Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 30, 2023

Hujan pun derrat!

Kerana hset kawan saya bukan hset cap ayam mcm hset saya maka foto2 dari kamera dia cantik sangat. Suasana mendung pun nampak terang. 
Kami breakfast di White house saja pagi ni.Lepas tu kami ke Melor. Visit tempat ni. Hebat. Semua frozen food ada kat sini. Rambang mata.


Wednesday, November 29, 2023

Payung

Di musim hujan begini payung adalah satu kemestian.
Musim ni lah musim beli payung, guna payung dan lupa payung.
Lupa payung?
Saya macam tu laa...
Keluar rumah bawa payung masuk kedai letak payung kat luar kedai.
Waktu nak balik hujan dah reda.
Lupa payung.
Balik rumah baru ingat.
So?
Esuk hujan beli payung baru
Nanti lupa lagi letak mana.
Beli lagi.
Nampak gaya kena tambat payung di leher baru tak tinggal payung merata.

 

Sunday, November 26, 2023

Laksa lagi


 
Dulu bukan kedai ni.
Sedap
Hari ni try laksa di kedai ni pulak.
Laksa beris jugak
Tapi bagi saya lagi sedap yg kedai dulu tu.
Lain org lain taste budnya kann...


Saturday, November 25, 2023


 
Ni foto x bersangkut paut dgn di atas.
Port brealfast di Kale Cepo

Saya breakfast dgn anak nih
Sedap.
Murah
Tapi org ramai

Thursday, November 23, 2023

Sukaaaaa!

Thank you son!
Sekali sekala bila my nephew hulur buahtangan, hati melonjak gembira. Rasa diambil peduli. Rasa 'I am not alone'. Begitulah hidup ini..Di usia begini ingatan dari anak, menantu, cucu, anak2 sedara, adik kakak, ipar duai, kaum kerabat dan sahabat handai memang penting. Bukan harga pemberian yg memaut hati tapi harga sebuah ingatan tulus ikhlas itu yg buat diri rasa dihargai.
Thank you Eyo. (Dr Wan Mohd Nazrol) .
 

Tuesday, November 21, 2023

Tak jenero

 12. 11 am

Masih mencari lenaku yang hilang.

Adakah rindu itu yang mencurinya

Atau adakah..

Luka itu yg menjadikan mata derhaka.

Wednesday, November 15, 2023

Hari hijau


 
Kat masjid tadi ramai yg pakai hijau.
Mujurlah saya ada baju ni
Hijau campur putih kuning
Kira hijau jugak la
Tudung hitam
Beg merah.
Boleh kan?

Tuesday, November 14, 2023

Terbit


 Mentari terbit malu malu. Awan bulan Nov menyambut cahaya ceria itu..Semalam hujan dan ramalan cuaca beri ingatan yg esuk akan bermula hujan di negeri saya. Musim tengkujuh sudah tiba. Tapi pagi ni masih ada merah mentari dtg menyapaku. Alhamdullilah, semoga sempat kering semua cucian hari ni.

Ziarah

Saya balik ke Pasir Puteh.
Niat nak ziarah mak sedara yg dah bedridden.
Sebelum tu singgah di Chering Ruku
Makan dulu
Ikan bakar di sini fresh.
Sedap

 
Last berbagi rezeki dgn kucing. Tak larat bak habiskan. Sepatutnya jgn ambik byk sangat.Harga x mahal. Berbaloi.

Sampai di rumah maklong. Alhamdullilah dapat jumpa sepupu/anak maklong yg baru sampai dari kl. Kakak dan adik saya pun ada, baru sampai jugak. Cer tgok pakaian kami..warna hampir sama mcm dah plan tapi tidak. Kebetulan.

Mak/Che yang manis sokmo2. Dalam hati dia x siapa tau, setelah jumpa kakak yg uzur.
Sedih yg dihadam sorang sorang. Senyum yg dipaksa paksa. 

AyahSin/ paksedara saya seorang suami yg mithali. Dia yang jaga maklong sepenuh masa. Dia pun dah tua dan tak sihat mana dah. Semoga ayahSin di beri kekuatan dan usia yg panjang utk terus urus maklong ya.

Wednesday, November 8, 2023

Buang masa di sini

Nasi Dage Kak Ju di tokbali
Best in the world
Tapi tadi masin sikit
But never mind, spending time with friends is priceless.

 
Pastu singgah pantai ni.
Pantai apa tak tau.
Dekat dengan rumah Pah.
Tak ada orang.
Bebas nak 'babak' pun

Sabit kata....
Tak lepas peluang babak.
Cantik tau pantai ni
Nampak kapal dagang tgah laut.
Damai.

Singgah di Bachok 
Beli berbagai jenis lapik kaki dan karpet murah.
Memang murah.
Sangat murah
Thank you my friend Tini n Pah...Next time kita derrat lagi. 

Monday, November 6, 2023

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...