalut hadiah, celotape dan riben.
Acara membungkus hadiah untuk majlis kenduri sepanjang cuti ni bermula awal pagi.
Pukul 8.00pagi saya dah mula ke rumah sedara2 yg akan berkenduri dlm cuti ni.
Terpaksa agih hadiah lebih awal kerana saya nak ke Ampang esuk dan tidak dapat hadir ke majlis mereka tu nanti.
Pukul 9.00 pergi pasar, hari ni kena masak besar sebab makan besar, anak beranak berkumpul.
Balik dari pasar mula masuk dapur.
Lepas Jumaat sempatlah rehat sekejap,itu pun tumit mula buat hal.
Bila bangun untuk solat asar,tak leh memijak, sakit amat sangat.
Ke klinik lah jawap nya.
N3 ni saya type sambil tunggu Magrib.
Lepas Magrib nak ke majlis tahlil pulak.
Hmm..Niat nak manjakan diri, relax, makan tido stail permaisuri raja dibatalkan.
Entah bila boleh ber'malas' malasan ni....

Thursday, May 26, 2011

Dah acap kali rancang begini tapi tak pernah menjadi..Ada saja gangguan.

Sekolah2 di negeri saya dah mula cuti.
Yes! Yes! Yes!
Maka esuk..
Tau saya nak buat apa?
Sehari suntuk, Nak sehari cukup lah.

Saya nak Rehat 100%.
Nak tido sampai tinggi hari.
Nak relax depan TV, layan Astro atau tgok DVD.
Nak ngadap laptop tanpa gangguan.
Nak duk kat rumah tanpa perlu keluar langsung.
Nak mandi lama2...
Nak layan kehendak hati.
Nak bersendiri.
Nak buang masa.
Nak bazirkan usia.
Salah ke?

Wednesday, May 25, 2011

Setahun sekali cikgu bersalin kulit jadi apa saja...

Seperti yang di janjikan, inilah kami di 'Sambutan Hari Guru' peringkat sekolah hari ni.

Cikgu Puzi dan tukar profesyen jadi Petani.
Cikgu Rahimah jual kueh kat pasar.
Cikgu Shaireen tumbuh sayap jadi helang.
Guru Mathematik jadi dayang istana.

Ni cikgu mana pulak yg meninggal ni?
Zorro pun zorro lah, dah kamu semua suruh pakai topeng, pakai aje..
Dan saya seperti yg telah di beritau semalam,
Jadi seekor dari sepuluh ekor ayam.
"Anak lah ayammm..Pok pok pok pok pok,
anak ayam turun sepuluhhh...
mati seekor, mati seekor tinggal sembilan.."
Kita menari chicken dance lagi.
Guru besar dan kawan2 terliur nak jadi ayam jugak,
terikut ikut menari..
Ayam2 ni mengepak bukan main lagi bila lagu Korea 'Nobody but you' dimainkan.
Nak runtuh reban tadi..
Hmmm mujur jadi cikgu, dapat juga jadi ayam sekali sekala.
Dapat Hadiah lagi you..
Ok, ni foto terakhir..
Ayam hampir pencen yg keletihan tapi puas dapat hiburkan anak murid.


Tuesday, May 24, 2011

Kerana saya seorang guru, kerana awak anak murid saya...

Ayam?
Chicken?
Saya kena jadi ayam?
Ayam, Bukan ibu ayam.
A.Y.A.M = Ayam.
Yg ada paruh dan kepak tu.
Ada ekor dan berkokok.
Baca betul2, jangan silap faham.
Haiyaaaa...
Dah 30 tahun mengajar, dekat2 nak pencen ni kena jadi ayam pulak.
Apa apa lah..
Kalau tak kerana anak murid, upah beribu pun saya tak nak pakai costume ayam.
Saya ni ayam terlebih dedak,
tak dapat bayangkan lah camna rupa saya esuk.
Entah pandai ke tidak berkokok, aduyaiii..
Kokokokkk..Cubaan 1,2,3..Jadi tak?
Tak per lah, suara ayam pencen memang macam tu.
Esuk dengan rasmi nya saya akan menjadi seekor ayam gemuk untuk pementasan sempena sambutan hari guru peringkat sekolah.
Nanti saya share foto saya kat sini esuk, itu pun kalau saya nampak lawa dalam kostum ayam.
Harap2 malam ni tak mimpi bertelur dahhh...
Kroo..Krooo..Ko Kokokooookkkk....

