Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, April 12, 2011

Esuk dapat periuk baru.

Sah kena buang dah periuk saya nih.
Nasib baik periuk lama.
Balik dari sekolah tadi saya rebus ikan untuk kucing2 saya tu.
Tak kan nak tunggu depan periuk tu.
Bukan sekejap, lama jugak nak tunggu masak.
Sambil2 tu saya buka laptop,
tgok itu, tgok ini...
Bau apa ni?
Agaknya cina sebelah bakar sampah tengah2 hari kot.
"Mummy, kat dapur berasap lah"
Haah?
Laaaaaaaaaa....Ikan aku!!!!!!
Berkepul2 asap kuar dari periuk tu.
Nasib baik ada lagi ikan yang belum jadi arang.
Itulah, dah tau tua pelupa jangan la buat kerja lain kalau jerang benda atas api.
Bahaya.
Kalau anak yg buat macam ni, berlori lah bebel tumpah hari ni.
Sendiri salah, diam diam saja lah.
Makan ikan hangit lah kucing2 saya yang tak bersalah tu.
Nasib kau lah kucing dapat tuan yang absent minded macam saya.
Macam mana nak hapuskan bau hangit ni sebelum Big Boss balik dari ofis dan jatuhkan hukuman 'cuai' ke atas saya nih?
"Anis, Kita tutup Aircon dan bukak tingkap..Problem solved!"
Periuk ni?
Ucapkan bye bye lah, out you go.

6 comments:

Ibu n Abah said...

cikgu hani...
sepuluh tahun dulu akak pernah jugak menghangitkan masakan....
sebenarnya semalam pun akak buat jugak...
hmmmm.... memang kita ni dah semakin tak berapa nak muda dan nak ingat semuanya.....
Dan sebab kita yang buat...
takder sesiapa berani menegur...
bestnya jadi MEM......

hani@debumelukut said...

Ibu dan abah,
MEM BESAR.
Besar sungguh!

ilham_un said...

cikgu..kat kolej saya masak nasi hangit sampai terbakar rice cooker.hahaha.
sampai sekarang serik nak bli rice cooker lg..:))

hani@debumelukut said...

ilham-un,
jangan serik..akak dah banyak periok yg rosak kes hangit ni..itu lah salah satu proses dalam menjadi suri rumahtangga.sekarang pun hangit lagi.

Anonymous said...

Hehehe, mesti keluarga si keropok tu kata, eh ni resepi baru ke. Lain lak rasa ikan hari ni

hani@debumelukut said...

Anonymous,
Mana lah tau, esuk2 Si kropok mintak perasa 'hangit' lagi sekali..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...