Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, April 27, 2011

Blogwalking ke setiap daerah..Melihat kelebihan orang lain dan menerima dgn redha kekurangan saya.

Bila tak ada kerja lain,
saya jalan jalan ke rumah jiran.
Jenguk tanpa izin.
Ada kala tinggalkan buah tangan,
Ada kala berlalu tanpa berbekas.
Jiran jiran saya ini,
Alhamdullilah,
sihat sejahtera.
aman damai,
berjaya,
bahagia.
Tidak pernah kah bumbung mereka di terbangkan angin ribut emosi?
Tidak tercalarkah dinding mereka dengan duri duri kehidupan?
Subur sentiasa kah kuntum cinta mereka laman hati?
Tidak gersang kah tanahkebun mereka di usap kemarau jiwa?
Tidak merekah kah lantai mereka di hentak perasaan yang bergelora?
Atau mungkin juga.
mereka adalah orang yang lebih bahagia dari saya.
Tumpang bersyukur dan tumpang bangga.
Hari sudah senja,
saya harus beredar.
Pulang ke pondok usang persinggahan sementara.
Dari jauh saya tatap kediaman saya itu.
Biarlah walau pun di sini saya jatuh,
di timpa tangga, dinding, atap dan sebagainya.
Ada kala di sini juga saya temui damai.
Kenangan dan sejarah dlm diri yang saya semai di sini,
melekakan saya dari membilang duka.
Terhibur juga dengan cerita2 teman jiran.
Melombong infomasi di sini.
Membunuh sepi
Sebenarnya di sini saya belajar
mencerminkan diri sendiri.
Menerima segalanya
seada nya.

8 comments:

relevan said...

Aminnn.. !

wahida said...

saya suka blogwalking jugak...suka baca cerita kawan2...

Ibu n Abah said...

salam cikgu....
sebenarnya jiran2 cikgu ni semuanya masih dengan macam-macam masalah. Cumanya mereka lebih pendamkan, tidak bercerita... kerana kalau diceritakan pun umpama menepuk air di dulang - kena muka sendiri..... jadinya(saya) lebih suka jalan-jalan... mengenali kisah orang lain daripada bercerita pekung sendiri.....

hani@debumelukut said...

releven,
Amin, Amin, Amin yarobbalAlaminnn...

hani@debumelukut said...

wahida,
best kan tengok gaya hidup dan kongsi cerita mereka..

hani@debumelukut said...

Ibu dan Abah,
mungkin jugak ada benarnya ...yg pahit tu simpan diam2 untuk sejarah diri saja..pamirkan yg manis2 sahaja...bumi mana tak di timpa hujan, cuma bezanya gurun sahara tu sikit jer kalau hujan pun..

~najwa~ said...

~kalau tak pernah ditimpa hujan, takkan kita tahu nikmatnya selepas hujan..kan ;)

hani@debumelukut said...

Betul najwa,
Keindahan pelangi hanya dapat di nikmati selepas hujan ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...