Terkedu akak bila dengar cerita kamu dik.Tergamak kawan2 kamu buat kamu begitu.Kawan ke kalau mcm tu?. Hai dik, buat baik berpada pada dik, buat jahat jgn sekali( buat byk kali gitu..hehe)Meh akak nak bagi pandangan 20sen sikit..Dengar sini dik.
Kita ni kalau baik pun biarlah bertempat. Jangan kerana nakkan tittle 'Baik' tu kita ikut jer telunjuk orang. Sekali sekala kena juga tegas. Pacak harga diri tu, jangan biarkan orang buat suka hati begitu.
Mula2 kena tanya diri sendiri dulu..Kenapa mereka buat begitu?
1.Kenapa mereka boleh anggap kita ni boleh setuju saja dgn keputusan mereka tanpa bertanya sepatah pun.
2. Kenapa dalam ramai sahabat lain, kita yg dijadikan sasaran utk dipergunakan?
3. Siapa kita di mata mereka selama ini? Tidak ada ke sedikit hormat mereka buat kita. Tak respect awak langsung!
Ok, dah tanya diri sendiri tu sekarang jawap ikhlas
1. Rasa macam orang bodoh kan bila di buat begitu?
2. Rasa terhina kan?
3. Tak suka kan?
Jawapan nya semua 'ya' kan?
Dik, kadang kadang silap nya diri sendiri. Memang payah nak terima kenyataan kita yg silap ni. Silap dengan erti kata kita yang pamerkan diri kita begitu.Kita yg jadikan orang lain berani pergunakan kita. Tak gitu?
Dunia sekarang ni dik memang kena pilih kawan. Biarlah orang kata akak ni sombong tapi akak memang pilih kawan. Buat apa jadi baik kalau untuk dipijak? Bagi akak laa..'U follow my rules, I follow your rules' gitu. See my leg first la you, dont asume2 dat I can be manipulated. No!
Sebenarnya macam2 kategori kawan yg hadir dlm hidup kita.
1.Kawan lama yg kenal kita dari kanak2 adalah yang paling mahal. Hargai mereka kerana mereka berkawan dengan kita bukan kerana kita ni ada tittle ke, kaya melangit ke atau kerana kita ni selebriti. Mereka menerima kita seadanya.
2. Kawan sama cari makan. Mereka sama jatuh bangun dalam kehidupan kita. Sama rasa pahit getir mencari rezeki. Kekalkan mereka dalam kehidupan kita. Precious!
3. Kawan sosial media/kawan sama minat/berkongsi hobi. Lain perkataan kawan baru..Hmm...tak tau nak kata la..Mereka ni kita hanya kenal luaran saja. Background pun mungkin berbeza.Tak rapat. Tak perlu berkongsi benda2 personal. Cukup kita selesa kenal mereka dan mengkagumi bakat mereka..Tak dinafikan ada yang baik asli pun tapi kena selidik dulu lah..Jangan scammer dah!
3. Kawan yg makan kawan. Yang ni cuba jauhkan ya. Kalau boleh jangan terlalu baik dengan mereka. Mereka ni senang nak differenciate dari kawan2 lain. Mereka mudah mesra, sangat mesra. Suka memuji dan cepat nak rapat..Jangan biarkan mereka meresap dalam kehidupan kita. Tak perlu berkepit ke sana sini dan biarkan mereka bebas keluar masuk rumah kita. Lagipun kawan yg macam ni dia tak pernah pun ajak kita ke rumah dia tapi kalau nak dtg rumah kita dia dtg tanpa notis. Terjah mcm dia kenal rapat. Acah2 sedara gitu. Hati2...baik ada makna tu...
Jadinya...Konklusinya...seriklah dengan pengalaman pahit yang dialami marin tu. Belajar la jadi tegas dan tau untuk menolak..Kalau mereka betul hormati awak sebagai sahabat mereka tidak akan mempergunakan awak.Harga diri mana dik?
Last but not least...Pilih kawan yg sekufu. Ya sengoti ni dik.Facts. Hormat menghormati. Let them know your limits..Hellooo awak siapa? Helloo..awak ingat saya siapa? Sekufu dalam erti kata mentaliti mesti serupa. Wavelength pun mesti sama level. Sama2 otak masuk air tapi sama2 serious bila perlu serious jugak tau..Caya lah!
Tq kerana kongsi luka di hati awak dik. Belajarlah dari kesilapan.
By the way..maaf byk silap ejaan tu. Malas nak betulkan. Bahasa rojak tu bahasa saya. Tak apa, kawan2 saya faham saya dan menerima kekurangan saya..Tak gitu bestie????
No comments:
Post a Comment