Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, October 30, 2022

Sekali sekala uzur.

 22hb Okt - Sepatutnya sambutan ulangtahun kelahiran saya yg ke-62. Sepatutnya meriah. Sepatutnya celebrate dgn anak cucu atau paling tidak keluar makan2 dgn kawan2..

Tapi perancangan Tuhan tak serupa dgn perancangan kita.

Saya uzur teruk. Seminggu demam dan sengal badan. Tak cukup tu melarat sakit gigi dan bengkak gusi. Takleh makan apa pun. 

Hari ni baru rasa ok sikit (setelah ke klinik dan ke dentist). Tapi masih lemah sbb badan sedang nak recover kot. Tua2 ni tak pelik la kan...

Kesian saya tengok famili saya. Anak ambil alih tugas saya. Penat Iffah buat semua kerja saya yg tergendala. Terima kasih Tuhan kerana hadirkan dia dalam hidup saya.

Syukur Alhamdullilah hari ni saya dah ok dah, hampir ok. Saya dah boleh update blog saya semula. Mujur masih ada sisa usia. Sewaktu uzur saya dapat lihat sikap manusia yg sebenarnya. Waktu begitulah kita kenal siapa yg sebenarnya kawan, yang sebenarnya mengambil berat dan yang sentiasa ada untuk hulurkan moral support. Tuhan membuka mata saya. Alhamdullilah.

So what else to say except that I am  blessed. A belated birthday wish to myself.Happy belated birthday Hani. Don't cry! Don't be sad.


Walaupun tahun ni saya uzur di hari ulang tahun kelahiran tapi saya dah diberikan Allah nikmat sihat sepanjang tahun. Terima kasih Allah.

Surah ArRahman.

Last but not least.. Thanks a lot for the birthday presents..Kiriman hadiah hari jadi buat saya tu sangat2 saya hargai..Tak sabar nak pakai barangan yang diberikan tu..semua cantik! Thank you for the love.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...