Monday, May 23, 2011

Yang di hormati tuan2 dan puan2, Ini jawapan nya

Ok, Ok..
Seperti yang di janjikan.
Ini jawapan bagi teka teki semalam.
This is just a joke.
So, jgn marah aaaa...
Kalau marah nanti kena jual!
Buah buahan yg berakhir dengan hurup 'K' adalah...Jeng jeng jengggg..
-
-
-
Mangga busuk.
Jambu busuk
Tembikai busuk
Pisang busuk
Apple busuk
Limau busuk
Anggur busuk
Nangka busuk
Manggis busuk
Rambutan busuk
Nak lagi?
Hehehehe.....Kahakahkahakah..
Ada rasa nak cekik saya ke?
Ampunnnnnnnnn...!!!!
Jangan marah2, cepat tua nanti.
Saya tak apa, dah tua punnn...

By the way,
Kalau ada org tanya ..
Buah apa yg bermula dari huruf 'L' tapi bukan lychee,
Jawap aje,
Luku
Lambutan
Lulian
Aik? Salah ke...
Tu, apek tu cakap gitu...

Sunday, May 22, 2011

Sessi senaman otak..

Pagi ni rasa nak berteka teki.
Buah apa kalau di eja berakhir dengan huruf 'K'?
Kalau nak 20 pun saya boleh senaraikan..Awak boleh?

-Betik.
-Cempedak.
-Salak.

Lagi?
Cer senaraikan kalau awak terror.
Heheheheeee..
Kering lah otak kawan2 ku kena perah hari ni...

Friday, May 20, 2011

Dari tadi saya perhatikan mereka......

Sedap gak jadi kucing.
Tak de masaalah.
Tau makan tidor, buang air dan main saja.
Sel otak tak terusik langsung.
Nak jadi kucing?
Eeee...Tak nak lah.
Tak berapa gemar makan 'Whiskers'.

Bila pula tukar profesyen nih?

Kami di beri jawatan 'Tukang Masak' di Perkhemahan Tahunan Sekolah. Menu ptg ni..Telur Goreng Dadar dan Tumis Kubis.(Eleh, pejam mata pun boleh buat ni...)

Mula2: Bising bebel dulu,komplen itu komplen ini. kalau tak komplen tak sah. Biasalah, dah kami ni sound effect lebih.Punggah alatan memasak dan bahan2 sambil mengomel tak habis2..

Langkah pertama:Potong sayur ramai2, penuh sebakul sayur sambil ngumpat pot pet pot pet penuh 14 bakul..Mulut bising pun kerja buat weiii..sepakat tau!

Langkah kedua: Arah geng buat itu buat ini..Kena jadi pengarah jugak kalau nak cepat. Diri sendiri susah nak bergerak dgn alasan sakit tumit.ALASAN! Pecahkan telur dlm bekas mana yg muat untuk 200 bijik.Add bawang dan cili. Kulit telur cikgu Pah booking,nak buat hapa, ntah.

Langkah ke3: Paksa mana2 budak yg melintas kat depan suruh ambikkan garam dan pepper.Tekak mula haus Siapa nak tolong buatkan air ni?.Beli goreng pisang sekali.Cg Dar volunteer.

Langkah ke4: Guna kuali besar,goreng lahh sambil dihiburkan dgn lawak2 yg dihasilkan oleh rakan guru lain..Ada yg hangus, ada yg tak berapa masak, hentam jer lah..dah lapar tu semua sedapp.

Langkah ke5: Senyum sbb ada jurufoto nak hasilkan bukti saya dtg bertugas,dan buat2 la sibuk sikit, korang punnnn, mcm 'Tok Mandur' tercegat nak enterframe..Cekak2 pnggang lagi yer..

Langkah ke6: Intai Gb ada tak..Berpeluh2 saya ni kalau dia tak tengok, penat free jer..

Langkah ke7: Dah Siap dah.Meh sini budak2, kita jamu selera..Bukan selalu kamu boleh makan masakan Ticer ni..

Langkah seterusnya: Langkah terhinjut hinjut ke bilik Pra untuk rehat kejap.Tumit ku bagai di gigit2.

Thursday, May 19, 2011

Kadang kadang

Kadang kadang,
Kerana aku ini manusia yang lemah.
Aku menjadi keluh kesah.
Tewas pada mainan hati.
Bertindak tanpa rujukan akal.

Kadang kadang,
Kerana aku sentiasa pikul marah semalam,
Aku heret sesal kesana sini.
Merasa tidak adil nya hidup ini.
Api dendam membiak dalam diam.

