Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, March 27, 2022

Kawan lama

Jumpa semula kawan lama
Setelah tak pernah bersua muka selama hampir 25 tahun.
Dulu kami rapat ..
Sama sama menetap di London.
Masa tu anak2 masih kecil2 lagi
Bila lihat dia di ruang tamu rumah saya kelmarin, hati terdetik.
Kalaulah arwah suami saya masih ada mesti dia happy sangat.
Arwah suami pernah sebut dulu yang kawan kami ni seorang pengiat seni yang terkenal.
Arwah kagum dengan pencapaian kawan kami ni.
             Masa tidak merubah personaliti dia
Masih macam dulu
Seorang yang happy go lucky
Lawak dia menghiburkan.
Ilmu dia mengalir dalam tutur patah perkataan nya.
Tak kedekut ilmu.
Terima kasih Tuan Ladin Nauwi atas kunjungan.

PokNae

Jari masih sakit
Tapi rasa nak melukis.
Boleh ke melukis sambil tangan dibaluti wristguard begini?
Cuba.
Mana tau boleh

PokNae, ni tengok ni..
Saya lukis ayam kesayangan kamu.
Maaf tak secantik ayam itu.
Kasar lukisan ni.
Tak apalah, janji boleh melukis.

 

Friday, March 25, 2022

Sombong la semau mu.

 Persahabatan itu hubungan dua hala.

Kalau ingatkan apa yang dia dah lakukan terhadap saya, memang saya dah lupakan terus dia tuh.

Tapi saya ni payah nak benci orang. Sentiasa berharap yang dia akan berubah. Sentiasa memafkan. 

Sewaktu saya hubungi dia setelah sekian lama dia menyepi, saya hanya mengharapkan dia mungkin tidak seperti yang saya andaikan...

Rupanya tidak....Dia masih begitu. Konfim lah dia memang pilih untuk begitu. 

Maka lebih baik saya berundur. Harga diri saya memaksa saya menamatkan segalanya di titik ini. Dah. Cukup. 

Saya tidak akan kesal kerana saya telah cuba. Saya telah beri cukup peluang untuk dia berubah.

Cukup sampai di sini. 

Niat

Tergelak sorang sorang.
Entah siapa la buat lawak ni
Niat puasa Ramadhan dalam pelbagai bahasa

 

Lupa


 

Tuesday, March 22, 2022

Tua

 

Satu lagi puisi lama saya yang dah saya kongsi dalam blog beberapa tahun yang lalu. Puisi ni saya perkemaskan semula. Saya kongsi puisi ni semula kerana rasa sangat sinonim dengan diri sendiri.Hahaha..Tua doh weiiiii. Sedar diri tak apa!

       Demo hok sebaya ambo duk beraso demo tu muda lagi ko wei? Kubur memanggil manggil doh tu....
        Ambo ni ingat tua jare jare jah..De mari ggalok dengan saing2 gak duk beraso supo jame sekoloh situ lah...segar semeta meta..Apolarrr!
        Tapi bila tgok anak cucu..kaba ko diri wei.huhuhuuu!

Anak dah nak masuk usia 40..
Cucu dah darjah 5...
Nenek? Duk beraso muda situ aa....Haishhh!


Sunday, March 20, 2022

Istana Bunian.

Terbaca dalam satu posting di facebook pasal istana ni
Rasa macam nak tengok sendiri lah macam mana rupa istana bunian ni.
Jadinya, pagi pagi lagi kami bertolak ke daerah ini mencari cari di manakah kedudukan sebenar nya.
Senang saja sebab istana ni terletak tidak jauh dari jalan besar.

 Sampai depan isatana ni saya berhentikan kereta. Diam beku kami bertiga di dalam kereta.
Aiseyy..rasa seriau pulak lah.
Niat asal nak turun tengok2 posing2 depan pintu besar tu
tapi kaki macam jem..
Takooot!
Nak keluar dari kereta pun kami teragak agak.
Masing masing suruh orang lain keluar dulu.
Saya ni memang la penakut, lagi la rasa tak nak keluar.
Mana la tahu, masuk balik dalam kereta nanti terbawa balik penumpang haram.
Ish! Jangan laaaar.
Akhirnya kami berposing sedikit jauh jarak nya dari istana tu.Tu pun macam nak berebut masuk dalam kereta semula. Apa yang menakutkan? Tak tau laa tapi rasa tak selesa tengok keadaan istana tu..Alah kalau orang lain tak ada masaalah punn..Kami ni jer yang fikir bukan bukan.

