Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, July 23, 2011

Tinta hati kalam jiwa...Jiwa kacau!

Kerana yang di kendong berciciran lah aku sering jadi pemburu.
Mengejar mimpi dan mencari kaki pelangi.
Kerana yang patah mencucuk hati dan
yang tumbuh hanya lalang yg tidak berisi,
yang hilang ganti nya tiada,
maka aku tidak berharapkan akar,
jauh sekali bergantung pada rotan yang berduri.
Biarkan pekasam di situ,
tidak perlu diseluk kerana busuknya sudah tidak kuasa ku hidu.
Usahkan lengan, jari pun tidak rela menyentuh hapak mu.
Sememang nya kail ku ini panjang hanya sejengkal,
lautan dalam tidak akan ku hampiri lagi.
Biarkan ikan di lautan tanpa asam
kerana asam tidak pandai bermain ombak.
Hari ini ku hirup bubur dari nasi yang ku tanak sekian lama.
Berlaukkan hati yg pecah dan berulam kan jantung yang punah.

(Puisi yg layak nya dibuang di dalam bakul sampah bawah meja komputer ni..Time tulis ni otak kurang oxigen ke hapa...Maaf, tak berkaitan dgn yg hidup atau pun yang separa hidup..Kalau dah mati tu buat cara mati lah, tak yah duk risau pasal yg hidup dan ke'melalut'an nya..Ngantuk lah, nak tido..Gud nite ebribodih!)

6 comments:

a kl citizen said...

kacau jiwa...

semoga mimpi indah hadir

ILA HonEyBuNNy said...

eh eh eh...

napa akak kata gitu...puisi jugak kan tercipta...hehe..

selamat malam sis...;_0

Piasara said...

"tapi kan kak hani...pekasam tu sedappp bangat..hehe(sori,buta seni!..tak nampak yg tersirat ni kak...nmpak yg tersurat jer..""

Kunang-Kunang said...

Menulis puisi samalah dengan mencurah rahsia hati bila suka dan tukar.

Bila dah terluah, hati jadi ringan sikit.

makcu B said...

Sedapnya bahasa puisi ni.... kalu jiwa kacau boleh menulis sepuitis ini, kalu jiwa haru-biru.... lagi bermunga-mungalah jawabnya. Ambo suko!

hani@debumelukut said...

tq semua..sekarang jiwa tak kacau dah..tak boleh lama2 berjiwa kacau, sekali sekala cukup lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...