Kadang kadang,
Kerana aku lupa bersyukur,
Aku sentiasa membilang malang ku.
Tidak pula mengutip untung yg luruh berguguran.
Tak pasal pasal aku menangis,
sedangkan sepatutnya aku senyum bahagia.

Kadang kadang hidup ini wahai kawan2 ku,
terasa amat payah.
Kadang kadang terasa amat mudah pula.
Berselang seli suka duka.
Kadang kadang aku rebah
dengan izin Tuhan, aku bangun semula.

Tapi kadang kadang...
Kerana aku ini seorang perempuan yang serba kekurangan,
Mau juga aku melepaskan perasaan yang ku pendam.
Bukan untuk di adili,
Sekadar untuk Tajuk N3 ku buat hari ini.

(Pelik ke saya ni? atau adakah kita serupa saja.......)

Tuesday, May 17, 2011

Silap parking ni.

Anak cucu pakat nak tempah batu nisan buat tanda kubur arwah nenek.
Hubby saya volunteer untuk uruskan tempahan.
Minggu lepas Hubby dah pergi letak nisan tu dengan bantuan kawan2 dia.
Dah bertanda pun kubur arwah nenek saya.
Hubby senyum puas kerana tugasnya sudah selesai.
Hubby tau, pagi Jumaat mak selalu ke kubur nenek.
Tak sabar nak dgr komen mak.
Jumaat tu mak talipon.
"Nie, Cakap kat Din yang dia dah pacak nisan kat atas kubur orang lain.."
Pulak dahhhh....
Bayangkan betapa terkejutnya waris si penghuni kubur tu kalau tiba2 ada nisan dan belindan.
Kelam kabut lah hubby saya.
Cepat2 dia mintak tolong kekawan alihkan.
Ingat tak cerita PRamlee- Ibu mertua ku?
Sewaktu Kassim Selamat menziarahi kubur isteri nya, dia di tegur,
"Kenapa tuan menangis di kubur isteri saya?"
Kassim selamat terpinga pinga...
Rupanya bukan kassim selamat aje yg silap parking.
Alaaaaaaaaaaaa Kassimmmmmmmmm.

Monday, May 16, 2011

Hari ni hari saya.

'Cicer'
They call me that.
Good morning Cicer.
Thank you Cicer.
Please may I go to the toilet Cicer..
Cicer Cicer Citer...
Funny?
Betull..gitu lah nama manja saya kat sekolah.
Nama glamour lain pulak.
Nama glamour yang budak2 bertuah ni bagi kat saya ialah...
"Cicer hok bekeng.."
(bekeng tu garang lah kalau kat sini)
Sempena hari guru ni saya ucapkan selamat Hari Guru buat rakan guru yg melintas dan singgah di blog saya ni.
Semoga ilmu yg kita ajarkan dapat di manafaatkan.

Sunday, May 15, 2011

Jawapan bagi yang bertanya kemana saya sehari dua tak de kat blog ni..

Dah dua tiga hari saya berada di sini. Siaran di blog tergendala sebentar....Untuk singgah dan tinggalkan jejak di blog orang lain pun tak sempat. Mujur pagi ni ada sedikit kelapangan boleh lah saya berN3 sekejap.

Di sini, ini yang saya nampak kalau saya berdiri. Pemandangan luas hingga hujung dunia. Daerah saya. Di sebelah bangunan tinggi tu(Kota Mutiara/Billion) itu lah Baiti Jannati..Tapi sementara waktu ni di sini Baiti Jannati saya walau pun ada juga payah nya. Payah kerana tak ada Wifi,terpaksa bergilir tandas, bilik solat kena tunggu giliran, wad stuffy/panas dan agak ramai pesakit. My hubby tak di benarkan ke wad staff/wad berbayar atas alasan jantung bermaalah kena duk dekat dengan medical team..yer ke gitu?Tapi semua tu small matter kerana dah terbiasa.

Kalau saya duduk saya dapat saksi kan bandar baru yang meriah ni. Semalam ada pasar mlm di hujung sana..Kalau saya boleh terbang saya terbang hinggap dan beli Kuey tiaw goreng sebungkus. Sebenarnya di sini saya mewah makanan.Ahli keluarga tak putus2 hantar 'Bekalan'..Kalau lama lagi di sini lebih bulat lah saya nanti.Selain dari makan, di sini murah senyuman..Nurses dan jiran ramah dan senyum sokmo,..Majoriti pesakit di sini orang kampung yg biasa2 tapi byk yang saya belajar dari mereka. Mereka cepat mesra walau kadang tu mereka buat saya rasa macam sentiasa di perhatikan..Don't ask about privacy here.

