Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Saturday, April 16, 2011
Tuhan berkatilah anak ini.
Jauh di pedalaman,
Di Kuala Bala, Daerah Jeli.
Saya temui gadis pingitan ini.
Seorang ketua murid di sek men Kuala Bala.
Baru tingkatan 2 katanya
Sebaya anak gadis saya,
Tapi jauh lebih matang.
Sopan.
Kagum saya dengan peribadi dia.
Duriani nama dia.
Seakan dia membaca apa yg bermain di kepala saya dia terus menyambung kata
"Tak, saya tidak lahir di musim durian."
Saya senyum, dia senyum..Manis senyuman nya.
Anak ke 9 dari 13 adik beradik.
Padan dengan nama kampung tempat tinggal nya kata kawan dia.
Kg Biak.
Saya tergelak.
Dia gelak juga tak berkecik hati pun dengan gurauan itu.
Anak seorang penoreh getah.
Tentu lumayan pendapatan orang tua nya sekarang.
Getah mahal.
Tapi dia menidakkan nya.
Katanya cukup makan saja.
Merendah diri dan sopan sekali.
Mengaku tak pernah ke bandar Kota Bharu
Tak perlu tanya sama ada pernah tak ke Kuala Lumpur,
Dah sah jawapan nya apa.
Tak percaya rasa nya bila dia mengatakan yang dia tidak pernah menyentuh pasir pantai.
Itulah hakikat anak2 yang berada di pedalaman.
Impiannya untuk bermain ombak di pantai.
Saya ajak dia balik ke daerah saya, rumah saya.
Saya nak bawa dia kemana saja.
Saya nak bagi dia peluang belajar
dan pengalaman hidup yang lebih mencabar.
Pertukaran dia boleh saja saya uruskan.
Izin dari keluarga dia boleh saya pohon.
Tapi dia menolak dengan baik.
Tak sanggup berpisah dengan ibu bapa dan adik2
Tak mau tinggalkan kehijauan bukit dan kabus pagi yg sejuk menggigit tulang.
Biarlah dia bahagia di sana, saya tak ada hak untuk rampas kebahagiaan itu.
Cuma saya rasa sangat tersentuh dengan peribadi gadis itu..cukup eluk budi pekertinya.
Kalau dia nak datang sebagai anak angkat saya, amat saya terima..
Kalau esuk2 mana tau dia datang sebagai menantu saya,
Pun saya terima dengan tangan terbuka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Orang orang belah sana, especially girls memang beraluh, hubungan kekeluargaan memang kuat.. tapi ada juga yg jenis ibu tunggal, and kids yg di abandoned and stay dgn nenek...
if you look carefully to their lives di sana.. sedih jugak...
ps: [ernah bawak bebudak sana makan Pizza Hut.. diorang tak habis... sebab tak beso...
sekoloh anok akat M.A.S ko ni? hahaha. btw, program gapo ni cikgu?
nati cikg kiro la dio ko kimi, kimi single tuu, haha :)
Sherita,
Dia tak biasa makan makanan kita, yang kita ni bukan main lagi makan makanan dia orang..sedap sungguh masakan kampung yg dia orang hidang tu.
The dreamer,
hehehe...Kimi boleh...awak pun boleh..kwang kwang kwang..
yer mereka anak angkar MAS tahun 2008 lagi. Kira anak angkat awak jugak lah yer..
Kalau nak makcik carikan cakap aje lah..lama tak singgah umah, tak cuti ko?
kalau dia lahir di kota, belum tahu elok lakunya...
kadang2 terfikir adakah kerana kehidupan yang terlalu mudah, bebas dan kemudahan boleh mencapai apa sahaja yang ada di bandar menjadi punca kepada permasalahan sosial remaja sekarang.
Berbeza dengan nilai-nilai murni yang ada pada remaja yang jauh di desa.
Salam Pn Jentayu,
Kat Jeli tu ye. Saya ada beberapa kali lalui Jeli untuk ke Tumpat untuk buat kerja. Ada tasik yang cantik di daerah tu. haa budak pompuan sopan macam tu semua orang pun nak buat menantu he he.
Mountain Climber
Insan Marhaen,
Kalau lahir di kota entah dah jadi minah rempit.
cikguden,
Tahniah juga pada ibu bapa dia yg pandai mendidik anak2 walau dalam serba kekurangan masih mampu menbentuk seorg insan sebegitu tertib tingkah laku nya.
Mountain climber,
Tak singgah mendaki ke? ramai mat salleh yg mendaki puncak Ayam dan puncak Baha tu.
Teringat bersama gemuloh Baha semasa mendaki Gunung Stong sekitar 80an.
(Puncak Baha sempena nama beliau...Pemandu pendaki berasal dari Kuala Balah)
oloh. bia sy panggil mak cik, cikgu lah deh, hehe.
ari tuh singgoh doh, dok lepok make kace depe tv tggu cikgu nge hubby kelik p.chondong, hari jumaat 2 minggu lepah.
in 2 weeks ni, am furthering my training to subang, busy2 ayam la sket dale 2 minggu ni. kimi pon study molek tuh, insyaallah lah dapat la DL tuh. dio nk bbanggo ko cikgu dio oyak :)
the dreamer,
kawan2 kimi panggil aunty.makcik.cikgu,ticer,macam2..apa2 pun tak po.
sebagai org tua, kami ni sentiasa doakan yg terbaik buat semua anak2 termasuk lah kawan2 dia sekali...
bila laa nak naik kapalterbang gi london di pandu oleh pilot ni..
salam cikgu hani dm,
insyaAllah berkat doa cikgu...
mungkin tak terdedah dgn banyak perkara yg kanak2 di bandar 'take for granted' spt fb, youtube dsbnya tapi nilai2 murni tetap dijaga.
Kadang2 tersentuh juga hati mengenangkan nasib mereka yg di pendalaman ni.
Azani,
Sama2 kita doakan yg terbaik buat mereka.
YB,
Betul. rasa nak bawak budak2 bandar yg besar kepala tu duduk dlm hutan ni barang seminggu dua..biar mereka rasakan kehidupan budak2 kat sini..
Post a Comment