Tiba tiba seorang bekas anak murid menyapaku di media sosial. Gembiranya bila ada anak murid yang masih memanggil ku 'ticer' walau dia sendiri sudah bergelar ayah dan bekerjaya.
Rasa dihargai sangat. Tersenyum sorang2 bila aku baca ' flashback' dari dia.
Ya lah anak, ticer memang terkenal dengan gelaran guru paling garang di sekolah. Tapi sekarang ticer dah pencen, dah tua, tidak garang lagi ..garang dulu tu bersebab. Garang kerana kalau boleh nak semua anak murid berjaya.Garang tanda sayang.
Terima kasih lah wahai bekas anak2 murid yang ingat ticer sampai la ni. Maaf kalau ticer lupa sebab ticer dah tua...Semoga kamu semua dirahmati Allah selalu. Maaf jika pernah terkasar bahasa sehinggakan kamu ingat sampai hari ini.
Kamu buat ticer sangat happy hari ni.
No comments:
Post a Comment