Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, May 29, 2023

Alone

Nak pindah duk sini lah
Jauh dari segalanya
Alone is much better than being with people that makes you feel lonely.

 

Sunday, May 28, 2023

Confused

Block unblocked
Block unblocked
Block unblocked

I just dont know what is right anymore
What is the best thing to do now 
What are the outcomes
God help me!

Thursday, May 25, 2023

Tak cuba x tau

Sedap ni
Pulut kuning makan dengan paprik ayam bersantan.
Tak pernah makan?
Kena cuba.
Rakyat saya suka.

 

Tuesday, May 23, 2023

Nasi dage

Syawal dah tamat.
Musim raya dah habis.
Tapi mood nak masak nasi dage hadir.
Kebetulan beras nasi dage ada dlm simpanan.
Masak saja lah.
Janji rakyat jelata makan.
Janji habis licin
.

 

Sunday, May 21, 2023

Jubah hitam

Pilihan saya akhir2 ni.
Mudah
Selesa
Dah tua2 ni malas nak ' jangot' dah.

 

Friday, May 19, 2023

Down

 Itu yang saya rasa

Down n depressed.

Tak tau kenapa akhir akhir ini saya rasa macam dah tak nak teruskan hidup.

Tak sanggup nak hadap hari esuk yang entah bagaimana.

Setelah saya lalui apa yang dah saya lalui saya hanya dapat buat satu konklusi.

Saya dah penat!.

Tak sanggup dah untuk hadap lebih byk dugaan yg bakal hinggap.

Sungguh tak sanggup.

Dugaan yg sedang saya hadapi hari ni pun dah berat sangat. 

Dah rasa tak mampu nak pikul.

Jangan mudah menghukum saya tau, awak tidak berada dalam kasut saya. 

Awak tidak hadap dan hadam apa yang saya hadap selama ni..

Hmm..mungkin juga kerana hari ni hari ke 5 tahun arwah suami meninggalkan saya maka saya jadi sgt tertekan.

Mungkin

Segalanya mungkin.

Tuhan...Hanya Kau yg tahu segalanya.

Astaqfirullahilazim.


Monday, May 15, 2023

Puri Omar

The best in town.
Kedai dia di kawasan kilang Padang Tembak, Pengkalan Chepa.
Omar sgt ramah. Pandai amik hati pengunjung.
Saya kenal dia lama dah.
Mak sedara dia kawan baik saya.
Roti puri Omar lembut dan kuah kari nya sedap.
Kalau lama tak makan jadi teringat.
Tak caya cuba lah!

 

Friday, May 12, 2023

Ulang jawap

Acap dah jawap
Tapi masih ada yang bertanya.
Kenapa nama pena saya 'debumelukut'
Ok, saya jawap sekali lagi.

 

Zini

Ni foto dari facebook saya.
Saya up facebook story khas buat kawan baik saya ni.
Dah pencen pun dia. Dia lebih muda 4 tahun dari saya. 
Kawan menangis ketawa.
Kawan yang tau perit getir hidup ini.
Selamat bersara Zini.
Semoga lebih bahagia disamping keluarga.
Sudah terlepas dari tanggungjawap kerjaya
Bebas itu nikmat.


 

Saturday, May 6, 2023

Dunia akhirat

 Tau saya uzur, dia dtg bawa penawar.

Dari machang ke peng chepa.

Bukan dekat tuh.

Dia.

Kawan dunia akhirat bagi saya.

Dari dulu sampai sekarang tidak pernah putus hubungan.

Dia pun dah tak sihat mana.

Maklum dah berusia juga.

Terima kasih Ros, Tuhan saja lah yang membalas budi baik kamu.


Friday, May 5, 2023

Sakit

 Sakit itu penghapus dosa.

Uzur hari ni

Mood kelaut

Rasa down sangat2

Byk sungguh dugaan buatku

Bila uzur begini dlm kepala mcm2..

Tuhan, hanya Kamu berkuasa menyembuh.


Takziah

 Za..

Banyak kenangan kita berdua.

Tapi

Tuhan lebih sayangkan kamu.

Tenang damai la kamu di sana.

AlFatihah buatmu sahabatku.


Wednesday, May 3, 2023

Rezeki Syawal

3 ekor cucu bulus.
Happy
Belum ada nama.

 

Uzur

Tuan kucing uzur
Kucing pun uzur
Pagi2 tuan kucing ke klinik 
Buat ecg
Test urine
Ambik tekanan darah
Ada sedikit masaalah kesihatan.
Perlu rujuk ke hospital.
Tu cerita tuan kucing
Keluar dari klinik tuan kucing ke klinik haiwan.
Kucing sekor ni uzur
Dah inject dah bagi vitamin hrp2 ok.
Mandikan kucing jugak.
Kos?
RawatanTuan kucing rm150
Rawatan kucing rm124
Haduhh..

 

Monday, May 1, 2023

Lunch

Saja jalan jalan.
Panas lit lit
Cho yang rekomen dtg makan kat sini.
Entah la cho, murah tu murah la tapi musim panas ni makan jadi tak selesa.
Berpeluh peluh

 Cantik tempat ni

Sepinggan maggi telur sotong pelbagai lauk hanya rm14.
Banyak lauk..besar portion.
Penat nak habiskan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...