Apa apa pun kalau nak tau lebih lanjut pasal istana ni cari kat Utube..Macam2 cerita ada..silalah baca sendiri.

Ok..Tamat bahagian istana. Kami meneruskan perjalanan ke pantai Tapang yang letaknya berdekatan. Panas wei...Tapi demi nak posing kami rela dibakar mentari..Haha!




Ni la geng penakut tadi...Memang sah 'Samseng Kg Dusun'..

Pelangi itu


 

Saturday, March 19, 2022

Masker

Puisi ni dah saya siarkan dulu.
Ini versi yang dibaik pulih
Dah lupa tahun bila tapi semestinya sewaktu PKP.
Tak apalah ulang tayang ni.

 

Friday, March 18, 2022

Di sini pula pagi ni.

 Haduhhh...

Kalau ikut hati memang tak nak hadir pun

Segan nak hadir di tempat begini.

Tapi atas dorongan CT Puspa orang kuat bab2 penulisan ni, saya jadi cair. Hadir jugak.

Okey pagi ni saya tadah ilmu. Tua2 otak dah berkarat. Dapat bawa balik sedikit ilmu kira ok dah dari duk rumah tak dapat apa2.. Nak jadi penulis novel? Ish dah terlambat dah. Saja suka2 belajar tak salah kannn...

Thank you Tini, seorang kawan (waktu susah dan senang). Dia tahu saya ni kalau masuk majlis yang dipenuhi oleh orang2 yang tidak dikenali akan jadi tiang. Terpacak diam bisu. Mujur lah dia nak temankan..Thank you again Tini.




Khamis keluar daerah

 Tak janji. Tak rancang. Hello2..wassup2..jadik!

Keluar lagi pagi ni. Penat yang semalam belum habis, hari ni cari pasal lagi.

Hari ni yang ambil alih tugas jadi drebar ialah Dr Zaiton. Tq Ton dear bawak Hani pusing daerah.


Singgah breakfast di bandar Tumpat.
Beli nasi dagang soho ni.
Sedap
Kami makan di warung berhampiran. Santai dan stress free activity.

Banyak bangunan lama di Tumpat.
Kenapalah kerajaan tak jadikan heritage
Dah macam nak tumbang dah bangunan2 tu
Sayang kan, senibina lama penuh catatan sejarah tu.
Dari bandar Tumpat kami ke Kawasan bebas cukai  Pengkalan Kubur..Biasa la dah alang2 dekat sini jer. Tak, kami tak shopping pun..Tau2 balik dengan beg duit ringan!

Buat apa hari ni

 Rabu 17 Mac.

Nenek2 ni keluar pagi balik petang.

Kemain lagi ronda2 melawat kawasan.

First of all singgah breakfast di ' Kuali Gelegok'

Kemudian pergi Mydin Mall untuk senaman kaki.Beribu langkah juga kami semadikan di sini.

Kemudian kami ke rumah Mak mertua ku. Ma macam biasa la kalut nak msak itu ini buat jamu tetamu.

Last sekali kami sempat lagi singgah di showroom kereta. Berkenan sungguh dgn kereta ni..Rasa nak bawa balik satu...

Balik rumah letih kemain lagi. Masa dengan kawan2 tak ingat dunia. Balik rumah baru kembali ke realiti. Sakit urat tua yang ku dera seharian tadi.

Tuesday, March 15, 2022

Sunday, March 13, 2022

Carpal tunnel syndrome

Appointment dengan klinik.
Dah lama dah sakit ni
Tak sembuh sembuh.
Tambah sakit ada lah.
Pakai ni seksa
Tapi benda ni mengurangkan pergerakan pergelangan tangan.
Kurang gerak kurang la tersepit saraf tu.
Kurang tersepit kurang la sakit.

 Harap harap ok sikit malam ni. Dah acap tido terganggu kerana sakit. 


Thursday, March 10, 2022

Perasmian

Hari ni mydin mall di buka dan dirasmikan di Bandar Tujung, Kota Bharu.
Katanya Mydin terbesar di Malaysia.
Orang ramai berpusu pusu nak tgok pasaraya baru ni.
Saya pusing2 saja.
Takut nak hampiri tempat2 yang terlebih orang tu.
Ni posing khas nak tunjuk kat cucu.
Arman, look at me..Look at the robot. Nak kidnap grandmummy tu. 

Wednesday, March 9, 2022

PCB

Lunch di sini
Hati hati tau

 
Dah viral kat media sosial.
Nak makan kena tanya harga dulu

Nasib kami baik.
Murah
Sedap
Licin

Cuaca cantik
Tenang hati tengok laut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...