Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, April 4, 2011

Kalau pelihara kambing boleh gak jual daging.


Ini 4 ekor anak Si Kropok.
Kopi
Cincau
Lychee
Karamel.
(Tuan dia ingat makan aje..tu lah pasal!)
Kucing ni comel2 belaka walau pun hanya kucing kampung.
Kucing2 ni kena bagi makan.
Kena beli makanan khas,shampoo dan ubatan.
Pasir kucing pun kena beli jugak.
Kandang kena selalu di cuci.
Kalau masuk dalam rumah, habis kerusi di cakar2.
Di langgarnya segala perhiasan atas meja.
Katil pun kena kongsi.
Adehhh....tandas pun berkongsi jugak!
Pelihara kucing kos nya dah nak sama dengan pelihara anak.
Mahal sungguh.
Sekali fikir nak simpan sekor jer, yg lain nak dermakan kat kawan2.
Tapi tak sampai hati.
Kalau pelihara ayam itik boleh jugak di buat gulai.
Pelihara lembu ke..
Itu kata hubby saya yang tak suka kucing.
Ok lah kucing2 semua,
Kau doakan aku murah rezeki,
Aku bela kau sampai bila2.

12 comments:

ratusiput said...

suka jugak kucing tp nk jaga tu mak ai cam takut tak terjaga kecuali berak kencing dia tak merata2 :)

Mutalib attholib said...

aminnn... Moga murah rezki anda :)

Anonymous said...

Salam cikgu, comelnya kucing2 tu. Sy pn ada bela 2 ekor kucing jalanan. Ari tu marah2 kat dia orang. Tetiba next day tu hilang. Sy tak lalu makan dan tidor terkenangkan kucing tu. Sampai mimpi2. 3 hari pas tu dia balik. Rasa mcm dpt bonus.......Perangainya mcm manusia. Bila tetamu dtg dialah yang sibuk sibuk gi menyambut dan bila tetamu balik dia pn sibuk sibuk menghantar sampai ke keta......Sayaaaaaang kucing tu walaupn dia hanya kucing jalanan.

mykhalis said...

comelnye kucingnie.. betul ke kucing kg? mcam kacuk je.. kucing kat rumah khalis dah masuk generasi ke 6 dah..hehe.. mak khalis sayang kucing ni macam cucu sendiri.. ajak borak, tido skali..hhe

hottest entry di blog khalis :
Ada apa dengan DARA

hani@debumelukut said...

Rajasiput,
Senang jer jaga kucing,janji syngi mereka...

hani@debumelukut said...

Tq mutalib

hani@debumelukut said...

Anonymous,
Itu lh kelebihan kucing.

hani@debumelukut said...

Mykhalis,
Nabi muhammad s.a.w pun sayangkan kucing.

Sally said...

Kucing ni haiwan kesukaan Rasulullah..

hani@debumelukut said...

betul Sally, hanya org yg sukakan kucing jugak yg faham..

Ann Huda (Ate) said...

Suka gak kucing. Tapi saya dan semua ahli keluarga allergic ngan kucing. Bengkak mata dan seluruh badan atau bersin tak berhenti. Akhirnya jadi 'takut' ngan kucing.

hani@debumelukut said...

Ann Huda,
Kalau gitu kena beringat jangan dekati kucing k.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...