Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, April 21, 2011

Siapa yang pernah berada di tempat ku, mesti tau .

Pejam
Celik
Pejam
Celik
Menguap berkali kali.
Lena nya tidak jugak.
Mata memberontak.
Solat sunat.
Minum susu.
Baca buku
Selawat
Bilang biribiri?
Semua benda di cuba.
Mata degil juga.
Bila tak dapat lelapkan mata di malam hari.
Terkebil kebil..
Di waktu orang lain di ulit mimpi,
Aku buntu.
Resah dan tak tau apa perlu aku lakukan.
Terbaring di situ,
setelah bangun dan cuba tidur berkali kali,
masih keras mata ku ini.
Aku merenung siling kapur yang berbunga bunga.
membilang setiap kelopak dan daun nya.
Belakang mula terasa panas.
Bantal mula membeku bagai kayu yang menyakitkan kepala.
Sekejap mengiring ke kanan
Sekejap ke kiri.
Sunyi nya di malam hari.
Yang kedengaran hanya sepi.
Nak ku lontarkan saja jam meja itu.
Dari tadi perlahan benar gerak jari nya, malas sungguh.
Duhai mata,
Kenapalah kau dera diri ini?
Tidak kah kau rindukan mimpi?
Cubalah lena,
Sekarang baru pukul 3 pagi.
Subuh masih jauh.
Minda pun sudah letih mengulang tayang cerita lama.
Hati sudah penat berbicara.
Labuhkan tabir sedar ku wahai Tuhan,
Aku perlu tidur dan InsyaAllah,
jika Kau izinkan,
aku perlu terjaga lagi esuk pagi,

12 comments:

Anonymous said...

ceknin,timi ni..i think we are on the same boat..takleh tdo jugok..baco buku pening palo..baco blog ceknin hati gumbira..

Ibu n Abah said...

Cikgu Hani...
Insaf diri bila baca..
entah2 seminit lagi pun bukan milik kita....

en_me said...

penat kanns.. ehehe

hani@debumelukut said...

Mie, CekNin rasa Mie tu tok jenero sbb byk nak mentelaah kut..bawak bertenang dan relakskan minda..tq if I make u happy son.

hani@debumelukut said...

Ibu dan Abah,
hayat ini pinjaman semata..selagi ada nyawa.

hani@debumelukut said...

en-me,
penat sungguh tak tido ni..

Anonymous said...

Klu Imaad berjaga malam tok mummy dodoikan, klu tok mummy berjaga malam, camne ya. Sian cikgu..Ada masa kita ni begitulah..Sungguhlah tak satu pn milik kita...

hani@debumelukut said...

anonymous,
memang tak satu pun milik kita..

cikguden said...

biasa kalau tak boleh tidur, bangun tengok tv.

hani@debumelukut said...

cikguden,
tak mrngubati jugak lah cikgu...lepas satu cerita, satu cerita..

Ann Huda (Ate) said...

Labuhkan tabir sedar ku wahai Tuhan,
Aku perlu tidur dan InsyaAllah,
jika Kau izinkan,
aku perlu terjaga lagi esuk pagi.

Adakalanya Ate juga susah tidur..tapi ketika itu tidak pernah pula terfikir seperti ungkapan Cikgu di atas...jika Kau izinkan, terjagakanlah aku esok pagi..

hani@debumelukut said...

Ann Huda,
Kalau dah dia tak izinkan lagi kita terjaga maka kita tidor lah untuk selamanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...