Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Friday, April 22, 2011
Pesan Nenek
Cucu nenek, Imaad,
Nenek nak pesan sikit,
Dengar ni,
Imaad,
Besar nanti Imaad nak jadi apa?
Tak payah jadi Ultraman yang menghapuskan raksaksa lah Imaad.
Cukup lah, bila besar nanti Imaad tolong buang tulang ikan dari lauk nenek tu, mata nenek mungkin dah kabur benar, jari pun terketar ketar di masa tu.
Nenek rasa pakaian Ultraman tu tak senonoh, sendat semacam jer.
Fesyen zaman dulu pulak tu.
Pendek kata tak yah jadi Ultraman lah.
Batman pun tak usah.
Tak payah jadi Batman yang membantu polis menjaga keselamatan,
cukup lah Imaad jadi cucu yang sesekali datang temankan nenek di malam hari kerana nenek ada kala kesepian dan ketakutan bila bersendirian begitu.
Nanti Imaad jangan pulak tido terbalik bergantungan di dahan mcm Batman tuh, jatuh kang, benjol.
Itu pasal nenek kata tak yah jadi cam tu.
Superman baik jangan.
Tak payah jadi Superman yang gagah perkasa tu,
Imaad bantu saja angkat nenek dari katil ke bilik air, papah nenek bila nenek dah terlalu lemah untuk semua tu.
Paling nenek tak suka kalau Imaad pakai seluar dalam merah stail macam Superman tu..
Tak tau malu langsung Superman tu kan.
Kalau Imaad buat jugak,
Nenek rotan nanti!
Power Rangers?
Jadi Power Rangers pun tak perlu,
Imaad cuma tolong keluar belikan nenek keperluan dan bawa nenek ke klinik bila nenek tak sihat dan memerlukan ubat sudah lebih dari cukup.
Imaad tok sah bergaul lah dengan kawan2 macam si Power Rangers tu,
kawan apa macam tu..
Keluar rumah tak bagi tau mak bapak,
baca buku pun tidak,
asyik nak tunjuk hebat saja..
Ok Imaad, sekarang Imaad masih kecik...
Masa berlalu sekejap saja.
Ingat pesan nenek ni.
Ingat......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
27 comments:
cikgu hani...
hanya satu yg imaad perlu jadi..
stay cute, comel sampai bila2...
mmg tersangat cute dan comel....
gerammm sangat....
Dengar tu Imad..Pesanan nenek Imad ni mcm post dated cheque..advance gitu. Tapi Ate suka sangat. Pesanan dari seorang nenek, yang penuh kasih sayang, ikhlas, kreatif dan penuh wawasan 2020 ;)
Ibu dan Abah,
Tq. Satu2 nya cucu dan penawar sepi saya buat masa ini.
Ann Huda,
kalau boleh kita nak anak cucu kita ingat dan sentiasa ada untuk kita di waktu kita amat memerlukan mereka..
comelnya cucu nenek ni....
comelnya imad.kalau dekat mahu makcik cubit pipi dia.dengar tu pesan nenek ye.
Yang penting, Imaad mesti jadi orang kaya sebab nenek Imaad mesti makan ikan tenggiri yang tak ada tulang, jangan sesekali beli ikan tamban beluru. Cermin mata nenek Imaad akan bertambah powernya, tebal. Mahal looo. Nak temankan nenekdi malam hari, Imaad kena beli alat musik, nenek Imaad sukakan gesekan biola. Pastikan ada benda ni. Cuma....cuma kalau nenek Imaad sakit,ubat free ada. Minta aje dengan mak Imaad.
munna,
tq..kecik2 cute lah, dah besar nanti tak terkejar lah nenek ni
Cik ina,
cik ina tak tgok pipi nenek imad lagi...heheeheh
MakCu,
Anak cucu ni tak apa lah tak menjadi pokok bonsai di istana pun, cukuplah menjadi lumut di perigi yang menyejukkan pandangan dan menjadi makanan ikan ikan.
alahai comeynya pesanan nenek ni..imaad takkan lupe kan? nnti auntie will remind you ye
Thanks Ajumohit.
Untuk anakanda Imad, aunty doakan muga menjadi anak yang soleh. Pesan nenek dilupa jangan.....
comeynya cucu kak hani....;)
Salam kenal..
Kunjungan bals..Thx sudi mai 'umah' kita..
hehe..comel Imad..dgr tu pesanan nenek ye.. ;)
Anonymous,
terima kasih kerana doakan Imaad.
Salam dan tq nurul.
sukanya Khalis..kalau la camni..Khalis nak nenek pada baby Khalis tulis jugakla..nnt dia dah boleh baca surh dia baca apa nenek dia tulis..hehe
Pesanan yang indah buat seorang cucu.. Moga puan Hani dan famili sentiasa gembira dan bahagia :)
LilyMummyQistina,
tq juga kerana bertama di sini
Mykhalis,
InsyaAllah,Mak Khalis ada banyak lagi pesanan buat baby khalis tu..
Mutalib Attholib,
Doa tuan amat dihargai dan semoga tuan pun bahagia juga hendak nya.
imad tolong bacakan doa kat pusara tok ayah, boleh kan?
Insan marhaen,
terkejut saya sbb buat masa sekarang atok nya masih hidup lagi ni..yer lah, kalau dah sampai ajal tok ayah ke, nenek ni ke, begitu lah harapan kami ni. semoga anak cucu dapat sedekahkan AlFatihah buat kami.
alahaiiii...cutenya imaad...geramlah tengok jari tangan dia tuuu
aiyang,
sarung tangan dah sendat semua..
imaad. auntie sangat geram tengok muka imad yg tembam
Post a Comment