Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, November 8, 2010

Selamat pergi dan kembali wahai tetamu Allah..

Adik2 ipar saya nak tunaikan haji bagi musim ni..Saya tumpang seronok. Memang hari2 saya doakan semoga perjalanan mereka di redhai dan di berkati Allah. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan mendapat haji yang mabrur. Selamat pergi dan selamat kembali wahai orang2 yang saya sayangi.
Tiba tiba ingatan saya merayap ke kelmarin sewaktu saya menjadi tetamu Allah seperti mereka juga.Pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi Arab itu sewaktu saya berusia awal 30an. Masih segar dalam ingatan pahit manis pengalaman di Tanah Suci tu. Di depan Kaabah itu air mata saya pernah tumpah.Di situ pernah saya panjatkan doa supaya Tuhan berikan saya kesabaran untuk menghadapi dugaan2 yang bakal saya hadapi di hari muka nanti..Ternyata Tuhan mendengar doa saya dan tidak lupakan saya sewaktu saya menghadapi pahit getir dugaan dari Dia..Saya yakin itu walau tidak dinafikan saya pernah tersungkur dan pernah merasakan tidak kuat untuk hadapi segalanya.Tapi akhirnya saya bersyukur kerana Tuhan tidak pernah lupakan saya dan tahu yang terbaik buat saya..
Beginilah saya dan di sini lah saya dewasa ini. Bila di renungkan kembali perjalanan hidup saya, saya harus bersyukur kerana segalanya sudah cukup buat saya. Saya tidak sempurna maka saya menerima hakikat org lain pun tidak sempurna juga. Inilah kebahagian buat saya, kehidupan yang seadanya.
Saya sentiasa berharap agar Tuhan melimpahkan saya rezeki dan kesihatan yang baik untuk membolehkan saya kesana lagi. Tidak ada apa lagi yang nak saya pinta dari Tuhan melainkan agar segala dosa saya diampunkan dan tebalkan lah keimanan didalam diri saya yang jahil ini.
Sesungguhnya saya tidak layak untuk ke Syurga Mu ya Allah dan saya amat takut untuk ke Neraka Mu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...