Bila saya baring ini pemandangan saya.Pemandangan yang menginsafkan saya. Lantai ini katil saya, tikar plastik ini cadar saya..Setiap kali suami saya mengalami komplikasi jantung, saya berada di sini bersama dia..Menukar tilam Dreamland ribu2 dengan tikar yang beharga rm12.50.
Ketenangan adalah 'Priceless' Di sini walau serba payah saya temui kedamaian jiwa. Pelik kan? Betul. setiap kali saya bermalam di tepi katil hospital yg sarat wayar itu ini saya rasa lebih di ambil peduli..Di sini kalau dia nak buang air pun dia terpaksa beritau saya...Hehehe..I'm not ignored here..In another words, walau pun saya tau saya bukan lah isteri yang terbaik di dunia ini tapi sekurang kurang nya saya di beri peluang untuk berbakti pada suami.Ini saja lah yang dapat saya lakukan dan saya seronok dan rela menghabiskan masa bersama dia di Wad 7 Selatan ini....
Tengok ni..Waktu malam yang sangat cantik.Berdiri di balkoni wad dan mentafsir erti kehidupan yang sementara ini..

Doktor, Bila boleh balik ni....?
(Ayat power yang hubby saya hari hari cakap kat doktor)

Wednesday, May 11, 2011

Itulah..Ticer larang kamu buat derk jer..

Kalau Ticer larang kamu berlari kamu tak dengar.
Lagi kuat berkejaran ada lah.
Orang lain masa rehat sibuk nak makan.
Kamu tak cukup kaki nak berkejaran.
Kalau Ticer pergi tarik telinga sorang sorang kang esuk mak bapak kamu saman lak.
Setakat jerit jerit melarang kamu bukan nya kamu dengar..
Kan dah sakit.
Siapa yang susah?
Siapa yang dokong kamu, lapkan darah kamu dan bawa kamu ke hospital?
Ticerrrrrrrrrr jugak la.
Siapa yang sakit?
Kamuuuuu jugak laaa..
Siapa yang datang ke sekolah setelah berkali2 Ticer talipon
dan tak ucap terima kasih pun?
Mak bapak kamu lah...
Sekurang kurang nya hulur lah salam dan senyum lah kat kami yg berpeluh2 ni..
Itu aje yg kami mintak, bukan nak upah pun,
Tak apa lah, Kami doakan awak cepat sembuh dan datang ke sekolah semula.

Tuesday, May 10, 2011

Eeee.....Budak ni,geram nya akuuuuuuuuuuuu...

"Ticer, mak kita pun ngandung mcm ticer jugak."
?
?
?
?
?
WHAT?
-
WHAT?
-
I beg your pardon dear,
what were you saying just now?
No, don't repeat.
Understood.
-
Adoiiii...
Bila masa pulak Ticer pregnant nih?
-
@&%!!!#@%..
Aiyalaaa.....
Huhuhuhuuu....
Uwaaaa.....
Mak tulunnnnnn...
Nak pengsan rasa nya ni.
Kids do say the darnest thing.
-
Anyway,
Am I REALLY that fat?
FAT?
REALLY?
DON'T ANSWER!

( Tak nak masuk kelas,Tak nak ngajar, Tak nak! Taknak! Tak nak!
Mak, kita tak nak gi sekolah hari ni...)

Monday, May 9, 2011

Siapa tak ikut, telan air lior aje laaa.....

Cuaca panas,
badan penat
dan perut lapar.
Jadi kami yang memegang tittle ibu pakat ramai2,
keluar makan.
Meraikan diri sendiri.
Seronok.
Makan Kuey Tiaw Latna
Makan Chicken Chop
Makan Ais Krim Goreng
Makan Pancake AisKrim

Kenyang.
Happy.
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut sukanya hati.
Hari hari sambut hari ibu pun tak per kalau macam ni.

Sunday, May 8, 2011

Di hati mereka ada sepi walau di bibir senyuman menari.

