Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, June 14, 2020

Hari happy

InsyaAllah.
Semoga perancangan kita diberkati Allah.
Along dah bertolak balik.
On the way home.
Pulang ke sarang.
Kami kat rumah excited sungguh.
Maklum la lama x balik.
Menu utk makan besar petang nanti dah siap.
Biasa nya saya masak tapi sbb keuzuran terpaksa tempah saja.
Memang la rasa tak best tapi dah terpaksa.
Pertama kali along balik makan makanan yg ditempah.
Sorry along, insyaAllah lain kali kalau mami dah sihat, pulih sediakala,
Mami masak macam biasa.
Masak semua makanan kegemaran along, kegemaran farah.
Masak dgn kasih sayang ni perasa dia lain sikit.
Kan?
Biasanya sebelum asar nanti sampai lah mereka.
Mata asyik tgok jam saja.
Lambat pulak jarum ni brgerak hari ni..
Cepat larrrr.........

Saturday, June 13, 2020

Pening bil TNB tak serupa pening vertigo.

Terpulanglah nak percaya ke ridak..
Biasanya letrik rumah saya ni sgt tinggi.
Orang duit tak habis mungkin rasa biasa2 saja jumlah sebanyak ni
Tapi bagi saya rakyat marhean yang poket nipis ni rasa banyak sungguh!
Tak reti dah nak berjimat.
Semua perlu letrik.
Nasib baik bernafas tak yah bukak suiz.
Bahagian dapur lah yg kuat sungguk telan letrik.
Mana tak nya...
Peti ais gedabakk
Freezer lagi
Peralatan memasak semua guna letrik.
Time duk masak, laju meter berpusing pusing.
Aircon lagi dasyat..semua bilik bertuan.
Tuan bilik pulak macam la lahir di kutub selatan.
Nak sejuk jer 24 jam.
Bab suiz pun satu hal.
Semua pandai bukak tak pandai tutup.
Lampu menyala bertemankan matahari.
Pas tu mana nak rendah bacaan nya..
Takleh salahkan TNB,
yg salah nya nih, beberapa ketul makluk bawah jajahan saya ni.
Zaman dulu duk dlm gua x ada letrik hidup jugak.
Nak saja saya suruh TNB potong bekalan.
Duk dalam gelap. Padan muka.
Tapi masaalah la pulak..
Macam mana nak berblog, berfbook bagai?
Nak charge laptop, hset guna apa?
Air?
Air pun guna enjin,
nak kena hirup letrik jugak dulu baru enjin boleh berkhidmat
Nak tak nak, cukup bulan bayar letrik, jgn komplen.
Wahai TNB, kesian la saya ni ibu tunggal anak ramai.
Kasi letrik free takleh eh?

Tapi....
Musim PKP ni bil dtg utk 3 bulan.
Wahhhhhhh.....murah la pulak!

Kalau untuk 3 bulan tu rm1.652,
maknanya rm500 lebih saja sebulan.
Tapi kenapa 3 bulan?
Walau PKP, saya tak pernah miss bayar.
Bayar ikut anggaran bulan lepas gitu.
Ke kena gi settle ni....
Pening vertigo belum habis nak bertambah pening TNB pulak .
Fening wehhhhh...!


Friday, June 12, 2020

Tanpa dirancang


Nak bawa masuk minuman ke dalam bilik.
Pakai jer bekas minuman cucu.
Isi air kosong saja.
Masuk bilik letak tepi katil.
Dalam banyak2 bekas minuman kat dalam kabinet dapur tadi,
hati tergerak untuk capai yg ni..
Cuba awak tengok...
Tidak ke nak tergelak...
Macam sepasang pulak cadar dgn bekas minuman.
Sebijik serupa warna nya.
Kalau baru nak beli, mana nak cari yg serupa macam ni.
Ini lah yg di katakan 1 dalam seribu.

Sebenarnya tak tau nak update pasal apa hari ni.
Benda x penting macam ni pun dijadikan tajuk N3.
Kalau rasa mengarut, abaikan saja.......

Thursday, June 11, 2020

Bebas kang macam ni pulak.

Rakyat malaysia dah bebas.
Dah PKPP kata kKM.
Frontliners dah bersorak tanda berjaya
Syabas kerajaan Malaysia.
Syabas semua rakyat yg sabar patuh hadapi musim kena kurung baru ni.
Hari ni kita hampir boleh kembali pada norma asal.
Suka. Syukur. Lalalalalalaaa......!
Tapi sayang sekali.
Bila kehidupan kembali seperti semula,
byk benda lain ikut hadir semula.
Benda2 yg tak best!
Kena hadap semula benda2 tu..
Hadoiii....ni yg tak gemar nih.
Hari ni jalan jem semula.
Kemalangan meningkat
Angka yang cedera dan yg terbunuh naik melonjak.
Kawasan beli belah sesak.
Nak cari ruang parking dah mula payah dah.
Kehidupan yg tenang damai seperti kelmarin dah tamat.
Depan rumah saya ni, baru ni senyap sunyi...
Damai jer.
Hari ni bunyi kenderaan lalu lalang menggangu telinga.
Kucing dah kena hati2 nak melintas.
Motor laju lalu lalang seperti lupa ini jalan taman perumahan.
 Bising, tekan minyak persis racing.
Kita tekan dada, sabar Hani sabarrrr...!

Wednesday, June 10, 2020

Badan terkurung tapi otak jalan.

Terkurung dalam bilik.
Anak menantu suruh saya rehat.
Suruh tidor secukupnya seperti saranan doktor.
Ok, saya patuh.
Saya duk diam2 dalam bilik ni.
Bosan gak asyik rehat saja seharian.
Mata tertumpu pada sebuah cermin lama di dinding.
Tak berguna mana pun, tergantung kusam berdebu.
Tiba tiba dapat idea.
Almari yang berisi foto2 lama diselongkar.
Cari gam dan gunting.
Projek bermula.
Tajuk projek : Bingkai kenangan.
Sempena fasa pening kepala / uzur / kena kurung.
Taraaaaa......
Dah siap.
Cantik tak?
Maka berkumpul lah kenangan2 sewaktu anak masih kecik.
Waktu muda, waktu sihat dan kudrat kuat.
Dah masuk frame dah waktu2 indah itu
Biar foto bercerita ...
Halah halah halahhhh...
Bising pulak budak2 ni, pakat duk marahkan saya.
"Mummy tu,kita suruh duk rehat diam diam bukan nya dengar "
Pandai pulak mereka membebel, nurun sapo larrrr....
Well guys, now you know where you all got those ' degil ' and ' keras kepala' from.
Its in the genes...
Don't ever forget that....
Gottcha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...