Saya bawa Anis mengenal kehidupan di daerah ini.
Melihat sendiri cara hidup kanak2 lain se usia dia yang hidup cara yang berbeza.
Tak semestinya mereka tidak bernasib baik kerana tidak berada di tempat Anis.
Mungkin mereka lebih bernasib baik begitu, lebih bahagia dengan cara mereka.
Bagi mereka itu cara hidup mereka dan selesa dengan cara itu.
Tapi lain pendapatAnis, pendapat seorang kanak2 yang cetek fikiran.
Mula mula tengok keadaan tempat menginap,
Anis resah..
Tak ada TV, tak ada internet, tak ada aircon dan tak ada hot shower dlm toilet.
Bila malam Anis takutkan bayang pokok2 besar tu dan bunyi cengkerik mengganggu mimpi dia.
Masih banyak yang perlu Anis belajar dari mereka.
Masih banyak yang Anis tak faham mengenai ketenangan hidup di sini.
Kelebihan Anis hanya satu, cepat dapat kawan.
Budak budak kampung ni mengajar dia berendam dalam air kat waterfall.
Anis seronok betul.
Tak nak naik naik.
"Anis, best tak main air terjun?"
Anis ketawa2 dan laung dari dalam air kearah ku yang tercegat di atas batu besar di tepi ni,
"Best lah mummy..lagi best kalau boleh order McD lepas mandi ni.."
Hmmm....Tak habis habis Si Anis nih!
10 comments:
masih adakah air sungai yang jernih?
Sallam Cikgu Hani,
Memang best sekali-sekala bawak anak2
main-main kat waterfall, balik kampung.
Kita pun rasa seronok kan.
salam hani....
pasti seronok dan mengujakan
Seronoknya,
Begitulah juga kehidupanku ketika usia sebaya mereka semasa di kampung.
Bakpo tok ajok kito getek...
Insan Marhaen,
Masih ada di daerah yang begini jauh di pedalaman ni.saya yang pertama kali ke sini pun kagum dengan keindahan tempat ni
Lipislagy,
Bukan kat kampung lagi ni..kat daerah pedalaman yang saya pun tak pernah sampai.baru pertama kali.dtg sini baru tau macam mana..
Azami,
Yes, seronok kalau dtg sesekali, kalau nak terus tinggal di sana tak sanggup lah saya..nanti rindu pada 'secret recipe' susah lak kann..hehehe
nidus2,
Alah Paknidus bukan duk di pedalaman, kalau setakat kg Salor tu jauh lagi nak di bandingkan dgn kat kuala balah tu..mlm2 kat kuala balah ada sound effect tau..serammmm
masyaAllah cantik nya... saya suka tempat camni..
earth day 22 april...
Mulan,
memang cantik dan tenang sekali.
Post a Comment