Ini mak saya dan mertua saya.
Sesekali berjumpa banyak yang nak di kongsi.
Tengok senyuman dia..Ikhlas dan bersahaja.
Tak macam senyuman mengoda artis di dada majalah.
Tidak semanis senyuman ratu dunia.
Tapi senyuman ini penawar duka.
Senyuman ini ada lah ketenangan bagi mata yang memandang.
Senyuman dari hati.
Suci dan tidak ada agenda tersembunyi.
Dua ibu tua ini menghabiskan hari tua bersendiri.
Ibu ku di sini dan mertua ku di situ.
Di rumah besar penuh jeriji.
Penuh kenangan membesarkan anak anak.
Bersendiri kini tanpa kami di sisi.
Gagah melangkah meniti hari.
Namun
Kedua nya ada sepi di hati
Menaruh harapan pada kunjungan2 yang singkat.
Kepulangan yg sementara.
Kadang2 sepi itu berkaca di mata.
Masih mampu tersenyum menyambut kami walau hati menangis.
Setiap kali deruan enjin kereta memasuki laman
tidak ada orang lain yang mereka harapkan pulang.
Rindu orang tua berselindung di antara butir bicara.
Kita anak anak sentiasa tahu erti bebel yang berjela.
sebenarnya itulah bahasa ibunda, bahasa yang maknanya...
"Anak2, walau berapa usia mu, ibu ini masih mengambil berat".
Dan kita?
Sejauh mana kita mengambil tahu kebajikan dia, orang tua kita?
Selamat Hari Ibu, Mak..
Tersekat sekat ucapan itu kerana di kerongkong tersumbat rasa bersalah,
Murahnya air mata bila menatap wajah tua kesayangan kita.
Tahun depan masih boleh bersalaman kah kita dengan mereka?
Atau menyambut hari ibu di pusara yg bisu dan
tidak ada lagi senyuman itu?

Saturday, May 7, 2011

Siapa kenal wanita ini?

Seorang perempuan.
Yang pernah melahirkan lelaki perempuan.
Yang juga di lahirkan dari rahim seorang perempuan lain nya.
Dan perempuan yang di lahirkan nya,
juga melahirkan generasi akan datang.
Perempuan ini seorang ibu.
Pernah sembilan bulan berada didalam kandungan seorang ibu.
Pernah sembilan bulan mengandungkan seorang anak.
Tidak ada bahagia sehebat bahagia bergelar ibu.
Itulah yang di rasai Ibu ku,
dirasai aku,
dirasai anak perempuan ku,
dirasai semua perempuan yang pernah berjuang tertarung nyawa,
melahirkan dan membesarkan baka keturunan.
Terima kasih Tuhan,
Kalau tidak kerana anugerah 'cahayamata' dari Mu,
tidak mungkin hari ini kami menerima jambangan kasih sayang,
tidak merasai ucapan ucapan 'Selamat Hari Ibu'
tidak mendapat pingat gelaran,
Ibu.
Mak
Mama.
Mummy.
Umi.
Alhamdullilah.
Terima kasih Tuhan.

Friday, May 6, 2011

Teringat zaman 'Nakal' ku...Ulang siaran lagi..

Friends are forever

My list of friends go way down to childhood friends.
So my friends,
I am going to call out your names one by one at random...
Knock.. Knock..

MekRoh
A Strong and hard headed gal..Have her own ways to make me agree with her even though I knew she was wrong..
Remember the day we went outing and you insisted on stopping at one more shop but I was so mad at you since we were late already??
The next day I was in tears when u told me your reason...
It was my birthday and you were looking for something to give me..
And the only shop that have that 'thing' is that particular shop...
And I scolded you for that!!
Sorry dear..

Za
Ha ha ha..
I still laugh out loud when that incident crosses my mind..
We were so 'jahat' eh?
I can still remember the look on our faces when we saw the guests started to fill the room..
Can't believe myself that we did that...
Now whenever someone offers the 'laksa and laksam'...I smiled..


Aman.
She was my friend during my college years..
We were known for our screams,shouts and forever giggling, for no obvious reasons..
Two young girls always having fun,trying new things..
Remember the April Fool joke we set on one of our dorm mate and make her cried the whole day..
We were laughing so hard that the warden from the nearby block came to our room and gave us lecture on how to be proper as ladies should be..
and how we stuffed our faces with pillows after she was gone cos we couldn't help but thought that her lecture was so ticklish..
We even imitated her..
Sooo sorry Puan Zaharah,God bless you.

Nik,Chah and Zie
We were absorbed in the disco era..
We went to the parties the youngsters did at that time...
I remember well when you wanted to go out with your boyfriend and your parents wouldn't let you to..
Since I have my way into your parents heart, I helped you out...
Oh boy! that movie was so boring that I slept through out.....


