Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, January 31, 2024

Maafkan saya

 Entah kenapa

Akhir akhir ini rasa depressed.

Ada sepi yang sentiasa menemani.

Rasa macam tak nak dah keluar jumpa siapapun

Seperti hidup sudah tidak ada makna.

Tak nak ramai ramai.

Kalau happy2 ramai2 pun sekejap saja.

Hati terubat sekejap pastu down balik.

Nak duk sorang sorang.

Nak teriak kuat kuat sorang sorang.

Nasib badan hidup tak serupa orang.

Nak mati.

Taknak dah hadap segala yg terpaksa dihadap hari hari.

Nasib baik nyawa di tangan Tuhan, kalau di tangan sendiri dah 14 kali mati dah..

Setiap kali rasa begini setiap kali lah rasa baik mati.

Apolaaaaar!

Astaqfirullahilazim.

Maafkan saya, terluah juga kerana sarat sgt dah yg duk jeruk di dalam hati.

Ok lah, buat2 happy mcm biasa...senyummmmm!

Jom, ke kuliah di masjid. Satu2 nya aktiviti yg menenangkan dan mendamaikan.Jom laaaa...


Saya sampai awal..sokmo pun suka sampai lebih awal dari org lain..Tak ada orang lagi, boleh la kalau saya rasa nak nangis ke nak teriak ke, bebas tanpa gangguan..Jap lagi akan ada yg masuk dan menyapa..Dan saya? Macam biasa la senyummmm..Hadapi segalanya dgn senyuman.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...