Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, April 17, 2011

Bukan belon jer yang boleh mengembang.

1994
Masa ni berat badan 54.6 kg.
Kurus.
Pernah kurus awak jangan tak tau.
Sebelum ni lagi kurus tapi tak lulus untuk tayangan.

2008
Dah naik melebihi 10 kilo.
Punca?
Usia dan hobby baru..Makan!
Anak2 pun dah besar2, relax sikit.
Banyak rehat dari kerja.
riadah mula kurang.
Bermalas malasan sokmo.

2011
Terkini..Kalau di bayar pun tak kan saya beritau berat badan saya ni.
Awak tengok pun boleh agak dah....Dasyat.
Mengembang hari hari..
Ini belum minum ibu roti lagi ni.
Mengembang mengalahkan belon.
Tapi macam saya kata lah,
saya nak diet dah ni...Esuk.
Lepas esuk, esuk
Lepas esuk, esuk.
Tapi saya tak nak dah kurus macam dulu2
Nak kurang gemuk sikit dari sekarang saja.
Muat baju cukup!
Untuk pengetahuan semua orang yg sedang menggeleng gelengkan kepala tanda terkejut nengokkan perubahan saya, foto terakhir tu silap sudut posing jer, saya tak lah segemuk tu..Jurugambar tak pro. Tak nak terima hakikat, denial!

14 comments:

Insan Marhaen said...

besar tapi tak de penyakit, tak pe..

AZANI said...

ok apa?kalau ada yang kata atak ok ,suruh pakai contact atau ganti spek...

hani@debumelukut said...

Insan marhaen,
Itu yg merisaukan tu..Dah bertambah besar dan bertambah usia, selalu nya mengundang pelbagai penyakit..salah satu sebab akak nak diet tu..nak aje, diet belum lagi.

hani@debumelukut said...

Alahai Azani,
Pandai lah Azani buat akak senyum yer...Jgn cakap macam tu, kang tak jadi lak akak nak diet..

mykhalis said...

wahahha.. apela.. nak khalis tekakan berat badan ke?sbb kalau pasal berat nie khalis pandai teka..

MIRZA said...

salam perkenalan sis... kalau kita terlalu kurus.. atau terlalu gemuk.. harapnya kesihatan sentiasa mengiringi perjalan hidup.. amin.. :)

hani@debumelukut said...

Tak payah Teka Khalis! Kalau teka jugak, akak tak siar komen tu nanti...hehehe

hani@debumelukut said...

Mirza,
betul tu..asal sihat saja kan..
dan salam kenal bersambut, alhamdullilah.

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

salam kenal..thanx drop by n bagi pendapat..:-)

sy pon sejak ade anak makin berkembang semua segi..ahahah

hani@debumelukut said...

Rose, its my pleasure..ptg2 ni tak de keje, blogwalking jap sambil tunggu asar.
ok, kita pakat2 berkembang maju lah yer.

yuka said...

gemok ke kurus ker langsing ke yang penting kita happy dan sihat....

hani@debumelukut said...

u r right yuka.

Zuraini Kamal said...

he he he saya yg `slim' nih pon ada BP ........... adoiiii

hani@debumelukut said...

zuraini,
tahniah lah kalau boleh kekal slim..BP boleh di kawal lagi tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...