K,nab, Ha, La, Nun and late kak Pah
Hmm..That chicken smells good..
You know what I'm talking about...He he he..
The moral of the story is...'Do not break the rules cos you are being watched..'

Yati, Zahniyah Izzati and Tini
The Lawyer's house by the river was our hideout..
And on our way back home we stopped at the mart, parking our bicycles as we wished and ending up being collected by the authorities and we had to walk home..
Not to mentioned the spanking I got from my parents..

Muli and the gang
I had to give all sorts of reasons to my parents just to be with you gals..
My parents really thought that you all were the bad influenced that might polluted my mind..
and my parents were right! You all sure did,
but I thank you for the lessons I learnt from all of you.
Most of all, how to shout back at the silly boys that used to cross my path..
Now only I know the meanings of those words that you all told me to use then...I feel like killing you gals....

Zailan
Where are you now...I miss you a lot.
I know how hard it was for you to go through all the disappointments in life and marriage.
But you don't have to shut yourself out.
I'm your friend remember?
You were the one that told me not to cry when my puppy love turned out to be a failure..
You said life goes on..
and see what happens to you now?

Noraini
She is more a sister than a friend..
We were of the same age but she is the elders in her family and as I am the youngest in my family make me less matured than she was..
She was forgiving where as I was stubborn, still am.
She was always letting me have the last word and I was always accusing her for the mistakes that we did together..
She never said no and I never agreed with her suggestions..
We might be opposites but we were there for each other...always.
Even on my wedding day she came over, wiping my tears and told me everything will be alright....
Nor, you make a mistake here..

An
I knew her when I was in England..
We were so close since not many Malaysians were around..
We went shopping together in the winter chills and rolled in the leaves in Authum..
We paced the parks with our kids sharing the homesickness and the 'Hari Raya blues'..
We organised the open house and the luncheons..
Those were the days. .
The Sundays that we spent at the Bootsales around London, buying all the unnecessary stuff and I can't forget when your hubby came over to our house late at nite to help us bring our son to the hospital..
So how is Dato' Dr Azmi now??I heard he is the Pengarah Kesihatan now.
.Or should I address you as 'Datin"??

Those are a few old friends that I can never forget..For those that I did not mention here today, thousand apologies.
Thank you all for the Friendship..

Thursday, May 5, 2011

Bukan Astro saja yang boleh 'Ulang siaran'.

Membelek N3 lama saya di blog ini.
Membaca kembali hasil tulisan saya yang terdahulu.
Rupanya hari ini saya masih seperti saya di pagi itu..
Hari ini gaya hidup masih tidak berubah cuma usia yang bertambah.
Ok, saya 'ulang siaran' puisi saya tu..

LUPA MEMBILANG USIA

Pagi ni hari ke berapa aku bangkit dari tidur?
Mahu memburu siang
hingga lupa membilang usia yang di tinggalkan.
Tidur itu satu kebiasaan.
Bangkit pagi ini satu kemestian.
Esuk bagaimana?
Rakus menyedut udara segar.
Lupa memanjatkan syukur kepada Tuhan
yang telah meminjamkan nyawa
dan kesihatan.
Kelam kabut mengurus diri,
terburu buru membersih diri.
Ringkas nya solat subuh tadi.
Doa pendek mana sempat,
terkejar kejar ke pejabat .
Tergesa gesa siapkan kerja,
terisi masa hingga ke senja.
Dalam lelah dan kesesakan,
tiba tiba terlintas di kepala..
Akan berulangkah rutin ini
di hari esuk nya... .
Lupa pula membilang usia
Entah bila tamat tempoh nya.


Wednesday, May 4, 2011

Ampun mak...Kami tak buat lagi macam tu...

Malam semalam mak datang bermalam di rumah. Bila duk sembang sembang dengan mak tu, saya teringat kejadian 2 tahun lalu..Nasib baik mulut mak tak masin, kalau tak, dah jadi batu dah kami semua...Tak lah, mak kami bukan mcm mak si tanggang tu,Mak kami pemaaf dan tau kami tak sengaja...kan mak? Nak tau apa berlaku, klik di sini.

Aduh mak sakit nya.

