Banyak pulak idea nak buat n3 hari ni.
Sel otak aktif.
May be hari ni hari luruh pusat kot.
Entah.
Tiba tiba Saya rasa nak semak album kehidupan saya, nak buat kaji sedidik.
Mengikut kajian saya, sepanjang usia saya yang dah 50 tahun lebih sikit nih..
tak pernah pernah lagi saya menang apa apa pertandingan..
Dapat award pun tak pernah.
Anugerah darjah kebesaran laaaaagi lah tak berbau.
Menang cabutan bertuah pun tak pernah jugak rasa nya.
Hamper barang sebijik pun belum pernah di menangi.
(Yang Si tauke Cina bagi masa Chinese New Year tu tak kira lah awak.)
Tak bertuah kot saya ni.
Tak de 'Ong' ke hapa?
Masa sekolah dulu saya bukan lah best student.
Tak merasa lah naik pentas terima hadiah murid terbaik itu ini.
Sukan pun tak aktif, tak ada lah pingat ke, piala ke..
Pertandingan2, bahas ke, kuiz ke jauh sekali saya nak sertai.
Saya ni kan pemalu gitu jadi mana nak dapat hadiah.
Bila dah remaja,ada jugak lah isi borang cabutan bertuah kat supermarket.
Tak mengena pun.
Peraduan kat suratkhabar pun pernah cuba
Ngabiskan setem jer.
Ratu Malaya?
Please laaa...Jangan buat lawak gitu.
Ratu2 tak nak laa, kalau nak pun tersingkir peringkat awal lagi.
Kalau Tittle Ibu Mithali tu terlior jugak. (perasan tak habis2)
Nenek Mithali ke...cikgu Mithali ke...
Jauh panggang dari api kata awak?
Isteri Mithali?
Call 999
Ada orang pengsan lepas baca kenyataan diatas
Tak apa lah, tidak pernah menang apa apa pun saya tak kisah.
Saya tetap bahagia cara saya, bahagia dengan kekalahan saya.
Sekurang kurangnya tidak ada orang yang mencemburui kekalahan saya.
Dan saya tetap tumpang gembira dengan kemenangan orang lain.
15 comments:
ha ha ha i m having fun reading this entry; its true; kena gembira dgn pencapaian hidup sendiri. kalau kita tak bangga dgn diri kita; sapa nak puji?
zuraini,
I am what I am.
Jangan menidakkannya. Bukankah kak Ni pernah menang pertandingan ratu cantik kat sekolah menengah dulu? Siap dipakaikan mahkota lagi....
MakcuB,
Bilo wei...dok eh..
Tak menang apa apa pun ratu juga. "Ratu Tak Menang Apa Apa"
anonymous,
yer lah kan,juara kekalahan.
"jgn sedih kak...sbb kita boleh geng...tak luck langsung,tp tetap bersyukur dgn apa yg ada.."
Piasara,
ok Piasara, kita geng k..tak per, tetap syukur dgn apa yg ada kan.
sama la kita , tak pernah menang hehehe
tu sebab bila isi minyak kat shell , bertimbun dia kasi borang tu psl tetiap hari isi minyak, biarkan jelah borang tu hehehe
rezeki setiap orang tak sama kan, rezeki kita ada ditempat lain , syukur alhamdulillah
IM kalau jatuh ke laut, lemas le jawapnya..
rezeki,
saya pun camtu..bertimbun borang2 tu..sudah nya buang gitu aje.
Insan Marhaen,
esuk belajar berenang k.
cikgu hani..
saya tak berjaya jadi isteri/ibu mithali juga..
cuma pernah menjadi isteri yg menyesali selepas buat kesalahan dan dimarah suami.... hihihihi
ibu dan abah,
Saya hanya lh isteri yg serba kekurangan.
Banyak penghargaan yg diperolehi dari anak-anak didik yg ganjarannya tidak dpat dilihat mata.
Kakak komen ini tapi terbaca ikan hangus utk kucing tu kelakar la pulak.....
Post a Comment