Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, December 4, 2022

Bukan kehendak hati


 Disember

Bulan penutup tahun.

Himpunan cerita bertambun.

Akan kukuburkan di 2022.

Tidak perlu ku bawa ke tahun seterusnya.

Setakat ini sajalah nampaknya

Cerita kita yang berjela berpuluh tahun 

Perlu ditamatkan jua.

Kerana makin di heret makin menyesakkan dada.

Ada 25 hari saja lagi.

Baki hari untuk kita posmortem segalanya.

Siapakah di antara kita yang menamatkan sebenarnya.

Bukankah kau yang terlebih dahulu merosakkan jalan cerita?

Aku sudah penat menampal kepingan2 carik.

Maka lebih baik kita noktahkan saja cerita itu.

Bukankah begitu?


Saturday, December 3, 2022

Kabinet

Persoalan dah terjawap.

Kabinet dah dibentang.

Hadap sajalah.

Harap2 ada penambahbaikkan

Harap2 bertahan hingga ke pru 16.

Harap2 kekal aman makmor.

Harap2 tak menyusahkan rakyat jelata macam saya ni.

Harap2 jangan la ada yang bertindak di luar kawalan emosi. 

Yang memerintahnya kamu, jadi menterinya kamu, berkuasanya kamu, kaya nya kamu..

Sedangkan aku ni kabinet di ruang dapurku yang tercabut pintu tu belum mampu untukku baiki.

Friday, December 2, 2022

Puisi awal disember


 




Hari bersama Toktua

Toktua duk komplen pasal telinga dia berdesing.
Ok Ma, don't worry. We will find a good clinic to treat your 'singing ears'.
Nasib baik kawan2 ada yg tau pasal doktor Normah ni. Pakar ENT. Ma happy dpt jumpa doktor. Siap kena inject sejarum untuk sakit lulut sekali.
Dari klinik kita ke pekan rantau panjang.
Makan cendol Abeli yg sohor tuh.
Ma nak jer gi jalan2 sbb dia dah lama tak keluar. Lagipun dah inject sejarum tu Ma rasa tak sakit lutut dah. Ma happy. Kami ni laaaagi happy.Tau knapa? Kalau bawak Ma kira mcm bawak mesin ATM la.Tunjuk jer...Ma bayar.Ma, so good la you!
Opss! Ni bukan tuan kedai ni. Ni adik ipar saya. Sendiri kait baju yang berkenan. Kan dah cakap kami bawak mesin ATM, jadi kait aje nak yang mana..

Apa apa pun semoga Toktua ambo tu cepat sembuh. Sapo tak sayang Toktua wei.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...