Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, December 30, 2023

Azam baru

Apa bendaaaa.....tah!
Tiba tiba terpandang benda ni
Entah bila saya tulis ni..entah untuk siapa..
Takperlah , saya share di sini.
Tahun baru kena ubah dah cara berfikir.
Jangan jadi 'sampah' di mata orang.
Jangan biarkan orang buli kita
Stand up for yourself
Harga diri kita, kita yg tentukan kedudukannya.
Ok hani....u can do it..


 

New year. Again?

 


2024.

Yang menjadi persoalan nya bagaimana 'esuk' yg Tuhan dah rancang buat saya di hujung2 usia begini?Adakah semuanya akan baik baik sahaja...Atau masih banyak kah ujian dan dugaan yg bakal saya hadapi seterusnya? Adakah peluang untuk saya bahagia? Mampukah saya hadapi segalanya?

Kalau tidak Tuhan yg kuatkan saya, dah lama saya berkecai. Kalau tidak Tuhan yang bekalkan saya kesabaran yg tebal, dah lama saya tak jadi orang dah..jadi monyet pun tidak. Terima kasih Tuhan kerana pimpin saya walau saya pernah berada di titian yg paling runcing. Sekalipun saya pernah jatuh tersungkur tapi jatuh saya jatuh bersambut.  Hanya Tuhan. Sungguh hanya Tuhan yang tahu segalanya.

Tuhan, ku panjat doaku ke ribaanMu..Doaku yg ini ini jugak dari dulu sampai sekarang...Tuhan,Kau tahu apa yg terbaik buatku. Aku perlu ihsan dariMu untuk hari2 esukku. Damaikan hatiku, tebalkan kesabaranku, tingkatkan keimananku, tanamkan rasa syukur dihatiku atas semua nikmatMu yg banyak terhadapku dan suburkan redhaku sewaktu aku menjamah ujian dan dugaan yang Kau hidangkan buat ku. Tuhan akulah makhlukMu yg lemah dan serba kekurangan.Ampunkan segala dosa2ku. Aaminn ya Rabbulalamin.

Wednesday, December 27, 2023

Be strong

Anis dah ready tu
Dah berpuasa
Tunggu dipanggil ke dewan bedah saja.
InsyaAllah kita semua pakat berdoa semoga Tuhan permudahkan segalanya.

Ini foto sewaktu Anis boleh makan lagi.
She is ok..strong girl!

Nanti boleh balik rehat di rumah lebih tenang.

 

Sunday, December 24, 2023

Tanah Merah

Kedai makan 'Selera Tepi Sungai'.
Kalau nak diet jangan pergi kedai tu
Bahaya
Semua makanan kat situ berhantu
Semua menggoda selera
Haduhhhhh!
Nyesal sungguh singgah!



 

Thursday, December 21, 2023

Bye bye Pah

Pah nak pindah ke Perak after being in kelantan for 63 years.
Its so sad.It our age, to make new plans that needs major transformation is to hard to digest..Ni yg anak2 zaman sekarang kata ' cannot brain'...
Panjang cerita....to make story short yesterday we all went to her place to see her, just to be there for her, giving her all the moral support that she needs..so many questions that need to be answered..Did we make your blood boil Pah dear? We asked stupid questions and received answers that made us more confused ..hehe. Apa tak nya, kami ni kawan dah berpuluh tahun, kami taknak la dia jadi lebih susah dari sekarang. Kami sayang dia walau ada kala kami gaduh perang dunia ke3 pun dgn dia.
Entahla..semoga Tuhan memudahkan urusan dia. Kalau suatu hari dia rasa perlu kembali, kami menerima dia kembali dgn tangan terbuka..Pergila Pah dan Pulanglah kalau perancangan tidak seperti yg diharapkan.
Kami ni kawan rapat dia dari remaja sampai sekarang dah purba pun kami lah tempat dia mengadu bercerita berkongsi suka duka. Dia seperti kami ada kekurangannya, ada kelebihannya. Masing2 menerima seadanya.
 




Sunday, December 17, 2023

Nik Golok

Best shopping sini
Murah giler
Blouse rm10 sahaja
Jubah rm35

Mana nak cari kedai semurah ini?


 

Saturday, December 16, 2023

Handyplast

Dush dush dush!
Kena 3 bijik di dahiku
Begitula kita sokmo pun
Dilupakan bila sudah tidak diperlukan
Nak buat gano, redho jer laaa
Dah nasib kannn

 

Friday, December 15, 2023

Buku itu

Masih ada yang peduli
Alhamdullilah
Tq pakdin

Terima kasih juga buat yg sudi mendeklamasikan puisi saya tu.

 

Ziq Bakery

Must come again.
Nice place
Warm welcome
Food taste good

 

Thursday, December 14, 2023

Tuesday, December 12, 2023

Still smiling

This is what life is all about.
Lose some win some.
To be happy is to accept all the ups n downs of life.
Think positive.
Bad time teaches me to be strong.
Good time teaches me to appreciate the good in others.
Smile.
Always smile.
Its easier to smile than to explain why you are sad.

 

Luv u Kak.


 

Monday, December 11, 2023

Risau

Anak bongsuku
Kalut nak betulkan mata dia.
Lazy eyes
Dia beria gi jumpa doktor utk rawatan.
Maka akan buat surgeri pada 27 Dis ni.
Dia happy.
Saya?
Allah hu!
Hanya Allah yg tahu hati saya 
Kerisauan saya
Pikir macam macam
Takut itu takut ini
Kalau itu kalau ini.
Tuhan.....

Tolong jaga dia untukku.

Tolong permudahkan segala urusan dia.

Dia anak yatim.

Kasihanilah dia.
 

Sunday, December 10, 2023

Iffah

Dialah bahu untukku bersandar.
Kukuh
Tapi
mampukah aku menjadi tiang teras buat dia labuhkan dukanya?
Iffah, semoga Allah sentiasa jaga kamu.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...