Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, April 2, 2011

Semenjak Bibik balik kampung..


1. Dapur di tutup tepat pukul 9 mlm.
Kalau nak apa2 selepas waktu tu, sendiri ambik, sendiri simpan.
By the way, malam tadi siapa yg tidor paling akhir dan tak tutup TV
dan lampu ruang keluarga?
2. Lunch is served once at noon, kalau tak nak makan time tu kena cari sendiri dalam periuk
dan kemas sendiri selepas makan.
3. Before masuk tidor, pakaian kotor semua longgok depan mesin basuh.
Bangun tidor, kemas sendiri katil dan bilik...Jangan ngomel, I can hear you.
Kalau pagi2 buta baru nak letak kain baju kotor depan mesin, NO! basuh sendiri.
4. Sampah dalam bilik akan tetap di situ kecuali
tuan bilik keluarkan dan buang dalam tong sampah utama.
5. Siapa kotorkan lantai, mop sendiri!
6. Kalau ada 4 mahluk yg bernyawa di dalam rumah,
maka seharusnya hanya ada 4 gelas yg dah di gunakan..Ni apasal ada sampai 7 ni?
7. Depan TV tu bukan kawasan kerja. Laptop please kat meja sana, bantal kat bilik tidor..
Ni suratkhabar lama ni siapa baca dan tinggal bersepah atas kerusi ni?
Siapa lupa angkat kain semalam? Kan dah kena hujan.
8. Hari ni hari off..Jom, kita makan kat luar jer.
Opsss.... Cancel plan, beli nasi bungkus dan makan kat umah lah.
Nak keluar kena tutup lampu, aircond, suiz itu suiz ini,bukak pagar tutup pagar..Leceh lah.
9. -Pot pet pot pet
10. -Pot pet pot pet
11. -Pot pet pot pet
Untuk ke sekian kali nya Anis masih tak jemu2 bertanya..
"Mummy, Bibik tu lambat lagi ke nak balik sini?"

14 comments:

Puan Kutu said...

hehe klu dah selalu harapkan bibik camtu la kan..hehe..

Zuraini Kamal said...

masa my bibik balik for good; i naik antu; rumah under renovation; carik gula ngan teh pun tak jumpa!! last2 i col back my old bibik with a raise! sebab the New Bibik tak tau kat mana nak cari cawan & tak jumpa carik penyapu ...... letih ooooo

hani@debumelukut said...

Puan kutu,
Betul, terasa sangat tak cukup tangan tanpa dia.

hani@debumelukut said...

Pn Zuraini,
Nasib baik bibik ni bercuti jer, kalau for good tak tau lah camna...

Insan Marhaen said...

sebab dah biasa berbibik, bila tiada bibik macam tiada semuanya...

hani@debumelukut said...

Insan Marhaen,
dulu zaman muda2 memang tak ada pembantu, tenaga masih kuat ..la ni tak larat dah nak urus segalanya..

Mie said...

Bebel, kekadang cara terbaik untuk mendisiplinkan makhluk-makhluk yang ada di dalam rumah.. hehe

hani@debumelukut said...

Mie,
hahahahaaaaa....penuh telinga dia orang..sekarang sorang pun dah tak de kat umah..semua cabut.dgn papa nya sekali lesap!

Mutalib attholib said...

Hehehe... Pada masa itu, mungkin hati kecilnya mula meletakkan nilai yang lebih tinggi buat sang bibik.... Sabar Hani Jentayu ;)

hani@debumelukut said...

dah dibiasakan bibik buat segala benda, time tak der bibik ni, semuanya mummy suruh buat sendiri, mana tak rindu bibik budak tu.

su said...

byk tul kan keje org pompuan..x menang tgn kita! hehehe!

(sedap lagu!mendayu2....sgt2 suka!)

mykhalis said...

gaya cerita macam dalam rumaha da 40 orang budak kecik...hehe.. padahal 4 orang je.. ni mesti kena ada bibik backup lepas nie..wahahha

Ada apa dengan DARA

hani@debumelukut said...

Su,
memang tak menang tangan kita di buat nya.

hani@debumelukut said...

Mykhalis,
sebenarnya ada sorang jer yang kecik..masaalah nya yg besar2 pun lebih kurang jer bab malas membantu tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...