Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, April 6, 2022

Noktah

 Payah saya nak terangkan.

Tapi saya cuba..

Sudah lama ada niat di hati cuma saya pendamkan saja.

Setelah hampir 15 tahun berblog saya rasa sudah sampai masanya saya noktahkan aktiviti yang sangat saya suka ni.

Usia saya dah terlalu banyak untuk terus bercerita di blog. Cerita dari orang tua sudah tidak menarik. Asyik asyik tajuk yang sama. Ulang ulang cerita itu itu jugak ..

Saya sebenarnya mencari ruang untuk saya luahkan segala apa yang saya hadapi sepanjang perjalanan hidup saya. Bila saya berblog saya rasa saya mampu ukir setiap cerita suka duka hidup saya secara kekal.

Cukuplah setakat itu...Akhir akhir ini tidak ada apa lagi untuk saya kongsi. Hidup pun sudah berada di hujung ranting usia. 

Pernah terdetik di hati untuk saya membukukan blog saya. Bukan untuk dijual. Hanya untuk di hulurkan kepada anak cucu dan kenalan. Mana lah tau bila saya dah tidak ada lagi di dunia ini, buku saya menjadi pengganti diri.

Sekarang ni dengan izin Tuhan saya ditemukan dengan seorang kawan yang bakal menterjemahkan mimpi saya..InsyaAllah bakal menjadi realiti harap nya..Terima kasih Tuhan kerana hadirkan dia dalam hidup saya di waktu yang tepat.

Maka hasrat saya untuk berhenti berblog mungkin akan menjadi satu kenyataan bila terhasil nya buku AKU KAH ITU......

Doakan mimpi saya akan menjadi nyata juga satu hari nanti...

Doakan saya

Doakan saya.

8 comments:

Kak Rose said...

Alamak.... sayangnya kalau nak noktahkan begitu jer. satu persatu blog hilang dari radar dan apakah kak rose juga akan menyusul?.

Ateh Nour said...

Assalamualaikum Granny Hani,
First sekali sedih rasanya membaca coretan sahabat kali ini, saya ni sebenarnya terlalu lama juga meninggalkan berblog ni, atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan, tapi bila menyedari bahawa saya masih ada lagi laman blog ini, tiba tiba saya rasa tak lengkap bila tidak mencatat sesuatu setiap hari, Alhamdulillah Allah buka kembali hati saya untuk berblog ini, dan saya harap sahabat juga seperti saya, akan menyambung semula aktiviti berblog kita. Memang catatan orang tua seperti kita tidak begitu di minati oleh generasi sekarang, tapi kita ada peminat kita sendiri. Alhamdulillah,In Shaa Allah.

Wassalam Sahabat Blogger.

Unknown said...

salam tc, saya nk buku aku kah itu...saya misi icu teratai...

Anonymous said...

Janganlah berhenti menulis. Saya silent reader.

Granny Hani said...

Terima kasih atas peduli...memang berat hati nak berhenti berblog..Saya serahkan kepada Tuhan. Perancangan Tuhan adalah yg terbaik. Kalau perlu teruskan insyaAllah saya teruskan dan begitu juga sebalik nya.

Granny Hani said...

Salam misi wad icu teratai,
InsyaAllah kalau buku tu dah jadi kenyataan, akak akan hantar ke wad..terima kasih atas sokongan moral.

Suziana Mohd Tahir said...

Dear Teacher Hani, please don’t stop writing.. saya peminat penulisan dan lukisan cikgu.. saya doakan yang baik-baik untuk cikgu dan keluarga cikgu Aamiin

Granny Hani said...

Suziana mohd tahir,
Buat waktu ini masih diteruskan..memanglah sangat berat utk berhenti. Segala keputusan di tangan Tuhan.
Terima kasih sudi hadir di sini. Salam sayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...