Tanda penambahan berat badan yg mendadak.
Tanda dah tua.
Tanda tarikh tamat tempoh dah hampir.
Ingatan dari Pencipta bahawa tidak ada yg kekal.
Amaran supaya jaga kesihatan dan pemakanan.
Banyak lagi penyakit coming soon, on the way..
Enjin buatan manusia pun rosak,
inikan anggota yg dah 50 tahun diguna secara intensif.
Akhir2 ni menjadi jadi sakit tumit kaki saya ni.
Pagi pagi macam ni, sakit amat sangat.
Bangun dari tidur dan nak mula langkah pertama tu seksa.
Kalau banyak berjalan pun sakit mula terasa.
Berdenyut denyut.
Kalau banyak hayun langkah mulalah terasa.
Paling dasyat kalau saya tawaf shopping complex.
Masa shopping tak sakit tapi bila balik rumah,
sakit nya Tuhan yg tau.
Selalu nya kalau banyak guna kaki mula lah lenguh2.
Bila duduk hilangkan lenguh dan nak mula langkah sekali lagi tu yg sakit sangat.
Cam kelmarin bila saya rehat kat Food Court.
Dah makan2,minum2 nak bangun dari situ saya terhinjut hinjut.
Memalukan.
Dah bercupak pain killer.
Nak gi klinik takut di inject.
Saya takut injection...... Iyer, betul takut nih.
Kalau ngadu kat hubby pun paling paling dia hanya perli saya balik.
"Kuat sangat shopping..."
Aduhhhhhhhhh...du du du du du duuuuuu..

Tuesday, May 3, 2011

Blackout, Saya nak lilin, awak nak kapas tak?

Malam tadi tiba2 kami terpaksa bergelap.
Bukan tak bayar bil TNB lah, blackout di kawasan kejiranan saya ni.
Gelap dan kelam rasanya.
Teraba raba mencari lilin.
Cari hset dan call TNB.
Call dan call lagi berkali kali.
Pas tu nak buat apa pulak di dalam kepekatan malam yg gelap ni?
-Terasa seperti buta, nak bergerak pun payah, hilang penglihatan sekejap.
-Panas tok sah cerita bila aircon/kipas tidak bertugas.
-Nak bukak pintu/jendela takut pula.
-Nyamok ambil takhta, bermaharaja lela.
-Enjin air tak leh berfungsi, catuan air bermula..
-TV/Astro/strymix dan segala yg menggunakan letrik menjadi bisu.
-Saya jadi buntu, Anak anak resah dan terasa amat payah begini.
Tiba tiba lip lap....Menyala dah.
Lega!
Luas rasa dunia.
Selepas dua jam bergelap terasa amat beharganya cahaya.
Penting sungguh cahaya dan tenaga letrik didalam kehidupan kita.
Kalau hari hari biasa kita tak fikirpun...Tau guna dan bayar bil saja.
Begitulah kita, hanya merasa perlunya sesuatu itu di waktu kita sudah kehilangan nya.
Time ada tu kita tak menghargai nya..
Dah tak ada baru terkial kial....
Pesanan penaja: Jangan lupa hargai saya yer, mana tau kot bila saya tak de awak rindu saya pulak....
Uwekkk..!!
Mual perut baca statement di atas.
Dahhhh....Lari tajuk pulak, kalau karangan SPM dah fail dah ni.

Terima kasih TNB kerana cepat baiki kerosakan..
Kalau lambat 10 minit lagi 10 kali lagi lah saya call...
Penat kan dengar saya membebel..Tu pasal lah cepat kilat awak baiki yer???
Lain kali kalau ada kerosakan letrik,saya beli lilin, awak beli kapas, sumbat telinga tu.

Kalau lah ada pilihan..soalan yang tak pasal2 buat senakkan otak.

Materialistik?
Siapa yang tak nak kaya dalam dunia ni?
Ikhlas tanya, siapa yang lebih rela miskin dari kaya?
Cuba tanya orang miskin,
Cuba tanya orang kaya..
Agaknya nak tak mereka tukar tempat.
Kata orang,
Duit bukan segala gala nya.

Duit bukan jaminan kebahagiaan.
Betul.
Setuju.
Tepat.
Duit tidak boleh beli kebahagiaan.
Tapi duit dapat beli handbag Jimmy Choo.
Dapat beli kasut Prada.
Dapat beli Kediaman mewah,
Dapat beli kereta Idaman.

Duit tak dapat beli kesihatan.
Tapi duit dapat bayar bil hospital
dapat bayar khidmat doktor pakar yg terpilih
dapat bayar harga ubatan yang terbaik.

