Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 11, 2010

Kebaya merah dalam sejarah.

Jangan tak percaya..betul lah, memang saya tu.
Itu 30 tahun dulu...
Zaman kurus melidi.
Zaman sebelum badan terlebih timbangan.
Ajah, Tq for the photo.
Adus, lamanya tak kurus......

Bawak lah saya jugakkkkkkkk.

Uncle saya gitau yang Mak saya nak ke luar negeri lepas Raya haji ni.
Tak cakap pun kat saya.
Makkkkkkk,
nak ikut,
nak ikut,
nak ikut,
nak ikut,
nak ikut,
nak ikut,
nak ikut, nak ikut, nak ikut, nak ikut, nak ikut, nak ikut, nak ikut,
nak ikuttttttttttttttttttttttttttttttttttttt...

Pasal ni lah mak tak nak bising2 kut.

Wednesday, November 10, 2010

Ingat laksa, Ingat kisah kita.

Baca sms dari Za di JB.
Katanya dia sedang di kantin sekolah bersama kawan2.
Ingat tak Za, dulu kita lah tetamu tetap kantin.
Ingat tak lagi kejadian di kantin dulu?
Tak dapat saya lupa kisah 'Lawak Laksa' ni.
(Sekarang pun saya sedang tersenyum sambil menaip ni.)
Ok, kita kongsi kisah tu..sebahagian boleh kongsi,
(seluruh cerita masih menjadi rahsia kita kan Za.)
Alkisah ada lah dua org cikgu yang suka makan laksa.
Za suka makan laksa.
Saya pun.
Memang satu Malaya tau fakta ni.
Satu hari sekolah kami buat sambutan sempena apa tah. Lupa.
Siap jemput orang besar besar lagi.
Meriah, pagi sampai petang.
Kami yg bertugas di acara dewan ni sibuk kat belakang pentas dengan murid2.
Tau2 perut dah berkeroncong.
Kami pun ke kantin untuk tengok2 apa yg patut untuk di makan.
Wahhh...Terhidang laksa di meja belum di sentuh.
Rezeki kami lah nampak gayanya, ingatkan dah habis.
Kami pun tak toleh kiri kanan, terus duduk dan makan.
Sedap nyer...lepas tambah kuah, tambah laksa dan begitulah seterusnya.
Hmm..kenapalah tak ada bayang seorang cikgu pun kat kantin ni.?
Kemana semua orang yer...?
Tak kan semua dah kenyang, tinggal kami berdua jer.
Lagi pun hidangan nampak belum terusik.
Nak tau tak kesudahan nasib kami yg sedang mengadap laksa tu?
Heheheeheee...itu lah, mak saya dah cakap, jgn gopoh, kalau yer pun bawak bersabar.
Rupanya semua cikgu2 sedang makan di meja yang di khaskan untuk guru di bilik sebelah.
Dah tu? Kami makan ni hidangan untuk siapa?
Tuuuu...Untuk Dif2 kehormat yang sedang berjalan masuk di iringi Tn Guru besar.
Mak tolongggggggg!!!!!
Astagfirullahh...silap parking kami nih.

Gelak la awakkkk...kena batang hidung sendiri baru tau camna kami rasa waktu tu.

Tuesday, November 9, 2010

Burger special khas buat anak murid ku yg disayangi..


Esuk jamuan kelas.
Murid2 punya lah suka kalau jamuan akhir tahun.
Cikgu cikgu?
Suka jugak cuma selain dari suka tu cikgu2 kena tukar profesyen kejap.
Jadi Tukang masak dan party planner.
Saya lah tu...pakai tittle 'Minah Burger' nanti
Jadi balik sekolah tadi saya ke Tesco.
Beli roti, daging burger dan segala yang berkaitan dgn nya.
Burger saya special tau..(Hehehee, masuk lift tekan sendiri kannn...)
Kalah Mat Misai yang jual burger kat simpang tu.
Burger saya nanti menepati citarasa budak2..
Anak murid saya, tau lah saya apa yang mereka suka.
Tak ada sayur.Ok, fine,cikgu ikut saja...
Budak2 tak suka sayur, bukan selalu makan makanan tak seimbang,
tak kisah lah kan..
Mayonaise kena lebih, biar banjir gitu.
Cili sauce sikit jer..tak nak pedas2.
Bawang besar goreng tak main lah..tak payah susah2 letak bawang.
Kena ada telur dadar atas daging dan daging tu kena letak kicap sikit.
Best tak? Nak dua pun boleh..cikgu buat extra lagi nanti.
Ini silap haribulan bankrup Mat Misai tokey burger nih.
Kalau saya buka warung burger sah laku.
(Jangan risau lah Mat, belum mau bukak bisnes lagi sehari dua ni, pencen nanti tak tau lah)
Harap2 dapat bangun awal pagi esuk untuk siapkan burger ni nanti.
Kalau tidakk....
Makan roti dengan jem la budak2 tu esuk.

Monday, November 8, 2010

Selamat pergi dan kembali wahai tetamu Allah..

Adik2 ipar saya nak tunaikan haji bagi musim ni..Saya tumpang seronok. Memang hari2 saya doakan semoga perjalanan mereka di redhai dan di berkati Allah. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan mendapat haji yang mabrur. Selamat pergi dan selamat kembali wahai orang2 yang saya sayangi.
Tiba tiba ingatan saya merayap ke kelmarin sewaktu saya menjadi tetamu Allah seperti mereka juga.Pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi Arab itu sewaktu saya berusia awal 30an. Masih segar dalam ingatan pahit manis pengalaman di Tanah Suci tu. Di depan Kaabah itu air mata saya pernah tumpah.Di situ pernah saya panjatkan doa supaya Tuhan berikan saya kesabaran untuk menghadapi dugaan2 yang bakal saya hadapi di hari muka nanti..Ternyata Tuhan mendengar doa saya dan tidak lupakan saya sewaktu saya menghadapi pahit getir dugaan dari Dia..Saya yakin itu walau tidak dinafikan saya pernah tersungkur dan pernah merasakan tidak kuat untuk hadapi segalanya.Tapi akhirnya saya bersyukur kerana Tuhan tidak pernah lupakan saya dan tahu yang terbaik buat saya..
Beginilah saya dan di sini lah saya dewasa ini. Bila di renungkan kembali perjalanan hidup saya, saya harus bersyukur kerana segalanya sudah cukup buat saya. Saya tidak sempurna maka saya menerima hakikat org lain pun tidak sempurna juga. Inilah kebahagian buat saya, kehidupan yang seadanya.
Saya sentiasa berharap agar Tuhan melimpahkan saya rezeki dan kesihatan yang baik untuk membolehkan saya kesana lagi. Tidak ada apa lagi yang nak saya pinta dari Tuhan melainkan agar segala dosa saya diampunkan dan tebalkan lah keimanan didalam diri saya yang jahil ini.
Sesungguhnya saya tidak layak untuk ke Syurga Mu ya Allah dan saya amat takut untuk ke Neraka Mu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...