Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, April 19, 2011

Usia tolak 40 tahun..


Kembali menjadi seorang anak kecil.
Seronok.
Lupakan dewasa yang memenatkan.
Lupakan buat sementara.
Sesekali jadi anak kecil yang bebas duka.
Kembali ke alam kanak kanak.
Melihat dunia dengan perspektif yang berbeza.
Warna warni .
Gemilang cahaya.
Bagi seorang anak kecil,
Luka hanya di lutut bukan di hati.
Senak pun hanya di perut bukan di otak.
Serabut pun hanya di jalanan bukan di jiwa.
Euro Disneyland,
Di sini, di alam fantasi ini,
Syurga dunia anak anak.
Kita yang dewasa,
Turut terbawa bawa..
Seakan terlupa bayangan dewasa tetap mengekori kita.
Alangkah indahnya berada di alam mimpi itu biarpun hanya sekejap cuma.

2 comments:

mykhalis said...

jauhnya dapat jalan..teringat kat anak saudara..besar badan..tapi suka berlari..sampai sengal pinggangpun berlari jugak..baru kat genting..kalau kat disneyland entah le

hani@debumelukut said...

Khalis,
keluarga akak ni mmg saiz xxl semua nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...