Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, August 30, 2014

Meraikan kawan2 sempena persaraan

Selepas tamat majlis persaraan saya  di sekolah,
Seluruh warga sekolah saya jemput ke rumah.
Dipersilakan menjamu selera..
Mana tau selepas ini bila saya sudah jauh di mata,
Kalau pun saya jemput, entah2 tak siapa sudi dah datang makan2 bersama saya.
Jangan macam tu k,
Jemputlah makan..
Jemput lah minum..
Pilihlah hidangan ..
Kita pernah makan semeja malah se pinggan pun pernah juga
Hari ni hari terakhir kita jamu selera bersama sama.
Seronok sungguh bila ramai2 begini.

Hari ini menanam jagung
Hari esuk menanam serai
Hari ini kita sebumbung
Esuk sah lah kita bercerai..

Kalau ada jarum yg patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Kosong kosong  dari hati


Friday, August 29, 2014

Salam terakhir dari seorang 'Ticer'

Bersejarah lah turun naik tangga.
Berkulatlah dakwat dlm pena ku
Tumit kasut tidak lagi haus terpakai
Baju tidak lagi koyk kerana tersangkut di meja budak.
Tidak ada ucap selamat pagi
Assalamualaikum cikgu, sudah tiada.
Aku juga sudah bisu dari ucapan harian ku,..
Mornin classsssss....
Answer me..
Stand up!
Shut up!
Good boy
Come here
No! No! No!
Out!
Wei budok kecik, tulis2 laaa...
Serabut perut wehh, acu main jauh sikit!
Selamat tinggal tadi adalah selamat tinggal terakhir.
Adam, kamu jgn kencing dalam kelas lagi,
Hakim, simpan sedikit cerita, penuh telinga ticer
Aqasyah, soalan2 dari mu yg bertimbun sudah tidak mampu ticer jawap.
Hafiz, orang laki2 jgn kuat merajuk.
Dania, sampai akhirnya ticer x dengar suara kamu
Farah, bising nya kamu mengadu setiap masa
Affan, cantik nya kamu, besar nnti ticer pinang buat menantu.
Bersara lah saya.
Bukan lagi cikgu tapi bekas cikgu...

Tuesday, August 26, 2014

Ku lepaskan tugas dan tanggung jawap ku

Senyuman2 ini
Wajah wajah ini,
Suara suara ini,
Penawar sepi ku
Jari2 yg sentiasa ku genggam
Mata yg memandang tanpa dendam
Semua ini bakal ku tinggalkan
Telah terlurut masa bersama mu
Selamat tinggal separuh dari hidup ku
Jadilah dewasa tanpa ku
Suatu hari nanti
Bila berselisih bahu,
Cukup membahagiakan ku
Bila di bibir mu tersebut panggilan
'Cikgu'
Hari ini kita sudah berada di ruang yg berbeza.
Salam sayang ikhlas dari hati seorang guru tua.

Final curtains...

Last day here
Last smile
Goodbye friendship
Goodbye love
Welcome loneliness
Welcome,
silence is here to stay.
Life is about choices
Is about letting go
Holding on is not an option now
Like it or not, I have to let it go.
Stepping forward n looking ahead
Yesterday stays where it should stay
Tomorrow is full of hopes
The sun is still shining
And being tired of jumping over the rainbow,
Dancing in the rain is what I'm going to do.
My tears will be carried away with the rain.
But the memories remain....

Monday, August 25, 2014

Cantik

Cantik bunga cantik yg sementara.
Esuk layu.
Lusa gugur ke bumi,
Daun2 tertawa..
Daun tetap hijau menyejukkan mata
Dahan diam sedar diri huduh tak ada rupa
Tegak kukuh daun dan bunga di tangkai nya
Dahan berbakti tanpa suara
Tanpa puji dan puja.
Aku adalah akar yg bersalut selut
Memastikan dahan, daun dan bunga hidup.
Kekasih ku mentari yg menjauhkan diri
Sekadar suam menyapa sekali sekala.

Saturday, August 23, 2014

Bila saya ajak ......

