Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, April 10, 2011

Ada ke patut?

Masa anak ketiga saya kecik dulu pernah saya bawa dia ke bank.
Dia sangat nakal dan mulutnya memang ngalahkan murai.
Masuk ke Bank dia bukan boleh duduk diam.
Puas saya ajak dia duduk di kerusi menunggu giliran nombor saya di panggil tapi dia tak nak.
Dia duk kat depan pintu bank, memerhatikan "jaga' bank yang dah agak berumur tu.
Saya andaikan dia mesti tertarik dengan uniform jaga tu.
Bila nombor saya di panggil, saya terus ke kaunter untuk selesaikan urusan saya.
"Mummy..........."
Jerit anak saya dari hujung sana.
Hampir semua orang menoleh ke arah dia dan ada juga yg menggintai intai mana satu lah 'Si Mummy' yang di panggil nya tu.
"Mummy, apasal mata dia satu jer yang gerak2?"
Satu benua boleh dengar soalan anak saya tu.
Tergangga saya..Kalau dekat dah saya cubit cubit dah...
Kesian jaga tu, sah malu besar dia hari ni disebabkan anak saya ni.
Rupanya dia sedang perhatikan mata Jaga yang rosak sebelah tu.
Saya rasa macam semua orang terdiam...Aduhhh, anak ku!!
"Askar jepun tembak pakcik sebab merayau2 dalam bank sorang2..."
Nasib baik la jaga tu dengan spontan dapat berikan jawapan yang bernas.
Cepat2 anak saya tu berlari kearah saya dan pegang baju saya kemas2..
Takut dan tak nak buka mulut lagi.
Lepas kejadian tu dia serik dan tak nak datang lagi kalau di ajak ke bank.
Padan muka dia.
Muka saya tok sah cerita lah...Merah padam!
Sekarang dia sedang belajar di pusat pengajian tinggi dan nakal nya masih camtu jugak.
Bila teringat balik kisah ni, rasa cepatnya masa berlalu.
Dia yg dah takut nak ke bank dulu, sekarang ni ambik jurusan Banking.
Agaknya kat mana lah Pakcik Jaga tu sekarang?

6 comments:

Anonymous said...

hehe lawaklah anak cikgu ni..budak budak mana tau apa apa. Masa anak saya kecil dulupn gitu juga. Main cakap je. Masa tu umr 3 tahun. Ada ke masa dalam lif dia tanya ayah dia "nape pakcik ni berus dia besar sangat". Tergelak org2 dalam lif tu. Berus besar tu dia refer kat janggut pak cik tu. Alahai, mana nak lari.....Rasa nak terduduk pn ada.

LIPISLADY said...

Sallam Cikgu,

Haha..luculah adik tu,
Saya suka budak macam tu,
bijak.

hani@debumelukut said...

anonymous,
nak besarkan sorang sorang tu macam2 kerenah lah..macam macam hal.

hani@debumelukut said...

Lipislady,
Anak ketiga saya ni memang nakal kalau banding dgn yg lain..yg selalu kena rotan pun dia lah..

Sally said...

Salam,
jejaka dalam gambar itu bekas murid Sally...
:)
dan ya mmg nakal..tapi nakal-nakal sweet gitu..

hani@debumelukut said...

Sally,
hanya orang yg kenali dia yang tau camna nakal nya dia kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...