Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, September 29, 2022

Kopitiam Kami

Tak rancang.
Pusing pusing jalan jalan tiba tiba terpandang kedai ni. Tu pun kerana dah parking depan kedai dia.
Tersorok di sebuah bandar kecil yang tenang dan tak ramai penggunjung. 
Kami pesan dessert yg seakan bingsu. Dah awal2 beritau tak nak manis. Harga sangat murah. Bila suapan pertama singgah di mulut WOW! Sedapnya. Memang kurang manis dan lemaknya secukup rasa. Boleh kesini lagi lain kali. Tu pun kalau jumpa kedai ni..Dah lupa dah jalan apa atau lorong mana..Sib baik tau nama kedai jer...
 

Wednesday, September 28, 2022

Kota warisan kg laut

Kami ke sini di tengah minggu
Sepi
Kedai2 kat bawah tu tutup
Dulu pernahcsinggah
Waktu cuti sekolah bersusun bas pelancong
Meriah
Tapi nak parking pun payah
Nak posing2 segan la pulak.
Tempat ni cantik 
Perlu banyak lagi penambahan dari segi tarikan pelancong.
Kami singgah sekejap saja.
Panas
Nak minum air pun tak ada kedai yang bukak.
Terpaksa beredar cepat.
Take note wahai pemerintah negeri

 

Tuesday, September 27, 2022

Nasi ikan belauk ikan bekok

Sanggup beratur?
Haduhhhh...!
Kalau lalu jalan ni..
Nampak kereta berderet
Orang hurung periuk besar2
Tak nampak sipenjual, terlindung dek manusia yang nak makan nasi berlauk ikan bekok.
Maka sahlah kamu dah jumpa kedai dia.
Kalau sanggup singgahlah.
Sohor sangat di Kubang Golok ni.

 
Jarang jarang sekali saya singgah lah.

Tak leh acap acap sebab tak sabar bab menunggu dalam barisan tu.

Monday, September 26, 2022

Pantai Kubang Golok

Entah kenapa, jumpa buai mesti nak hinggap sekejap.

 
Photobooth ni untuk orang2 muda ni.
Tapi tak apalah, mokcik nak posing juga kat sini

Sour frozen yogurt

Sedap tapi lebih sedap kalau makan dengan awak.
Rindu awak sangat sangat.

 

Friday, September 23, 2022

Lelaki ini

Lelaki ini yg menyayangi ku tanpa syarat.
Menyayangi ku hingga ke hujung nyawa.
Tidak pernah melukakan hati ku
Tidak pernah hadirkan tangis di mata ku
Dia yang halau setiap kecewa.
Dia satu satunya lelaki yang saya percaya dan sayang seluruh jiwa.

 

Thursday, September 22, 2022

Pokhok lagi

Yakkk...berehi la amik gambar candid.
Lain kali kena beringat doh kalu dating dgn awak.

 

Sunday, September 18, 2022

House warming

Halizan@ Jae buat housewarming hari ni.

Bestnya dapat jumpa kawan2 lama.
Ini kawan lama betul ni. 45 tahun tak jumpa. Bila jumpa riuh laa...Tq datin walau dah ada tittle datin masih macam dulu ramah bercerita.

Tua tua bi terfikir juga..entah2 ini pertemuan terakhir...Tapi syukur juga dpt bertemu sekali lagi sebelum ajal menjemput.

Saturday, September 17, 2022

Mencari ubi keledek/stelo

Dari Peng Chepa ke bachok- melawi- Tok Bali hingga ke semerak.

Ubi stelo beli sikit saja..Beli Tembikai. Beli Sata. Beli otak otak. Beli segala benda yg ada dijual di tepi jalan. 

Thursday, September 15, 2022

JJCM

Jangan salah pandang
Ni kedai
Bukan rumah
Nasi kandar di Pasir Mas
Rasa tak la ori mana
Tapi boleh laa
Murah
Ample parking space
Sup utara pun ok
Banyak lauk

Boleh la kalu nak cuba sedikit kelainan.
Cuma satu nak komplen
Panas nya la...Tempat makan bawah khemah.
Kipas ada dua berpusing pusing duk circulate angin panas. 
Makan x selesa nak cepat siap sbb nak lari dari bahang...
Sila perbaiki k.