Mereka sudi datang.
Sudi makan
Sudi duduk duduk
Sudi memberikan saya peluang untuk  bahagia bersama mereka,
biar pun hanya sementara.
Terima kasih kerana menjadi kawan2 saya

Thursday, August 21, 2014

Jujur seorang anak murid

Saya arahkan murid duduk dalam bulatan.
Susun kerusi untuk murid, satu kerusi murid utk saya juga.
"Ok, you can sit down now"
Mereka duduk di sekeliling saya.
Saya perasan yg kerusi saya x stabil.
Macam goyang sikit.
Haish! Camna nak duduk ni, kang trjatuh pulak.
"Ticer, ticer ambik kerusi saya, "
Spontan Aqim nak tukar kerusi suka sama suka dgn saya.
" Tq Aqim, so thoughful of u. Tapi kerusi ni dah goyang kang jatuh Aqim nanti"
Sejuk hati saya dapat anak murid yg prihatin tanpa di suruh.
"Tak per ticer, saya kecik jer tak runtuh nyer kerusi tu..."
Faham. Terang dan nyata maksud dia.
"Knapa? Aqim agak kerusi ni patah ke kalau ticer duduk jugak?"
Saja saya nak cungkil jawapan dari Aqim.
"TIcer kan gemuk....."
Sah terbukti Aqim ikhlas!
Jujur.
Terima kasih Aqim.
Aqim terus terang tak macam orang lain termasuk awak.
Seorang murid darjah 3 sudah berikan sijil pengesahan 'gemuk'  buat saya.
Huhuhuhuuuu....!


Wednesday, August 20, 2014

sedap senikata lagu ni

Aku tahu ini semua x adil..
Lirik lagu.
Halwa telinga.
Tapi berulang kali bermain di minda.
Sungguhnya memang begitu.
Adat dunia.
Mangsa dan pemangsa.
Sebenarnya bila kekalahan di tangan kita
Suka tidak suka kena terima
Tak tau lah orang lain macam mana,
Tapi saya ni tidak pernah lupa walau sedetik
Saat hati terluka,
Saat orang mengambil kesempatan,
Saat dipermainkan perasaan,
Dipergunakan..
Ditipu...
Saya ingat sampai mati.
Memaafkan itu soal lain,
kedegilan hati untuk melupakan tidak boleh dipertikaikan.
Amarah menternak dendam.
Benci dalam diam
Senyum dan mesra menyapa bukan bererti
Hati tidak luka.



Sunday, August 17, 2014

Diary Duka Dia

Tadi dik,
Bukan catatan mu yg ku baca walau itu mahu mu.
Yang kau suratkan itu hanya lah luka mu
100% rasa hati mu yg sekian lama berdarah.
Ku lalui setiap baris resah dan di antara nya ada kesal yg bergayut.
Begitu sabar kau lalui hari mu
Begitu gagah nya kamu...
Anak dagang yang menumpang di pinggir hati orang.
Apalah ertinya berpunya jika diri mu terumbang ambing sendiri
Memerlukan tapi tidak di perlukan
Seperti sampah yg hanyut terbuang
Seperti melukut di tepi gantang
Dik, berkurun kau jinakkan sedih pilu di sebalik lirik mata mu.
Sewaktu air mata mu gugur di bahu ku,
aku sehabis cuba untuk sembunyikan getar tangis dalam suara.
Menangis lah semau mu dik,
Jika itu melegakan deria rasa mu
Bahu ku sentiasa ada untuk kau sandarkan duka itu
Biarpun esuk aku mungkin jauh di mata tapi
di hati ku kau tetap ada, sentiasa ada.
Jangan sekali kali kau kata kau bersendirian tanpa ku,
Luluh hati ku dik, jgn sekali kali kau kata begitu.
Dik,
Aku tidak dapat menahan tangisan mu dari tumpah
Aku tidak mampu mengubah nasib mu
Tidak mungkin mengurangkan beban mu
Tidak ada kuasa membaiki retak di hati mu
Tapi dik,
Aku kan sentiasa menangis bersama mu,
Memahami mu
Berkongsi beban mu di bahu ku
Menampal retak itu dengan doa ikhlas dari ku.
Semoga Allah melapangkan laluan mu
Mempermudahkan urusan mu
Mengangkat darjat mu dan
Membahagiakan mu...
Dik, aku pernah berada di persimpangan itu
Dan aku cukup tau bagaimana rasanya bila
Yang kita ada hanya Dia.
Hanya Dia.
Sabar lah dik, Dia mendengar segalanya.

Saturday, August 16, 2014

Bukan bukan bukan!

Ni bukan perigi biru,
Ni bukan ikan kaloi
Ni kolam saya
Ni ikan talapia yg saya pelihara
Saya bagi makan makanan ikan yg brbijik bijik tu
Saya tak bagi makan nasi dan sayur keladi pun
Yang update blog ni bukan bawang merah atau bawang puteh,
Tapi bawang besar.
Dah lama dah bertukar jadi bawang besar.
Tau tak per.

Friday, August 15, 2014

layannnnnzzz

Saya rasa saya nak tulis macam ni hari ni..
-I am buzy. I am tired.
Tapi apasal tulis begitu?
Orang lain pun penat dan sibuk, tak pelik pun.