Duit tak dapat beli kasih sayang,
tapi duit dapat beli bunga untuk hari jadi
duit dapat beli hadiah tanda ingatan
duit dapat bantu yg tersayang sewaktu terdesak.

Duit tak dapat beli ketenangan jiwa
tapi duit lah yang boleh membantu kita mendekatkan diri kepada Dia.
Menunaikan tanggung jawap sesama agama.
menderma dan membina rumah ibadat,
Menjadi tetamu Allah di bumi Mekah

Miskin adalah punca kufur.
Kaya itu menbenihkan riak.
Kalau banyak duit sekali pun,
akhir nya mati itu pasti.
Miskin pun kalau dah tiba ajal, mati jugak.
Awak nak mati dalam kekayaan atau dalam kemiskinan?
Ok, jawap dengan ikhlas..betul2 ikhlas.
Nak ke tak nak jadi kaya?
Tak nak?
Kalau tak nak bagi aje kekayaan awak tu pada saya.
Saya nak jugak merasa 'kaya' sekali sekala.
Apa salah nya kannn...
Saya tak hipokrit,
terus terang saya cakap ni.
Tapi biarlah kekayaan itu kekayaan yang di berkati Allah,
yang diredhai Allah,
Biarlah kekayaan itu kekayaan yang menjadikan saya lebih mengingati mati
Kerana wang tidak boleh membeli usia.
Bila dah tamat tempoh,
kaya atau miskin
kita tetap mati juga.

(Si Milah kata, I Lab U, U lab I saja tak kenyang, kalau tak de duit beli beras kebulur jugak......)

Monday, May 2, 2011

'Ter'emotional pulak orang tua nih...

Saya kecik hati tapi badan tetap besar.
Hari ni saya amat2 kecik hati.
Amat amat.
Sangat sangat.
-
-
-

Kalau nak di bandingkan dengan hati kuman,
Hari ni hati saya jauh lebih kecil dari hati kuman itu.
Kalau nak di bandingkan dengan hati anak Si kuman,
Pun hati saya lebih kecil dari hati anak Si kuman yg tak nampak dengan mata kasar tu,
Hati saya mengecil sangat2.
Kalau nak di bandingkan dengan hati anak kuman yg kurus dan di jangkiti penyakit TB pun
kecik lagi hati saya dari itu....
Kecik sekecik kecik nya.
Nak nangis kejap lah, Huhuhuhhuhuuuuu........
Uwaaaaaaaa.....!!!!

Aummmmmmm..Aumm...Ops, ni dah silap sound effect nih.

Sunday, May 1, 2011

Maaf , saya sibuk menternak..

Beberapa hari tak bersiaran.
Sibuk.
Saya sibuk menternak sehari dua nih.
Ternak anak lemak.
Yang dah membiak di badan tu belum cukup.
Ternak lagi lemak yang baru.
Hari khamis sewaktu dalam perjalanan ke KL,
Berjalan? Bila nak sampai yer tak?
Maaf sekali lagi, pandu kereta bukan jalan dgn kaki.

saya singgah di Raub.
Bermulalah proses menternak anak lemak di petang Khamis tu.
Restoren Mualaf.
Ini iklan free, tak berbayar.
Sedap dan harga berpatutan.









Portion per person alamakkk, banyak sungguh!












Penat nak habiskan, tapi demi lemak yang minta di ternak cukup2, saya habiskan juga.















Jumaat pula saya menternak di Anjung Batu, Umbai, Melaka.
Eh, apasal lah orang Melaka tak cakap siang2 kat sini seafood nya fresh dan sedap?
Kalau tahu sedap awal2 tak lah saya 'ter'makan nasi lemak sebelum makan seafood nih.
Meriahlah penternakan anak2 lemak ni nampak nya..






Yg nampak lengan baju putih paling depan tu saya lah.
Terpaksa crop tinggal lengan aje dah...part lain sirim tak lulus.
Terima kasih lah Dato dan Datin yang sponsor dinner ni.










Sabtu saya ke Aeon Setiawangsa untuk lunch.
Subway sandwiches,Apple donuts dan Tepanyaki.
Betul...semua sekali saya makan.
Kan dah cakap saya giat menternak ni...










Hari ni saya kembali ke rumah saya.
Home cooked meal...sedapppp!!!
Home is where the heart n the stomach belongs,
Tiba2 bila dah kenyang tu rasa nak campak jer mesin timbang ke dalam tong sampah.
Tak sporting langsung mesin ni...
Ligat giler!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...