Monday, September 12, 2022

At last


 Lama dah nak jual kereta mazda cx7 saya ni.

Akhirnya saya ke sini.

Mungkin ini merupakan jalan terbaik.

Tgok la macam mana nanti.

Kereta dah di evaluate, tunggu result saja.

Harap2 dapat jual cepat2.

Dapat la beli kereta baru cepat2 jugak.

Hehehe....tu la sebab utama nak jual sgt bih.

Saturday, September 10, 2022

Cucu


 Membesarlah dengan penuh kasih sayang dari kami semua..Melimpah kasih sayang buat kamu berdua. Jadilah anak yang dirahmati Allah dan diberi kejayaan dunia dan akhirat.

Mummy kamu sangat bahagia jika dia dapat lihat kamu hari ni sebegini. Tak apalah cucu, walau tanpa kasih sayang mummy, kamu berdua tidak pernah diabaikan. Doakan yang baik2 buat mummy kamu. Mummy insyaAllah menunggu kamu di syurga.

Friday, September 9, 2022

PCB

Tenang pantai hari ni
Ombak pun seperti malu2 menyapa pasir

 
Cantik bunga kembang pagi
Ceria menyambut matahari

Aku duduk duduk membiarkan bayu laut menyapa pipi
Tenang damai setiap kali ke sini

Berdua
Satu kepala
Dialah temanku yang mudah diajak keluar.
Partner in  crime

Jinak merpati



 Jinak merpati ditangkap lari...


Thursday, September 8, 2022

Daus.

Memperkenalkan Firdaus atau Daus.
Seorang lelaki muda yang rajin.
Murah senyum dan sopan sekali kalau bercakap dgn org tua tua.
Kerja dia kemas/ cuci kawasan.
Berkelulusan U tempatan.
Tapi rezeki dia begini.
Sekitar kejiranan saya ni hampir semua org guna khidmat dia.
2 ke 3 buah rumah sehari dia urus.
Full. Kena booking.

 Satu jer saya nak cakap kat yg diluar sana..

Yang duk komplen payah nak dapatkan kerja.

Yang masih nyusahkan mak bapak untuk sesuap nasi.

Pokoknya satu saja.

RAJIN USAHA CEKAL

Awak tau berapa pendapatan si Daus ni sebulan?

Sebuah rumah rm150- rm200 x 2 buah rumah sehari. Rm400 kan?

Tu baru sehari.

Kalau sebulan cer kira?

Tu pasal la daus teruskan kerja ni dan lupakan kerja di pejabat yg boleh pakai baju branded dan drive nice car.

Daus dah pakai beberapa pekerja sekarang.

Maka nikmat Tuhan yg manakah yg kamu masih dustakan wahai di penggangur2 di luar sana...

Wednesday, September 7, 2022

Kaftan

Tak tahu la saya sorang ke macam ni atau ibu2 lain pun serupa.
Saya ni nasib baik duk kelantan.
Tempat yang mana kaftan batik ada dijual dimana mana.
Beli kaftan ni seperti beli beras.
Mesti nak beli.
Kalau tgok ada yg tergantung pattern baru ke, warna belum ada dlm simpanan ke, mesti nak beli.
Saya suka simpan kaftan yg belum dipakai .
Sekali beli 3 helai sebab biasa nya harga dlm 3 atau 4 helai seratus. Maka cukupkan saja lah dgn harga seratus tu.
Kenapa saya suka simpan kaftan? Sebabnya kaftan adalah hadiah utk kenalan yang paling relevant. Kalau ada yg tiba tiba perlu saya hulur buahtangan, saya hanya masukkan satu dlm paperbag. Penerima pun suka sbb tidak bulky dan bukan makanan yg ada tarikh luput. Saya puas kalau dpt bagi kaftan sebagai buahtangan.

Saya suka kaftan. Awak suka tak?
 

Kata menteri..


 Apa susah..

Jem setahun sekali jer.

Hadaplah wahai rakyat!

Datin Mie and I.


 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...