Saya cadang baik saya tulis macam ni
- Saya sedang mengira hari untuk berpisah dgn kerjaya saya dan saya akan rindukan segala2 nya mengenai itu.
Hadoiii..Tak jadi lh tulis macam tu,
Macam kesal jer sedangkan itu pilihan saya.

Ok, ok sepatutnya saya update blog macam ni
Saya x suka boicot  cara ganas, saya nak boicot benda2 yg di boicot dgn cara saya iaitu, x suka, x payah beli...
Tapi ini isu basi,.Masing2 punya pendapat lah kan.
Tak payah update pasal ni, berlambak kat tenet.

Kalau lah jari saya menaip lagu rindu
Adakah awak akan memahami nya?
Adakah surut banjir rasa yg melemaskan jiwa?
Awak faham tak maksud saya?
Awak tak merasa, mana adil kalau saya nak awak turut merasakan nya..
Biarlah, biar saya simpan rindu itu kemas2.

Habis tu apa saya nak tulis hari ni?
Apa yerrr.....
Owhhhh....Sebenarnya bila buka blog dan tengok semalam kosong tanpa posting, seperti diary terbiar, saya risau.
Mungkinkah tiba masa nya nanti...
Blog ini terkubur begitu sahaja?
Hajat di hati,
Biarlah Saya dulu yg mati, blog hidup hingga akhir usia.
Kita hanya merancang, Dia menentukannya,
Seperti kata P.Ramlee...
Dol ke Minah yg mati dulu ni?

Wednesday, August 13, 2014

Kelam rasa dunia

Aku lah se ekor rama rama yg sudah hilang warna.
Boleh kah aku kembali ke dlm kepompong yg kelabu itu?
Aku ingin menjadi ulat yg selamat terkurung dan rehat.
Kadang kadang
Berada di dalam kepompong yg senyap dan gelap adalah lebih baik.
Aku hanya bertemankan aku.
Tidak perlu berdua bertiga
Bila mata terbatas dan bunyi tidak mengganggu telinga,
Hati damai.
Kepompong gelap pun tidak apa kalau sudah terang cahaya hanya menyilaukn mata.
Aku tidak lagi mau jadi rama rama yg menunggu mati
Biarlah dunia ku hanya di dalam kepompong,
Terpisah sementara dari dunia ini dan isi nya.
Menunggu masa untuk keluar semula di masa, ketika, ruang waktu yang lain.
Kerana di sini, di saat ini,
 rama rama ini sungguh sudah tidak ada daya
 untuk teruskan hayat di luar kepompong.
Apalah salahnya dia kembali ke asal nya
Biarkanlah dia terbang menyusup masuk semula
kedalam kepompong,
ke tempat asal kejadian nya.
Mudahnya kalau boleh saja begitu..
Sebenarnya,
Aku lah rama rama itu,
 yg gugur warna dan hilang daya.

Monday, August 11, 2014

Sabar Sang Bulan

Kata orang, malam tadi bulan paling hampir dengan bumi.
Sepi kah kau bulan sehingga begitu sekali kau dambakan teman.
Malu2 bumi kau hampiri,
Cuba berkongsi duka agaknya.
Sekian lama tergantung di dada langit, bersendiri.
Bintang nan berjuta hanya penghias malam mu
Sedang kau masih diam berdiri sendiri.
Cantik nya kilau cahaya mu,
Menghiburkan hati yg memandang
Penawar duka
Tapi
Sayang sekali duka Sang bulan tidak siapa yg ambil peduli
Mentari pagi merangkak mendaki kaki langit.
Sang bulan berundur tanpa di suruh
Seakan mengerti siang tidak memerlukan nya lagi.
Diam lh disebalik cahaya suria
Jeruk lh duka mu seada mya
Biar berpekasam dalam diri.
Malam in jika kau datang lagi menghiasi dada gelap
Hadiahkan aku senyum mu yang berseri seri,

Biarlah hanya aku yang tau
Duka mu tebal, diam bersembunyi,

Sunday, August 10, 2014

Puasa yg tertangguh

Beraya tak habis habis.
Betul ke cara kita ni?
Agama mengharamkan kita puasa pada 1 Syawal sahaja.
Sepatutnya beraya pun hanya sehari itu saja lah.
Syawal ke2 sepatutnya dah mula puasa sunat.
Ini tidak, Syawal dah 14 hari, puasa x cukup lagi.
Lepas satu, satu..
Open house, kenduri, akikah, mcm2.....
Serba salah...
Kadang2 rasa bersalah bila hadir ke majlis hari raya bagi yg dah cukup 6 hari berpuasa sunat.
Dia dah cukup puasa 6 beraya, kita yg belum cukup ni terlibat sama
Sedangkan kita bertangguh tangguh....
InsyaAllah, esuk lusa cukup lah....
Harap2 tak ada undangan lagi
Harap2 sihat tubuh badan
Harap2 tak ada halangan...
Hmmm, badan pun dah mula naik semacam nih!

