Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, February 28, 2022

Rahsia

 Rahsia ni dah buat saya stress dah.

Saya rasa sebaik nya saya luahkan saja apa yang menjadi rahsia sekian lama ni.

Tak perlu saya simpan lagi kalau hanya akan buat saya rasa tak tenang.

Lagi pun kalau rahsia itu sudah tidak menjadi rahsia, saya tak terjejas apa pun. Tak  rugi apa pn

Selama ni saya simpan kemas rahsia ni hanya untuk menjaga keharmonian hidup seseorang.

Kalau rahsia ini terbongkar mungkin kedamaian yang dia sedang nikmati sekarang bakal tercalar.

Tercalar saja, tak sampai pecah punn..dah lama lama nanti orang boleh saja lupakan segalanya. Tambahan kalau macam dia yang pandai bercakap, pandai la dia tampung semula koyak yang dia jugak hasilkan

Rahsia dah meniti di dalam mulut. Tunggu masa sesuai saja untuk di sampaikan kepada orang yang berkenaan. 

Semoga Tuhan bersama orang orang yang benar. Semoga saya mendapat ketenangan bila dah tak perlu pikul beban rahsia ni.

Selain kerana saya tak larat dah nak simpan rahsia ini, alasan kedua saya adalah saya rasa hanya saya yang stress nya..sedangkan dia yang memain peranan 'hero' drama rilex jer...tak ada terkesan apa. Malah dia nampaknya menggunakan saya sebagai org yg akan menyimpan rahsia dia dengan yakin sekali.

Jangan yakin sangat tau. Saya dah berbulu mata dah dgn sikap awak dan drama awak tu..Kita tgok la langit tinggi ke rendah kalau saya pecahkan rahsia awak tu nanti..

Segala bukti ada pada saya. Tunggu masa saja. Maaf bukan saya nak aniaya awak tapi ini pengajaran buat awak...Awak yang buat saya rasa sress dgn rahsia ni. So how? Wait n see.

1 comment:

mokja said...

Kan. Bila kita pegang rahsia,tetapi orang yg merahsiakan tak pun. Penat jadinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...