Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, November 1, 2023

Kedai E2O

Alas kaki kecil rm2.40.
Anti slip ni.
Meresap air.
Beli jangan tak beli.
(Tau tak perlu beli tapi cari alasan utk kurangkan rasa bersalah sebab dah beli).
Kalau masuk kedai 2 hinggit ni memang laaa..
Berhantu.
Beli segala benda yg tidak nak beli
Terbeli.
Iman rapuh.
Sokmo gitu!
 Tgok ni....beli juga alas kaki buat sangkar/wad kucing saya yg sakit. Comel kan?
Ni pulak gubahan bunga dari kedai ni jugak. Saya beli bunga plastik 5 tangkai 5× rm2.40, mangkuk melamie rm2.40, sponge bunga rm2.40 dan alas mangkuk rm2.40. Kos kurang dari rm20. Cantik jugak letak kat beranda. Kalau berdebu nanti buang jer. Tak payah cuci jemur bagai. Murah kannnn....

Ini la sebabnya saya cepat2 keluar dari kedai 2hinggit ni..Kalau duk lama2 alamat penuh bonet la saya borong. Tak singgah rasa nak singgah. Dah singgah menyesal. Bukan menyesal terbeli benda tak perlu tapi menyesal tak beli benda lain jugak! Haishhh!
Geng kedai eco/2hinggit sila munculkan diri..kita geng!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...