Saturday, August 9, 2014

Thursday, August 7, 2014

botol kicap ni ada kaki..bergerak sana sini

Botol kicap atas meja makan.
Tunggu ada yg pulangkan ke asalnya
Dari makan tengahari tadi,
Bertapa di situ.
Malam nanti kalau aku tidak alih
di situlah sampai pagi.
Korang datang korang pergi
Duduk duduk dah berkali kali
Tolak botol kicap ke tepi bila
botol ganggu pandangan.
Tolak ke hujung meja sekejap tarik pula
Botol kicap makan angin
Menari nari depan mata.
"Wei, siapa pandai makan kicap tapi tak pandai simpan balik botol di rak?"
Hantu saja yg mengaku,
sorang manusia pun x jawap.
"Lain kali pandai ambik, pandai2 lah simpan."
Tutup pun tidak, kalau tumpah pot pet pot pet.....
Berjela khutbah....
Membebel bagai nak rak
Last last kalau tidak aku sendiri yg ambik dan yg simpan,
tak siapa peduli segala ugut dan saman
Benci la, tak reti2 la mereka ni
Awas, lain kali kalau buat lagi macam ni,
Mummy bebel lagi
Dan
Mereka tak juga peduli2..
Last2 akuuuuuuu jugak la tukang alih botol.
Kicap punya pasal pun bising satu negeri

Tuesday, August 5, 2014

Hasil dari mata x nak tido

Tak de benda nak update.
Tunjuk muka boleh?
Ada syarat usia ke?
Langgar undang2 ke?
Lalalalaaaa.....
Tak nak tengok pejam mata.
Nak komen? Tak payah!
Tau, dah tau dahhh...
Suka hati kita lah kan,
Kalau tunggu muda belia cantik lawa baru boleh posing,
sampai bila pun tak boleh.
Terima kaseh kerana tidak termuntah.

Saya dan dia

Kami ni tukang sibuk/menyibuk.
Syam tu gayat, saya risau takut dia pening n jatuh.
Saya pula kenderaan lebih timbangan mana boleh naik atas bangku.
Maka terkial kial lah kami berdua.
At last siap gak, tu pun atas daya usaha Semua AJK hiasan.
Sudut bergambar bagi majlis Aidilfitri kat sekolah.
Ok, jom Syam, kita posing.
Ni kali terakhir Syam dapat peluk Hani begini
Nanti kita akan rindu awak dan kemesraan persahabatan ini.
Cedih nyerrrrrrr.......

Monday, August 4, 2014

kaji selidik yg buat otak jadi berkudis

Bila di fikir kembali, di kaji dan di conggak..
Setelah 33 tahun menjadi kuli mencari rezeki,
Membantu keluarga,
32 tahun menjadi isteri,
Susah senang berumah tangga
31 tahun menjadi ibu
Membesarkan anak2 sebaik daya
53 tahun menjadi manusia
Rebah bangun pahit getir kehidupan,
apa yang saya dapat?
Apa hasil tuaian saya?
Menjadi realiti kah mimpi2 lama itu?
Sia sia kah usaha?
Terbuang begitu saja kah masa?
Apa yg ada buat saya, untuk saya?
Di pengakhiran usia,
Segala pengorbanan, segala harapan
Lebur di telapak kaki
Saya tidak ada apa apa.
Nothing.
Merely nothing!
Kosong sekosong kosong nya.

Kata orang segala yg di dunia hanyalah sementara.
Anak, harta, kejayaan, kebahagiaan, kasih sayang,
Betul, tapi walau pun hak milik sementara,
Nak juga...
Jangan hipokret lah.

Sunday, August 3, 2014

pelabuhan yg retak

Jangan di usik rasa yg lama bertapa itu
Jangan di gerak kesal yg membeku
Bila salju mula terbakar
Yg tinggal hanya kesal.
Kau tidak pernah tahu
Susah payah aku cuba menelan setiap sedu
Memaksa redha untuk sebati dalam diri
Menerima segala bahagian duka buat ku
Susah sangat kah untuk berbahasa syukur
dan menjadi ikhlas dlm perbuatan?
Usah lah terus menjadi tajam yang melukakan
Berterus terang saja jika kita ini
sebenarnya sudah tiba di pengkalan.
Dan aku pun boleh mula berhenti bermimpi
Aku menerima kekalahan ku dengan lapang dada.
Tidak akan bertanya kenapa mengapa
Kerana jawapan itu
 sudah lama kau pamerkan di depan mata.

