Disember
Bulan penutup tahun.
Himpunan cerita bertambun.
Akan kukuburkan di 2022.
Tidak perlu ku bawa ke tahun seterusnya.
Setakat ini sajalah nampaknya
Cerita kita yang berjela berpuluh tahun
Perlu ditamatkan jua.
Kerana makin di heret makin menyesakkan dada.
Ada 25 hari saja lagi.
Baki hari untuk kita posmortem segalanya.
Siapakah di antara kita yang menamatkan sebenarnya.
Bukankah kau yang terlebih dahulu merosakkan jalan cerita?
Aku sudah penat menampal kepingan2 carik.
Maka lebih baik kita noktahkan saja cerita itu.
Bukankah begitu?
No comments:
Post a Comment