Saturday, August 2, 2014

Berkat

Dia kakak saya.
Perdana menteri yg berkuasa di daerah takluk nya.
Rakyat jelata 4 putera dan 1 puteri.
Tabik spring!
Kagum.
Anak2 berjaya.
Kalau setakat menggenggam ijazah, anak org lain pun mampu.
Yang saya perhatikan, ilmu dunia dan akhirat seimbang.
Selain dari cukup hormat pada orang tua,
Bertanggung jawap.
Menyejukkan hati ayah bonda,
Saya tidak jeles dgn kekayaan harta benda dia,
tapi saya jeles tengok kemewahan kasih sayang keluarga dia,
Saya tidak jeles dengan kejayaan anak2 dia
tapi saya jeles tengok kejayaan dia mendidik anak2 nya
Kelmarin, saya hadir di majlis pertunangan anak ke3 nya.
Selesai majlis pertunangan, doa di bacakan
Empunya diri yg baru mengikat tali pertunangan itulh
yg bacakan doa.
Tenang dan jelas.
Konfiden
Alhamdullilah, bangga nya saya apalagi ayahbonda nya.
Inilah contoh lelaki yg bakal menjadi ketua keluarga yg beriman insyaAllah.
Siapa yg mendidik dia ?
Siapa lagi kalau bukan ayah bonda.
Dia kakak saya, berkongsi darah serupa tapi saya
tak sepandai dia , tak sehebat dia.....
Kak, melihat kebahagiaan mu,
Aku tumpang genbira,

Friday, August 1, 2014

Kami tau sama tau.

Agak2 apa yg terjadi sampai kami sakit urat perut gelak?
Agak2 apa Si A, Si B, Si C dan Si D cakap?
Hanya kami yg tau.
Tengok foto ni masih nak tergelak.

Terbiar atau sengaja dibiarkan

Terbiar...
Hasilnya terkulai layu
Kering menunggu mati
Pokok pun perlu penjagaan dan perhatian ,
Inikan manusia...
Terbiar tidak mengapa jika sekali sekala.
Jangan sengaja dibiarkan dah...
Yang bertudung purple tu bukan terbiar atau dibiarkan
Cukup makan pakai segala
Sangkar emas menjadi kediaman.
Sangkar kehidupan yg  berkunci ....
Badan terlepas tapi jiwa terkurung,
Dalam gelak ketawa ada tangis tersimpan diam diam.
Ishhhh....apa la merepek pagi2 ni.
Syukur duk dlm sangkar, kalau duk dlm reban lagi dasyat.
Busuk tau dalam reban belakang rumah
Silap hari bulan si baham ular sawa
Tuan bagi makan pun bersebab.
Cukup timbangan kena sembelih jadi gulai.
Rela duk dalam sangkar emas lagi lh.

Hari ni nak masak apa?

Tetamu terakhir malam tadi pulang hampir jam 11 malam.
4 hari beraya dgn limpahan tamu adalah menyoronokkan.
Sangat seronok.
Masak dan makan-licin.
Masak lagi, makan lagi-licin.
Segala jenis menu saya masak dan hidang
Penat tolak tepi, kepuasan bila tamu berselera makan.
Ada yg cakap dah kenyang datang untuk beraya sahaja, tapi akhirnya habis juga sepinggan,
Juadah bertukar ganti,
Bila menu ni licin, menu lain pula
Saya masak bergantung pada apa yg ada dlm pantry, dlm freezer.
Dah simpan stock awal2, stock khas utk raya.
Bibik kerja over time, ngadap sinki seharian,
Anak2 tukang hidang dan make sure hidangan mencukupi.
Kenduri ke beraya ni?
2 in one
Panggil lah istilah apa pun,
Saya tetap seronok jamu tetamu.
Ada yg puji sedap
Hehehe, siapa tak suka bila di puji kannnnn
Ikhlas cakap, bila hidangan licin, itu dah satu pujian bagi saya,
Kalau tak siapa jamah, makan sikit mcm tak selera, itu menakutkan.
Saya ngaku saya puas bila org bagi thumbs up.
Kalau org bagi cadangan utk upgrade masakan saya pun saya suka.
Tau apa yg paling saya suka?
Kesudian kenalan dn sanak saudara hadir tanpa perlu di undang.
Terima kasih kerana x lupakan saya
Terima kasih kerana membahagiakan saya
Terima kasih Tuhan atas segalanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...